Rizqi sudah terpacak tunggu di restoran yang selalu di perginya bersama Sarah. Setelah beberapa minit Rizqi menunggu akhirnya Sarah tiba.
"Sorry saya lambat. Traffic jem." Kata Sarah sebaik dia duduk di hadapan Rizqi.
"Takpe. Saya pun bukan lama sangat pun tunggu." Balas Rizqi lalu menyedut airnya.
"So, kenapa awak tiba-tiba nak jumpa saya?" Tanya Sarah sebaik dia siap memesan air untuk dirinya.
"Saja. Kenapa? Tak boleh? Busy?" Balas Rizqi seperti sedikit menyindir Sarah.
"Tak adalah dia macam suddenly betul. But nevermind ada apa?" Tanya Sarah.
Rizqi menarik nafas panjang lalu menghela nafasnya dengan perlahan. Dia memandang tepat ke arah muka Sarah dan Sarah hanya memandangnya kembali.
"Awak rasa awak boleh tunggu saya ke? Untuk saya kumpul duit kahwin kita?" Tanya Rizqi. Reaksi mukanya serius.
"Saya ikut awak je. But ayah saya dah kata lebih baik dicepatkan." Balas Sarah.
"Tapi saya rasa saya tak boleh cari duit kahwin dalam masa yang singkat. Ingat senang ke? Saya ni tau yang kerja." Rizqi cuba psikonya kembali.
Sarah diam. Betul juga apa yang dikatakan Rizqi itu apabila difikirkan oleh Sarah. Alasannya saja supaya dia dapat kahwin cepat dengan Rizqi untuk membantu bapanya. Kalau ikutkan hati Sarah boleh saja dia tunggu Rizqi dalam beberapa tahu lagi.
"Kenapa awak diam? Ke awak dah tak nak teruskan hubungan ni sebab ada orang lain dah?" Rizqi terus cuba psiko Sarah lagi.
"No. Saya cuma..."
"Cuma apa? Sudahlah Sarah. Baik awak fikir elok-elok. Kalau awak rasa awak tak boleh tunggu kita putus." Kata Rizqi.
"Wait. Takkan terus macam tu je?" Balas Sarah.
"Habis? Awak nak apa?" Tanya Rizqi lalu terus melangkah keluar dari restoran itu meninggalkan Sarah.
Sarah mengekor Rizqi daripada belakang. Langkahnya terlalu cepat membuatkan Sarah tidak dapat mengajarnya. Dalam perjalanan ke kereta tiba-tiba Fikry datang menyerang Rizqi. Satu tumbukan melekat dimukanya.
"Puih! Kau pahal!" Kata Rizqi.
"Kau sedap eh jumpa girlfriend orang macam kau punya pula." Balas Fikry.
"Ha? Sarah maksud kau? Wait what?!" Kata Rizqi kebingungan.
"Sepatutnya aku yang tanya kau kau tu siapa!" Tambah Rizqi sejurus dengan satu tumbukan diberi tepat ke perut Fikry.
Orang disekeliling mula memandang mereka. Sarah pula masih tercari- cari di mana Rizqi. Pergaduhan mereka masih diteruskan.
"Oh, so selama ni kau yang bawa Sarah sana sini." Kata Rizqi.
"Girlfriend aku suka aku lah!" Balas Fikry.
"Hmph, Girlfriend? Dia tu tunang aku!" Sebaik saja Rizqi mahu melepaskan tumbukan lalu terus dihalang Sarah.
"Rizqi enough!" Kata Sarah menarik badan Rizqi.
"Cis, rupanya ni laki yang awak selalu jumpa tu? Sibuk kata busy jumpa dia ni lah kan?" Kata Rizqi kepada Sarah.
"Oh, kau lah tunang dia? Oh, patutlah. Tak seberapa mana pun. Patut Sarah lari nak dekat aku." Sampuk Fikry.
"Ha? Sarah! Awak pilih laki ni sebab harta? Ape ni?" Kata Rizqi.
"No saya boleh explain." Balas Sarah.
"Sudah saya tak nak dengar apa-apa. Cukup lepas semua awak buat dekat saya. Kita putus! Just keep the ring. Semoga bahagia dengan dia ni!" Kata Rizqi lalu memasuki ke dalam keretanya lalu beredar pulang.
Rizqi pulang dengan perasaan hampa. Ia merupakan sebahagian daripada rancangan Sarah juga. Rizqi terus menekan pedal minyak dengan kuat. Tak sangka dengan perbuatan Sarah dan membazir saja masa dia selama ini bersama Sarah.
YOU ARE READING
𝙨𝙩𝙧𝙖𝙣𝙜𝙚𝙧 𝙖𝙜𝙖𝙞𝙣
RomanceRizqi seorang lelaki berumur 23 tahun yang hidup berserdahana merupakan seorang guru praktikal di sekolah berasrama penuh dan sudah bertunang. Kehadirannya sebagai cikgu praktikal di Sekolah Neo Science menarik perhatian ramai pelajar perempuan di s...