- bab 60 : TAHUN BARU ❞

14 1 4
                                    

5...4...3...2...1! Tepat jam menunjukkan pukul 12 tengah malam bunga api di Suria KLCC dilancarkan. Semua orang yang berada di situ bersorak keriangan setelah memasuki tahun baru.

Rizqi menoleh kearah Farhana yang sedang asyik melihat bunga api. Mukanya kelihatan gembira. Tidak lama Rizqi menoleh kearahnya, Farhana menoleh kembali memandang Rizqi lalu memberikan satu senyuman.

"Kenapa awak pandang saya macam tu?" Soal Farhana.

"Tak boleh ke?" Balas Rizqi.

"Jom balik." Ajak Farhana.

"Baru je pukul 12. Takkan dah nak balik? Abah awak pun outstation. Nek Som pun dah tak kerja lagi dengan awak. Kat rumah sorang-sorang nak buat apa?" Balas Rizqi.

"Hm, habis awak nak pergi mana?" Soal Farhana.

"Kita pergi makan dulu jom." Ajak Rizqi.

Farhana hanya senyum sebagai tanda bersetuju.

***************

"Awak, dah plan U mana awak nak pergi?" Soal Rizqi.

"Cambridge. I guess." Balas Farhana.

"Jauhnya, sampai ke UK. Saya dekat sini siapa nak teman?" Usik Rizqi.

"Pandai-pandailah jaga diri sendiri. Dah kalau rezeki saya dekat sana nak buat macam mana. Awak pun boleh sambung belajar lagi apa." Jelas Farhana.

"Saya ada plan juga nak ke oversea, but saya still tak yakin dengan Razif boleh jaga ummi ke tidak." Kata Rizqi.

"Eh? Cepatlah makan dah lewat ni." Sampuk Farhana sejurus dia menilik jam tangannya.

Perbualan mereka terus terhenti disitu. Setelah satu jam dalam perjalanan, akhirnya Farhana tiba di rumahnya.

Keesokkan Farhana membaca mesej daripada group batch tingkatan lima yang dicipta oleh Anis sejak mereka tingkatan satu. Sedang membaca, Anis menghantar sesuatu mesej.

Guys!! Confirmed! Kita akan ambil result bulan 2 ni!- Aniskuu

Eh? Seriuslah? Berapa hari bulan?- Farhana

20.2 ni. Excited yall.- Aniskuu
See yall next month.- Aniskuu

Farhana menghela nafas kecil. Entah ya entah tidak En.Hamri iaitu bapanya boleh menghadirkan dirinya pada 20 hari bulan dua tersebut.

************

"Abah, result SPM keluar 20 hari bulan dua ni. Abah free ke?" Soal Farhana kepada bapanya yang sedang menyiapkan kerja melalui tablet.

"Erm, ya abah free. Sekali abah boleh jumpa kawan abah." Balas bapanya.

"Ok abah." Kata Farhana lalu terus menuju kembali ke biliknya.

"By the way, abah dah plan something for your birthday." Kata En. Hamri sejurus dia memandang ke arah Farhana.

"Oh, okay. But abah tak tahu kan birthday Hana sama dengan Cikgu Rizqi?" Soal Farhana.

"If sama it a good thing. Boleh celebrate sekali dengan kamu." Balas bapanya.

"Okay abah. Hana naik dulu." Kata Farhana lalu cepat ke biliknya.

𝙨𝙩𝙧𝙖𝙣𝙜𝙚𝙧 𝙖𝙜𝙖𝙞𝙣Where stories live. Discover now