2 9 / 0 5 / 2 0❤️
__________________
Pintu lif terbuka, Armel keluar menapak keluar dari perut lif itu. Dia menggosok sebelah mata, rambutnya sedikit serabai. Dia masih lagi berbaju tidur menuju ke dapur. Lagaknya seperti baru lepas bangun tidur. Sesekali dia menguap.
"Mana semua orang?" gumam Armel. Dia jenguk ruang tamu tiada, dapur tiada. Lantas sebelah daun pintu utama turut dibuka gadis itu. Rakan-rakannya tidak kelihatan berada di luar pekarangan villa. Kereta ada, ni mesti orang lain tengah nyeyak tidur lagi. Mungkin dia orang paling awal bangun hari ni
"Lapar la.." digosok perutnya sambil menapak ke dapur. Dia membuka satu persatu pintu cabinet ingin mencari makanan. Mana tahu dapat makan mee segera pagi ni. Dicari-cari tiada.
Sampailah dia membuka peti sejuk, kepalanya diangkat sedikit melihat isi bahagian atas. Satu paket ayam goreng tepung menjadi tumpuannya. Dia tersengih. Jadi chef muda pula lah hari ni.
Dia memasak sambil menunggu rakan-rakannya turun. Setelah siap, diletakkan makanan tersebut di bawah saji.
"Armel kau masak apa?" tanya Adam yang baru bangun. Dia melihat gadis itu sedang membasuh tangan di sinki. Hayden juga baru bangun turut ke dapur.
"Ada ayam dekat bawah saji tu," kata Armel.
"Yeke, pandai kau mas.... Ouh." laju je Adam buka saji. Hayden dah ambik pinggan dengan sos awal-awal. Namun percakapannya terhenti seketika bila melihat ayam yang dimasak Armel.
Wajahnya yang berseri gembira berubah mendadak. Hayden yang berasa hairan, menjenguk kepala lihat apa bawah saji.
"Armel kau masak ayam bakar eh?" tanya Hayden ingin kepastian. Dia ambik peha ayam dimana permukaan hitam. Tapi kenapa macam hangit.
"Korang ni rabun ke apa? Aku masak ayam goreng la," tingkah gadis itu. Takkan tak reti beza ayam goreng dengan ayam bakar. Jauh berbenor bezanya.
Adam dengan Hayden pandang satu sama lain, mereka tilik peha ayam tu sama-sama.
"Aku tak tahu pula ayam goreng ada versi negro," kata Adam dengan wajah serius. Hayden disebelah turut mengangguk kepala setuju.
"Apa yang kau masak Armel?" kali ini soalan diajurkan oleh Ayshalyn. Dia sengaja tanya walaupun dia tahu Armel ini sebenarnya tak reti masak. Makan reti la.
Dia nampak dua lelaki kat meja asyik tenung ayam 'goreng' Armel. Dia ketawa kecil bila reaksi muka kedua lelaki itu blur dan keliru. Kemain diorang fokus perhatikan ayam itu.
"Takpe, thank you for cooking. Kau duduk dulu, pagi ni my turn," kata Ayshalyn yang berpakaian lain, gayanya baru lepas mandi. Rambutnya turut diikat senang sedikit mahu masak, tiada nanti isu rambut siapa terbang masuk masakan.
"Okey, nanti siap panggil tau," pesan Armel melangkah keluar dari dapur.
"Ya, nanti aku panggil," seraya apron dipakai oleh Ayshalyn. Dengan cekap dan pantas bawang dan sayur dia potong dengan teliti.
Semua dah turun bawah, mereka menantikan masakan dari Ayshalyn di meja makan. Hari ini mereka makan di meja luar tepi kolam. Lagipun cuaca cerah pagi itu. Pemandangan rumah villa juga cantik dengan laut biru. Tidak lama itu, chef Ayshalyn datang dengan membawa mangkuk besar makanan.
"Wah!" seafood yang terhidang lazat dalam mangkuk. Belum sempat mereka menjamu selera, Ayshalyn datang kembali dengan nasi goreng. Sempat lagi, dia mengoreng nasi.
Zarryn mencedok nasi dan letak dalam pinggan Armel. Orang lain elok je kopek kulit udang dengan sudu dan garfu. Tapi tidak bagi Armel, dari tadi dia cuba membuang kulit udang itu. Jangan sampai udang ni terbang singgah muka sesiapa sudah.
YOU ARE READING
𝙋𝙍𝙀𝙎𝙄𝘿𝙀𝙉𝙏
Teen FictionJust six ordinary people are shackled by feelings and friendships. Friendships First - Be Friend Second - Be Close Third - Be Bestfriend __________ Happy reading, much love❤️