Farhana sudah terpacak di pintu pagar rumahnya menunggu Rizqi datang mengambilnya. Beberapa minit kemudian akhirnya Rizqi tiba.
"Sorry cikgu lambat. Busy sikit tadi." Kata Rizqi dari keretanya.
"Tahu dah cikgu lambat." Balas Farhana lalu masuk ke dalam kereta di bahagian penumpang belakang.
"Lah, kenapa duduk belakang? Duduklah depan." Kata Rizqi.
"Tak nak." Balas Farhana ringkas.
"Kenapa pula? Semalam ok je?" Ujar Rizqi.
"Semalam sebab barang banyak je. Sebab tu saya duduk depan." Balas Farhana.
Rizqi menoleh kebelakang. Matanya tajam menatap mata Farhana.
"Cikgu pandang saya macam tu kenapa?" Tanya Farhana.
"Kalau awak duduk belakang, saya ni nampak macam driver pula jadi, awak duduklah depan." Lembut suara Rizqi berkata kepada Farhana menyuruhnya duduk di hadapan.
"Yela-yela." Balas Farhana ringkas.
Sepanjang perjalanan menuju ke rumah Rizqi, tiada benda yang dibualkan. Rizqi fokus memandu manakala Farhana pula sibuk bermain dengan telefon bimbitnya. Hanya radio yang tetap berbunyi memecahkan sunyi kereta itu.
Tiba-tiba Rizqi brek keretanya secara mengejut. Farhana yang sedang duduk dengan aman terkejut apabila Rizqi mem-brek keretanya secara tiba-tiba. Telefon Farhana terlepas dari pegangannya lalu jatuh ke bawah.
"Cikgu....kenapa break mengejut. Terkejut saya." Kata Farhana sejurus dia mengambil telefonnya yang jatuh itu.
"Leka sangat main phone. Kita dah sampai pun awak tak perasan." Balas Rizqi.
Farhana melihat sekelilingnya. Memang betul dia sudah tiba di rumah ummi. Dia terus keluar dari kereta lalu meregangkan badannya yang sudah lama duduk di dalam kereta.
"Ummi! Farhana datang ni." Jerit Rizqi dari luar rumah memamnggil umminya.
Farhana terus memandang Rizqi dengan terkejut. Belum sempat dia berbuat apa-apa sudah dia pergi memanggil ummi.
"Iya. Ummi datang ni." Balas ummi.
Ummi tersenyum lebar melihat kehadiran Farhana setelah lebih kurang tiga bulan tidak berjumpa. Farhana terus datang ke arah ummi lalu memeluknya. Rindu ummi yang lama dipendam akhirnya diubati.
"Tak cakap pun nak datang kalau tak ummi dah masak sedap- sedap untuk kamu." Kata ummi kepada Farhana.
"Saja nak suprise ummi. Ehehe..." Balas Farhana.
"Kamu nakal ye tak bagitahu ummi Farhana nak datang." Kata ummi lalu mencubit Rizqi.
"Aduh, sakitlah...Farhana suruh jangan bagitahu ummi kononnya nak suprise ummi." Balas Rizqi.
****************
"Sarah, you tak rasa serba salah ke apa yang lepas you buat dekat tunang you haritu." Kata Fikry.
"Nothing serious lah nak difikirkan. Lagipun you sayang I kan?" Soal Sarah.
"Ofcourse I do." Balas Fikry.
"So you deserve me more than him. Anyway, you dah plan tarikh nikah kita bila?" Soal Sarah lagi.
"I don't know. It's up to you bila you nak. I tak kesah." Balas Fikry.
"How about bulan depan?" Sarah memberi pendapat.
"Okay. No problem. You nak buat dekat mana?" Tanya Fikry kedengaran seperti mahu menaja.
"If you tak kesah, apa kata kita buat dekat hotel yang dekat dengan pantai. Kita cari area KL jelah tak payah susah jauh-jauh." Balas Sarah.
"Okay. I don't mind so much. Ikut you lah nak macam mana. Nanti I bayarkan je." Kata Fikry.
"Serius?" Tanya Sarah teruja.
"Ye sayang." Balas Fikry.
YOU ARE READING
𝙨𝙩𝙧𝙖𝙣𝙜𝙚𝙧 𝙖𝙜𝙖𝙞𝙣
RomanceRizqi seorang lelaki berumur 23 tahun yang hidup berserdahana merupakan seorang guru praktikal di sekolah berasrama penuh dan sudah bertunang. Kehadirannya sebagai cikgu praktikal di Sekolah Neo Science menarik perhatian ramai pelajar perempuan di s...