KRINGGGG!!!! Loceng sekolah berbunyi menandakan waktu perhimpunan. Farhana beredar pergi dari kelasnya menuju ke dewan perhimpunan seorang diri. Suasana di dewan sungguh bising. Setiba di dewan, Farhana menuju ke bilik " PA SYSTEM."
"CUBAAN SUARA 123, CUBAAN SUARA 123." Bergema suara hana di dalam dewan perhimpunan melalui microfon tersebut. Murid-murid mula mendiamkan diri. Setelah itu, perhimpunan dimulakan.
Setelah perhimpunan tamat, Farhana mengemas bilik "PA SYSTEM" yang digunakan sebentar tadi. Tiba- tiba suara yang biasa didengari Farhana memecahkan sunyi bilik itu.
"Hana...." Panggil kawannya memegang bahu Farhana.
"Ya, kenapa Anis, bukan patutnya sekarang semua pelajar balik ke kelas kan" Balas Farhana meneruskan mengemas tanpa menghiraukan Anis.
"Ya, aku tahu, tapi memandangkan kau sorang je kat sini, aku nak teman je." Kata Anis mencebik kepada Farhana.
"Dah...balik jela kelas cepat. Nanti cikgu math kita marah pulak. Cikgu tu bukan boleh kalau masuk lambat siket kelas dia tuh." Balas farhana menyuruh kawannya itu pulang ke kelas.
"Ish, yela. Kau ni aku nak jadi kawan yang baik pun susah." Balas Anis dengan nada kecewa.
"Kalau ye pun agak-agakla" Kata Farhana sambil menghela nafas ringan.
Anis beredar pergi pulang menuju ke kelas. Farhana menggelengkan kepalanya sambil tersenyum sinis dengan gelagat anis tadi. Setelah pulang ke kelas, Farhana melihat cikgu Matematiknya masih belum tiba. Farhana menoleh kearah Anis. Mereka saling berpandangan. Anis mengangkat bahunya tanda tidak tahu.
*************
HUARGHH.... liat badan Rizqi mahu bangun daripada katil empuknya itu. Tiba-tiba telefonnya berdering kuat di telinganya. Rizqi cuba mencapai telefon bimbitnya itu lalu menjawab panggilan tersebut.
"Hello, Assalammualaikum. Betul ke ni En. Rizqi bin Rifqi?" Tanya orang yang membuat panggilan tersebut.
"Waalaikumussalam, ye saya En. Rizqi. Kenapa ya?" Balasnya.
"Saya kerani sekolah Sekolah Menengah Neo Science. Encik ada kan buat permohonan guru praktikal di PPD?" tanya kerani itu lagi.
"Ye betul saya ada mohon untuk jadi guru praktikal." Balas Rizqi ringkas.
"Oh...permohonan encik diterima, dan encik akan menjadi cikgu praktikal selama beberapa bulan di sekolah kami." Kata kerani itu.
"Betul ke cik?!" Balas rizqi dengan teruja.
" Ya betul, encik dah bole mula datang dan mengajar di sekolah esok." Balas kerani itu.
"Ya Allah...terima kasih cik." Balas Rizqi tanda bersyukur.
*******************
Suasa di dalam kelas agak riuh. Farhana hanya duduk di mejanya dan termenung ke arah pintu kelas menunggu cikgu waktu seterusnya masuk. Sambil termenung dia terdengar desas- desus yang mengatakan akan ada cikgu praktikal yang akan mula mengajar mereka. Tiba- tiba guru penolong kanan HEM masuk ke dalam kelas mereka dan suasa terus menjadi senyap.
" Assalammualaikum semua, cikgu disini hanya ingin memberitahu bahawa cikgu Maria guru matematik awak sudah pindah semasa awak semua cuti penggal pertama haritu. Jadi, disini cikgu ingin maklumkan bahawa esok akan ada cikgu praktikal yang akan mengajar kamu semua mulai esok selama beberapa bulan. Faham semua?" Tanya GPK HEM tersebut.
" Faham cikgu." Kata semua pelajar kelas tersebut.
"um, cikgu. cikgu Maria tu pindah mana? Pastu cikgu praktikal tu laki ke perempuan?" Tanya Anis tanpa segan silu.
"Itu pula yang awak fikirkan ye Anis. Saya masih tak tahu samada cikgu baru awak adalah lelaki atau perempuan, yang saya maklum berkemungkinan lelaki dan cikgu Maria pindah mengajar di SMK...lupa sudah cikgu. Tapi di SMK lah yang pastinya." Balas GPK HEM.
YOU ARE READING
𝙨𝙩𝙧𝙖𝙣𝙜𝙚𝙧 𝙖𝙜𝙖𝙞𝙣
RomanceRizqi seorang lelaki berumur 23 tahun yang hidup berserdahana merupakan seorang guru praktikal di sekolah berasrama penuh dan sudah bertunang. Kehadirannya sebagai cikgu praktikal di Sekolah Neo Science menarik perhatian ramai pelajar perempuan di s...