"Assalamualaikum Farhana....saya ni." Panggil Rizqi.
Farhana tidak menjawab. Rizqi terus menuju ke balkoni. Seperti hari yang sebelumnya, Farhana bersama Farhan sedang duduk makan sarapan setiap pagi bersama. Rizqi sedikit kecewa. Dia terus menuju pulang ke apartmen nya. Rizqi tidak boleh berbuat apa-apa kerana Farhana bukan kekasihnya atau siapa-siapa yang Rizqi boleh marahi.
"Lelaki yang selalu dengan awak tu siapa?" Tanya Farhan.
"Oh, itu cikgu praktikal dekat sekolah dulu sebelum cikgu jadi cikgu tetap dekat situ." Balas Farhana mesra.
"Awak duduk satu apartmen ke dengan dia?" Tanya Farhan.
"Eh, taklah. Ayah saya yang suruh ikut buat teman saya dekat sini, apartmen asing lah." Balas Farhana.
"Siapa nama dia?" Tanya Farhan lagi.
"Rizqi." Balas Farhana.
"Oh, em saya gerak dululah. Jumpa lagi nanti." Kata Farhan.
"Oh, ok. Jaga diri. Bye." Balas Farhana.
Farhan terus beredar dari balkoni itu lalu Farhana terus pulang ke apartmen nya.
***************
"Sayang? Ok tak ni?" Tanya Fikry yang melihat Sarah seperti cacing kepanasan.
"I tak tahula kenapa perut I ni, tiba-tiba sakit lepas dinner tadi." Balas Sarah yang duduk di atas katil sambil mengusap perutnya.
"Lah perut you sakit ke? Nak apa-apa ubat tak?" Tanya Fikry.
"Ke you nak ubat ni...."
Fikry terus datang dekat kepada isterinya itu lalu menarik pinggang Sarah lalu baring di atas katil sambil perutnya diusap oleh suaminya.
"Feel better?" Bisik Fikry tepat di telinga Sarah.
***************
"Ummi, abang bila balik?" Tanya Razif.
"Lusa tak silap. Kenapa kamu tanya?" Soal ummi kembali.
"Saja tanya. Tapi ummi Razif rasa, Razif suka sorang perempuan ni." Kata Razif.
"Siapa pula?" Tanya ummi.
"Nantilah. Tak ready Razif nak bagitahu. Razif nak keluar ni ummi duduk rumah elok-elok ya." Kata Razif lalu terus melangkah keluar dari rumahnya.
"Ada- ada jelah si Razif ni." Bebel ummi.
*****************
"Hana, abah dah balik ni." Panggil bapanya.
"Awal abah balik harini?" Tanya Hana sebaik dia keluar dari biliknya.
"Habis awal balik awal lah." Balas bapanya.
"Oh...abah. Hana nak keluar sekejap ni tau." Kata Hana.
"Iyalah." Balas bapanya ringkas.
Farhana terus melangkah keluar dan terus menuju ke apartmen Rizqi. Pintu rumahnya diketuk. Rizqi membuka pintu itu dengan berpakaian seluar pendek sahaja.
Farhana terus berpaling dari melihat tubuh Rizqi. Rizqi baru sedar yang datang itu adalah Farhana, dia segera masuk kembali kedalam dan mengambil bajunya.
"Awak ada apa datang sini?" Tanya Rizqi sebaik dia selesai memakai baju.
"Saya saja nak ajak awak lepak dekat bawah." Balas Farhana sambil perlahan dia menoleh ke arah Rizqi.
"Saya penatlah. Nanti jelah." Kata Rizqi.
"Oh, tak apalah. Bye." Balas Farhana lalu menuju pulang ke apartmen nya.
"Hmph, baru kau tahu apa aku rasa." Kata Rizqi sebaik dia masuk ke dalam rumahnya.
YOU ARE READING
𝙨𝙩𝙧𝙖𝙣𝙜𝙚𝙧 𝙖𝙜𝙖𝙞𝙣
RomanceRizqi seorang lelaki berumur 23 tahun yang hidup berserdahana merupakan seorang guru praktikal di sekolah berasrama penuh dan sudah bertunang. Kehadirannya sebagai cikgu praktikal di Sekolah Neo Science menarik perhatian ramai pelajar perempuan di s...