- bab 18 : TERSEREMPAK ❞

27 3 4
                                    

"Hana, cikgu Rizqi DM kau dekat IG." Kata Anis.

"Ha?" Farhana bingung.

**************

Farhana segera merampas telefonnya daripada Anis. Ragu-ragu mahu dia membalas DM tersebut. Tapi Farhana fikir takut dikatakan sombong pula. Tanpa berfikir panjang Farhana pun membalas DM daripada Rizqi.

@farhana.na: waalaikumsalam.
@farhana.na: ada apa cikgu?

Berdebar hatinya secara tiba-tiba guru matematiknya itu DM nya di Instagram. Telefon Farhana terus dimatikan. Malas dia mahu melihat telefonnya buat masa ini.

"Ha...sah aku rasa cikgu suka kau." Kata Anis.

"Anis, dah lah. Cikgu tu dah tunang. Sudahlah tu cakap dia suka aku." Balas Farhana lalu mengambil tualanya untuk pergi mandi memandangkan hari sudah mahu malam.

"Alah, janganlah marah. Aku gurau je. Awal kau nak mandi." Kata Anis.

"Mestilah. Dah nak maghrib. Mandilah gila." Balas Farhana.

"Hm yela. Tapi takkan kita nak mandi sama-sama pula kan. Kau mandi jelah dulu." Jawab Anis.

"Ye nak mandilah ni....kalau kau nak mandi bawah ni ada bilik mandi juga. Tak pakai tudung pun tak apalah. Bukan ada lelaki pun dalam rumah aku ni." Kata Farhana.

"Ok." Balasnya ringkas.

*************

Ianya pagi yang cerah. Farhana segera bangun lalu pergi mandi dahulu sebelum kejutkan Anis. Selesai mandi, dia kejutkan Anis lalu turun ke bawah untuk menolong Nek Som untuk buat sarapan pagi.

"Farhana. Farhana." Panggil Anis. Suaranya bergema memang didengari Farhana.

"Yow. Aku kat dapur ni turunlah kita makan sama-sama." Balas Farhana dengan kuat.

Anis melangkah menuju ke dapur dengan tuala menutupi kepalanya. Makanan sudah sedia terhidang. Malu pula dia hendak duduk secara tiba-tiba di meja makan itu tanpa menolong memasak.

"Duduk jelah Anis. Makan. Kan nak keluar nanti dengan hana baik makan dulu. Nanti lapar." Kata Nek Som sebaik dia duduk di meja makan.

"Baik nek, terima kasih." Balas Anis.

"Kau dah mandi belum?" Tanya Farhana.

"Aku baru nak mandi." Balasnya sambil menguap.

"Eh cepatlah mandi. Kita nak pergi KL ni. Kau mandi je dah berapa jam pastu nak tunggu kau bersiap dah berapa jam." Bebel Farhana.

"Iya sabarlah. Kalau ya pun bagilah aku makan dulu." Balas Anis sambil mencedok nasi goreng di atas meja tersebut.

***************

"Bye Nek Som. Jaga diri ya Hana keluar dulu dengan Anis." Kata Farhana lalu menyalam Nek Som diikuti Anis.

"Iya, kamu berdua pun jaga diri kat luar tu." Balas Nek Som.

"Ok Nek. Kami pergi dulu." Kata Farhana sebaik dia melangkah keluar dari rumah.

Setelah beberapa jam dalam perjalanan, akhirnya mereka selamat sampai ke destinasi dengan menaiki grab.

Banyak masa mereka dihabiskan di sebuah mall. Mereka pergi bermain boling, menonton wayang serta makan di MC Donald.  Cukuplah bagi mereka makan di restoran yang mampu milik bagi budak sekolah seperti mereka.

"Hana, dalam ni ada tak grocery? Aku ada nak beli something la." Tanya Anis.

"Ada tak silap aku." Balas Farhana.

"Ha, bagus. Aku nak beli buah-buah sikit. Nak buat smoothie. Ehehehe..." Kata Anis.

"Oh...boleh-boleh tak jauh pun tempat beli barang runcit kat dalam ni." Balas Farhana

Setelah tiba di sana. Anis terus mengatur langkahnya ke tempat buah-buahan. Sedang memilih buah yang hendak dibeli, mata Farhana melilau memandang sekelilingnya. Leka dia memandang sekeliling tiba-tiba Anis menegur lelaki yang berada di hadapannya seperti orang yang dia kenali.

"Eh,cikgu Rizqi....cikgu buat apa kat sini?" Tanya Anis tersenyum lebar dia teruja berjumpa dengan Rizqi.

"Eh? Anis? Saya kat sini beli barang untuk kenduri...awak pula?" Balasnya sambil memilih sayur- sayuran yang berhadapan dengan tempat buah- buahan itu.

"Saya saja nak beli buah ni buat makan- makan. Farhana, cikgulah." Jawabnya lalu menyiku Farhana.

Farhana terus menoleh kearah Anis lalu terus terpandang ke arah Rizqi.

"Hai Farhana." Sapa Rizqi.

Farhana hanya senyum.

"Cikgu ada buat kenduri apa?" Tanya Anis.

"Tahlil dengan kesyukuran. Oh! Dah alang-alang kamu berdua dekat sini, cikgu nak minta tolong." Kata Rizqi

"Tolong apa tu cikgu?" Tanya Anis.

"Emak cikgu perlukan orang tolong dia masak dekat dapur. Maklumlah,cikgu takde adik perempuan. Cikgu dua beradik lelaki. Kalau tak keberatan cikgu tu lah nak minta tolong kamu berdua." Terang Rizqi.

"Boleh Hana? Boleh lah...kesian mak cikgu takde orang nak tolong dia. Jomlah kita tolong." Anis merayu.

"Yela-yela." Balasnya ringkas.

"Boleh cikgu. Tapi bila?" Tanya Anis

"Esok. Jangan risau nanti cikgu akan ambil dengan hantar kamu pulang.  Jangan risau." Balas Rizqi.

Farhana hanya diam mengikut kehendak Anis. Tak apalah sekali sekala dia berkorban untuk sahabatnya itu.

𝙨𝙩𝙧𝙖𝙣𝙜𝙚𝙧 𝙖𝙜𝙖𝙞𝙣Where stories live. Discover now