"Hana okay?" Soal En. Hamri.
"Hana ok. Tak ada apa." Balas Farhana lalu terus mengatur langkahnya ke tandas.
Hana merenung dirinya menerusi cermin tandas awam. Banyak perkara yang bermain di dalam kepalanya. Dia membuka paip air lalu mencuci tangannya lalu beredar pergi dari tandas tersebut.
Sebaik Farhana duduk di sebelah bapanya, dia terpandang ke arah sebuah meja yang di hadapannya hanya selang beberapa buah meja. Dia nampak Rizqi dan Razif seolah-olah sedang menunggu seseorang.
Farhana tersenyum sendirian, lalu melambai tangannya dengan rendah berharap Rizqi perasan akan dirinya. Razif ternampak lalu mengungguli Riziq menggunakan sikunya lalu me muncungkan mulutnya menunjukkan ke arah Farhana. Rizqi menoleh ke arah Farhana dengan terujanya dia melambai kembali ke arah Farhana. Farhana hanya gelak kecil.
"Hana? Gelak tiba-tiba ni kenapa?" Tanya En. Hamri.
"Ha? Eh yak ada apa-apalah." Balas Farhana.
***************
Ianya hampir sebulan penceraian antara Fikry dan Sarah telah berlalu. Hidup Fikry sepanjang penceraiannya dengan Sarah tiada masalah tapi jauh di sudut hatinya dia masih bimbang bagaimana dengan keadaan Sarah.
Sarah seperti kucing hilang anak. Hidupnya huru-hara dengan ayah Pak Seman yang tidak sudah-sudah mendesak dirinya supaya memberikannya duit. Dia sungguh berharap agar ada orang yang boleh membantunya di saat susah begini.
Fikry mundar-mandir di dalam biliknya. Tiba-tiba dia berasa serba salah atas perbuatan dirinya ke atas Sarah. Dia sedar sepatutnya dia perlu mendengar penjelasan daripada Sarah dan tidak membuat keputusan terburu-buru apatah lagi jika dalam keadaan marah.
Dia ingin mencari Sarah di kampung tetapi hatinya masih tertanya-tanya jika Sarah memaafkannya. Ataupun adakah Sarah ingin berjumpa dengannya setelah hampir sebulan dia tidak bertanya khabar berita.
"What am I supposed to do right now. Will she forgive me? Shit, it's all my fault." Gumam Fikry.
*************
"Kak, Irfan ni, kakak tak nak makan ke?" Soal Irfan dari luar bilik Sarah.
"Tak apalah adik. Kakak tak..."
Tiba-tiba Sarah berlari keluar dari biliknya terus menuju ke bilik air. Irfan terus ke bilik air untuk melihat keadaan kakaknya.
"Kak, kakak ok tak?" Soal Irfan sambil mengetuk pintu bilik air tersebut.
"WERK, WERK"
Kedengaran Sarah mengeluarkan segala benda yang ada di dalam isi perutnya. Irfan bimbang lalu terus memberi taki kepada ibunya.
"Mak, cuba mak tengok kakak tu, macam tak sihat dia tu tadi tiba-tiba muntah dalam bilik air." Beritahu Irfan kepada ibunya.
"Pula? Yelah, nanti mak tengokkan kakak kamu tu. Adalah tu." Balas Mak Sopiah lalu tersenyum seperti tahu sesuatu.
"Hah?" Ujar Irfan kebingungan.
"Tak payah sibuklah kamu, nanti kamu fahamlah." Balas Mak Sopiah lalu terus pergi melihat keadaan Sarah.
YOU ARE READING
𝙨𝙩𝙧𝙖𝙣𝙜𝙚𝙧 𝙖𝙜𝙖𝙞𝙣
RomanceRizqi seorang lelaki berumur 23 tahun yang hidup berserdahana merupakan seorang guru praktikal di sekolah berasrama penuh dan sudah bertunang. Kehadirannya sebagai cikgu praktikal di Sekolah Neo Science menarik perhatian ramai pelajar perempuan di s...