Emilya tidak habis berfikir dengan apa yang Zach ucapkan tadi padanya, dia sedaya upaya mengelak dari berjumpa dengan Zach tetapi ada sahaja fikiran Zach yang sengaja kenakan dirinya. Dipandang jauh Zach yang berbincang sesuatu dengan yang lain, benarkah jejaka itu dengan kata-kata yang diungkapkan kemarin.
Ju melihat dirinya yang bengong menyenggol bahu Emilya ''kau kenapa renung diorang seperti tak puas hati", Emilya menjeling Ju sebelum meninggalkan sahabatnya itu dengan tanda tanya, Ju berdongkol geram, minah seorang ni period ke apa?.
Evelyn memerhati Aisyila yang tersenyum berjumpa dengan ibu bapa nya, walaupun Puan Raudah agak kecewa dengan kesalahan anaknya dia tetap risau dan mengambil tahu tetang perkembangan kes anaknya.
''Abang Hanz dah tahu ke mak?" tanya Aisyila.
Puan Raudah meangguk seperti jejaka yang bakal menjadi suami anaknya tahu tentang perkhawinan antara mereka berdua. Eveleyn tergelak sinis, rancangan perkhawinan itu belum diketahui oleh Hanz sendiri, mereka bijak mereka cerita.
Biar Hanz sendiri yang tahu dan selesaikan, keputusan itu terletak pada Hanz jika dia setuju ataupun tak.
"Jika perkhawinan ini tidak berlangsung kau tetap jadi tawanan di penjara seumur hidup Aisyila, bernasib baik lah ibu kau memberi alasan yang bagi aku tak masuk akal'' ujar Evelyn.
''Jika diikutkan kes kau yang hampir buat sahabat aku mati, akan dibalas dengan kematian juga tapi rayuan keluarga kau membuatkan aku sakit otak nak berfikir so aku ringankan hukuman kau tetapi tak bererti kau bebas di tangan kami kerana kau masih dalam kelangan orang Raja Daus'' ujar Evelyn tanpa rasa di hadapan ibu bapa gadis itu.
Aisyila hanya diam, memang dia rasa menyesal sekarang ini atas masalah yang dia lakukan atas arahan raja murka tetapi kalau ditanya tentang perasaannya terhadap Hanz dia tidak akan putus asa melawan gadis yang disukai jejaka itu.
Dia gembira bahawa dirinya akan dikhawinkan dengan Hanz dan keluarga jejaka itu juga setuju, oleh sebab itu juga lah dirinya dibebaskan atas alasan yang tidak masuk akal di fikiran Evelyn.
Evelyn berjalan keluar dari tempat itu setelah selesai lawatan keluarga Aisyila, dia menghirup udara segar sebelum mengelus perutnya, tidak lama semua akan selesai sebelum anaknya dilahirkan.
Dia memerhati adiknya yang termenung jauh sambil tanganya memetik bunga, sesuatu menganggu fikiran adiknya.
''Adik'' Emilya mengumam perlahan.
''Ada apa-apa ingin disampaikan pada aku'' mereka berdua memandang taman bunga itu.
''Zach, he being weird last night, kata-kata yang dia ungkapkan membuat otak Emy tak henti berfikir'' jujur adiknya berbicara tentang hal semalam.
Evelyn tersenyum segaris, so, Zach sikit-sikit dah berani jujur tentang perasaan nya kepada adiknya. Dia dah lama menanti keberanian jejaka itu untuk melakukan langkah seterusnya dalam mengungkapkan perasaan.
''Kau kena tunggu langkah seterusnya lah, percaya dia seperti kakak letakkan kepercayaan untuk hantar dia jagakan Emy selama ini, dia mungkin sedikit yang serius but dia akan berubah apabila dekat dengan orang yang dia suka''.
Emilya memandang kakaknya pelik sebelum menutup mulutnya, dia belum memberitahu kakaknya tentang hal semalam tetapi kenapa kakaknya seakan tahu apa yang bakal dia sampaikan. Evelyn tertawa kecil riak adiknya yang terkejut sangatlah lucu dimatanya.
''Semua dah tahu Zach menyimpan perasaan suka pada kau Emy, but you never notice the way he act when its come about you, everywhere you go he always there'' cerita Evelyn apabila mengingati usaha seorang jejaka yang beku dan sombong itu.
ANDA SEDANG MEMBACA
You Are My Priority
Novela Juvenil|| TeenRomance || || Royal || Uzair Affan x Damia Aulia / Evelyn Eliana Perkhawinan atas dasar misi yang ingin menjaga identiti sebenar Damia Aulia daripada diketahui pihak musuh. Dia, Uzair Affan diarahkan untuk menjadi teman hidup Damia Aulia...
