Ianya pagi yang indah buat Anis dan Farhana. Mereka berdua segera pergi mandi dan menyiapkan diri mereka untuk pergi ke rumah Rizqi memandangkan sebentar lagi Rizqi akan datang mengambil Mereka berdua.
"Hana, cikgu ada bagitahu ke dia nak ambil kita bila?" Tanya Anis yang sedang sibuk memakai krim dimukanya.
"Entahlah we. DM aku pun tidak. DM semalam pun dia tak tengok lagi." Balas Farhana yang sedang duduk di atas katilnya.
@rizqi.riz: Farhana,boleh cikgu nak nombor awak?
@rizqi.riz: cikgu otw nak ambil awak dengan Anis. Send location ya nanti.
@farhana.na: em,ok cikgu.Perbualan itu terhenti disitu lalu terus disambung ke whatsapp. Tanpa ragu-ragu Farhana berikan saja nombor telefonnya kepada Rizqi. Farhana hanya beranggapan dia hanyalah cikgunya buat apa patut dia sebarkan nombor telefonnya kepada orang lain.
Farhana, send location ya. Cikgu ada dekat pam minyak ni. - Cikgu Rizqi.
*location* - Farhanana <3
Farhana terus turun ke bawah bersama Anis untuk bersarapan dahulu. Entah mengapa dia berasa gementar tetapi niatnya hanya mahu menolong Rizqi saja.
"Hana, ni kamu nak pergi rumah cikgu kamu abah dah tahu?" Nek Som bertanya.
"Dah nek." Balasnya ringkas.
"Baguslah macam tu. Makan cepat. Nanti cikgu kamu sampai pula." Kata Nek Som.
Sambil mereka bertiga makan, tiba-tiba kedengaran bunyi hon kereta. Satu mesej pula masuk di telefon Farhana.
Farhana, saya dah ada depan rumah awak ni. - cikgu Rizqi.
Oh,okay.
Kejap ya cikgu. - Farhanana <3Eh bahagia pula hati Rizqi tersengih sorang-sorang di dalam kereta. Entah apa mahu jadi hubungannya dengan Sarah. Sejak-sejak ini Rizqi selalu dipulau oleh tunangnya sendiri.
"Nek, cikgu dah sampai kami pergi dulu ye. Assalammualaikum." Kata Farhana lalu menyalam Nek Som diikuti Anis.
"Iyalah. Hati-hati ya." Balas Nek Som.
Farhana dan Anis hanya membalas dengan senyuman lalu mereka terus melangkah keluar dari rumah diiringi Nek Som. Cikgu Rizqi kelihatan sudah menunggu di luar keretanya sempat juga dia menyapa Nek Som dengan senyuman manisnya itu.
"Nek, izin ya saya bawa diaorang." Kata Rizqi kepada Nek Som dengan memberikan senyuman di mukanya.
Nek Som hanya senyum kembali kepada Rizqi. Sepanjang perjalanan mereka menuju ke rumah Rizqi mereka langsung tidak ada membuka topik. Anis dan Farhana mereka berdua duduk di tempat duduk belakang memandangkan mereka malu hendak duduk di tempat duduk hadapan. Seperti driver pula cikgu Rizqi apabila mereka berdua duduk di belakang dan tiada siapa duduk di hadapan.
Setelah beberapa jam perjalanan, akhirnya mereka tiba di rumah Rizqi. Suasana kampung yang aman itu membuatkan Farhana nyaman. Anis pula sudah tertidur.
"Turunlah, emak cikgu ada dekat dalam." Kata Rizqi sambil memandang Farhana melalui cermin kereta itu.
Farhana menggelengkan kepalanya. Malu Farhana mahu turun dengan Anis yang tidak reti bangun walaupun sudah tiba.
"Malu ya? Takde apalah. Takkan awak nak saya bukakan pintu untuk awak pula?" Kata Rizqi mengusik Farhana.
Tanpa banyak cakap, Farhana pun keluar keluar dari kereta mengikut belakang Rizqi melangkah masuk ke rumahnya. Anis pula ditinggalkan di dalam kereta. Puas Farhana memukulnya suruh bangun tapi dia masih lena.
"Ummi, Rizqi dah balik." Rizqi memanggil umminya.
"Iya ummi datang ni." Balas ummi sambil menuju ke hadapan.
Terus terdiam ummi melihat Farhana.
"Ummi, ni Farhana student Rizqi." Kata Rizqi.
Ummi terus memegang muka Farhana lalu memeluknya. Ummi dari dahulu teringin kan anak perempuan. Bila ummi berjumpa dengan Farhana terharu hatinya.
Tiba-tiba sebuah kereta datang parking di hadapan rumahnya. Sebaik saja kereta itu di parking, Sarah terus keluar menyerang Rizqi dan Farhana.
"Rizqi! Siapa dia ha?" Jerit Sarah.
"Ape awak ni. Terjerit- jerit." Balas Rizqi.
Farhana terus menyorok di belakang tubuh Rizqi yang besar itu. Tiba saja Sarah ini datang mahu menyerang Farhana.
"Awak tu tunang saya. Bawa perempuan lain tak malu ke?" Marah Sarah sebaik dia berdiri di hadapan Rizqi.
"Ape awak ni. Dia..."
"Bertenang kak...bertenang...kiteorang student cikgu. Datang sini nak tolong emak cikgu. Akak pula? Datang nak buat kecoh pula. Baik akak masuk tolong mak cikgu. Kata nak jadi isteri cikgu... ke nak Farhana yang jadi bini cikgu pula?" Kata Anis menyampuk. Panas pula hatinya. Datang niat hanya mahu membantu tiba-tiba kena serang seperti ini.
Sarah terus sentap di situ lalu ummi terus mengajak Farhana masuk ke dalam diikuti Anis. Sarah terpaku di situ kerana Anis yang berumur 17 tahun berfikiran lebih matang daripadanya. Sedap saja dia mahu menyerang Farhana dan Rizqi.
YOU ARE READING
𝙨𝙩𝙧𝙖𝙣𝙜𝙚𝙧 𝙖𝙜𝙖𝙞𝙣
RomanceRizqi seorang lelaki berumur 23 tahun yang hidup berserdahana merupakan seorang guru praktikal di sekolah berasrama penuh dan sudah bertunang. Kehadirannya sebagai cikgu praktikal di Sekolah Neo Science menarik perhatian ramai pelajar perempuan di s...