- bab 30 : MENTOR BARU ❞

18 4 13
                                    

"Farhana." Panggil seorang cikgu sambil berjalan kearah Farhana yang sedang berjalan menuju ke tandas.

Farhana terus berhenti lalu menoleh memandang kearah cikgu tersebut.

"Ye?" Balasnya.

"Cikgu saja nak bagitahu kamu ni. Kamu kenal cikgu Aan? Cikgu baru tu." Tanya cikgu itu.

"Kenal. Kenapa?" Balasnya dalam keadaan tertanya-tanya.

"Ha, mentor dia kamu ya nanti. Cikgu dah tak jadi mentor kamu dah. Cikgu Aan dah ada dia lah ganti cikgu Rizqi jadi mentor kamu." Jelas cikgu itu.

"Oh,baik cikgu. Saya dengan Irfan ke?" Tanya Farhana.

"Oh tak, dia mentor kamu je. Cikgu adalah buat tukar-tukar menti lebih kurang gitu lah." Jelas cikgu itu lagi.

"Oh, baik cikgu." Balas Farhana.

"Ha ingat ye." Kata cikgu itu lalu pergi meninggalkan Farhana.

**************

"Nur Farhana, siapa ya murid dalam kelas ni?" Tanya Farhan sebaik dia melangkah masuk ke dalam kelas 5 UKM.

Farhana mengangkat tangannya.

"Oh awak, ha nanti waktu mentor menti jumpa saya dekat kantin." Kata cikgu itu kepada Farhana.

Farhana hanya mengangguk tanda faham. Farhan hanya senyum lalu terus meninggalkan kelas tersebut.

"Wahh...dapat mentor baru ek kau. Bukan main." Kata Anis.

"Aku penat betul lah nak belajar dengan cikgu baru ni. Bagilah aku mentor cikgu yang dah lama jadi cikgu baru dekat sini." Farhana merungut.

"Alah kau, cakap jelah kau dah selesa dengan cikgu Rizqi. Tak payah nak putar belit." Usik Anis.

"Bising lah kau. Tak habis-habis dengan cikgu Rizqi kau tuh." Balas Farhana lalu terus senyap tidak bercakap dengan Anis.

***************

Selepas sekolah, Farhana terus menuju ke kantin seperti disuruh Farhan. Setiba di kantin, Farhana sudah terlihat Farhan sedang menunggunya.

"Maaf cikgu lambat." Kata Farhana.

"Tak pe, saya pun baru sampai." Balas Farhan sebaik dia memakai cermin matanya.

Farhana duduk berhadapan dengan Farhan. Entah kenapa vibes yang diberikan oleh Farhan tidak kurang seperti Rizqi.

"So, mentor awak sebelum ni bagi apa je waktu mentor menti?" Tanya Farhan.

"Selalunya cikgu bagi modul. Tapi sebelum dia pindah saya dah siap semua modul dia." Balas Farhana.

"Oh, kalau gitu, awak cuba buat modul math ni dulu." Kata Farhan sambil menghulurkan modul tersebut kepada Farhana.

"Awak buat je dulu. Ada tak faham tanya je saya." Kata Farhan.

Farhana terus menyiapkan modul itu yang tidak banyak seperti Rizqi pernah beri. Cara Farhan mengajar juga tidak kurang seperti Rizqi.

***************

"Ummi, Iqy nak keluar sekejap ni. Ada nak kirim apa-apa?" Tanya Rizqi kepada ummi yang sedang menonton televisyen.

"Tak delah kot. Kamu pergi jelah. Balik jangan lambat." Balas ummi.

"Ye baik ummi." Kata Rizqi.

Ting! Notifikasi masuk di telefon Rizqi. Rizqi sempat memeriksa ianya daripada siapa sebelum melangkah keluar dari rumah.

Ye cikgu. Ada apa?- Farhana💕

Aik? Baru balik rumah ke?- Rizqi

Iya cikgu. Cikgu sihat?- Farhana 💕

Tak.- Rizqi

Kenapa?- Farhana 💕

Cikgu sakit- Rizqi

Sakit apa pula?- Farhana 💕

Sakit memikirkan awaklah tak ada dekat sini.- Rizqi

Huwalah cikgu😀. Buat pickupline pula.- Farhana 💕

HAHAHAHA saje jer...awaklah Farhana bila nak datang sini lagi.- Rizqi

Ummi kata rindu nak jumpa Farhana- Rizqi

Orang busy lah. Dah nak SPM. Cakap dengan ummi insya Allah lepas SPM Hana datang- Farhana 💕

Eee...yelah tu. Datang sebab nak jumpa ummi je ke?- Rizqi

Jumpa Cikgu tak mahu?- Rizqi

Jumpa ummi jelah. Buat apa jumpa cikgu. Bukan cikgu yang nak jumpa saya. Ummi yang nak jumpa. - Farhana 💕

Eee...yela🙄 - Rizqi

😛😛- Farhana

Perbualan mereka terus terhenti disitu. Berbunga hati Rizqi dalam masa beberapa minggu akhirnya Farhana membalas mesejnya.

Dalam perjalanan dia menuju ke bandar, dia terlihat rumah Sarah banyak dengan kereta. Macam ada kenduri pula. Tetapi Rizqi dapat merasakan sesuatu yang lain berlaku di rumah Sarah.

𝙨𝙩𝙧𝙖𝙣𝙜𝙚𝙧 𝙖𝙜𝙖𝙞𝙣Where stories live. Discover now