1 2 / 0 5 / 2 0 ❤️
__________________Pagi itu, hampir semua pelajar bangun agak lambat. Mana tak lambat kalau semalam parti macam orang gila. Tu yang sekor-sekor penat mengalahkan apa.
Armel bangun dengan malas tanpa membuka matanya. Menguap sekali sambil menggaru-garu kepala.
Puk!
Terus terbuka luas mata Armel. Siapa main baling-baling bantal ni?! Dia nampak Zarryn yang telah siap mandi yang mengenakan bathrobe dengan towel digulung sekali dengan rambut di atas kepala ditambah gosok gigi yang masih dimulut.
"Pukul berapa kau nak bangun mandi ni?" tanya Zarryn sambil bercekak pinggang ke arahnya. Armel tersengih seraya kembali merebahkan badannya semula. Dia melihat jam di dinding bilik mereka.
10:05 a.m
"Alah kejap lagi aku mandi la. Lagipun Ayshalyn dalam bilik air kan," teka Armel apabila melihat tiada bayangan gadis itu dan bunyi pancuran air dari dalam tandas menguatkan lagi telahaannya.
"Suka hati kau la. Janji kau siap sebelum 10:30. Sebab banyak benda lagi nak buat hari ni ya," Zarryn menggeleng dan melangkah ke arah almari. Dia mencari baju yang sesuai untuk dipakai semasa gotong royong hari ni.
Dia hanya memakai sweater sukan sekolah yang berwarna kelabu, biru yang berlambang 'Knight' di belakang dan seluar sukan sekolah.
Zarryn masuk semula ke dalam bilik air untuk berkumur mulutnya yang masih ada ubat gigi setelah Ayshalyn keluar.
"Dah pergi masuk," Zarryn melemparkan tuala yang digulung rambutnya tadi kepada Armel yang duduk di atas katil.
Zarryn lihat Ayshalyn juga mengenakan baju sepertinya selepas dia keluar bilik air tadi. Mereka cuma tunggu Armel sahaja untuk bersiap. Dahlah cacat sekarang. Jalan terhincut-hincut. Nasib baik kaki Armel tidak teruk sangat cuma bengkak sikit.
Zarryn mengikat kuda rambut panjangnya setelah dikeringkan dan mencari pin rambut untuk mengemaskannya lagi. Tapi dia tak jumpa pin rambut yang selalu dia pakai. Atas meja belajar dia pun takda. Eh! Mana aku letak ha?
Zarryn cuba ingat balik mana dia letak pin rambut kesayangannya. Ah! Dalam beg pink dia. Zarryn mencari beg pink miliknya pula. Tapi, yang menjadi masalah sekarang.
Beg pink dia pun takda juga! Mana aku letak ni?!
"Kau cari apa?" tanya Ayshalyn melihat rakannya yang seperti mencari sesuatu.
"Beg pink aku,"
Dia membuka almarinya semula untuk mencari beg sekolahnya. Tetap tiada. Recall Zarryn recall! Kemudian, Zarryn teringat sesuatu.
"Nah, bawak beg aku lagi!"
Beg pink Zarryn dihulurkan pada Adam. Dengan terpaksa Adam mengambil beg Zarryn lalu disangkut di bahunya.
Zarryn tersengih melihat Adam dengan beg pinknya itu. Comel!
Dan bila dah sampai dorm, dia terlupa yang dia kena hantar borang penyertaan pada Sir Hazar lalu pergi dengan begitu sahaja meninggalkan Adam.
Zarryn menepuk dahi. Macam mana aku boleh lupa beg aku dengan dia lagi?! Haih.. nantilah aku mintak.
Dia menggunakan pin rambutnya yang lain untuk mengemaskan rambutnya.
_______________
Aktiviti gotong-royong dimulakan di kawasan taman kerana di situ tempat majlis dilakukan semalam. Jadi kawasan itu agak bersepah.
YOU ARE READING
𝙋𝙍𝙀𝙎𝙄𝘿𝙀𝙉𝙏
Teen FictionJust six ordinary people are shackled by feelings and friendships. Friendships First - Be Friend Second - Be Close Third - Be Bestfriend __________ Happy reading, much love❤️