*@rizqi.riz requested to follow you*
Butang profile ditekan bagi memastikan adakah benar itu adalah cikgunya. Butang followback ditekan oleh Farhana. Walaupun dia sedikit menyampah dengan Rizqi dia tetap seorang guru yang memberi ilmu kepada Farhana.
"Huh...bosannya...." Farhana mengeluh.
Ting! Kedengaran satu notifikasi masuk. Farhana segera melihat mesej yang itu. Tersenyum lebar terukir di bibirnya apabila mengetahui mesej itu daripada Anis.
Hello bestieeeee! - Anisku
Aniskuuu.... - Farhana.
Kebosanan ya di rumah?
Aku ada berita ni nak bagitahu. - AniskuApa dia?
Macam serius je? - FarhanaAku nak datang rumah kau ni esok. Hehehe... - Anisku
Ha?! Seriuslah kau jangan main-main - Farhana
Iya...aku stay dalam beberapa hari jelah. Kan kita cuti lama ni.... - Anisku
Wah.....boleh-boleh.
Kau datang naik apa? - FarhanaDari Johor ke sana dengan baslah
Nak ke rumah kau aku naiklah grab. - AniskuWah....tak sabar aku.
Tak payah susah-susah lah bazir duit kau naik grab.
Biar aku ambil kau naik mak cik aku je. - FarhanaSerius?- Anisku
Ye...jangan risau. Ehehe... - Farhana
Talian dimatikan. Farhana terus melompat gembira mengetahui Anis mahu datang ke rumahnya. Segera dia turun ke bawah beritahu kepada Nek Som untuk masakan makanan yang special untuk sahabatnya itu.
"Rizqi...ummi rasa kita dah boleh pergi beli bahan- bahan buat tahlil ni." Kata ummi kepada Rizqi yang sedang tersengih seperti kerang busuk.
"Ha? Boleh ummi. Bila ummi nak pergi beli?" Balasnya.
"Esok kamu tolong lah carikan bahan- bahan sekali tahlil boleh buat kenduri kesyukuran buat kamu yang baru habis degree." Kata umminya.
"Um...ok ummi. Jadi...ummi ajak ramai orang ke?" Tanya Rizqi.
"Lebih kurang gitulah nak. Yelah kamu lepas habis belajar bukan balik rumah. Excited nak tunggu permohonan cikgu praktikal kamu tu. Tapi takpelah ummi bersyukur anak ummi dah ada depan mata sekarang." Balas umminya.
"Oh..okay ummi." Kata Rizqi.
"Tapi itulah ummi terfikir. Siapa nak tolong ummi nanti masak untuk kenduri. Yang tolong ummi semua orang tua tak larat." Ummi mengeluh.
"Alah, Rizqi kan ada. Sarah pun ada boleh tolong ummi kan. Bukan Rizqi tak reti kerja kat dapur tuh." Jawab Rizqi.
"Iyalah. Tapi kamu bukan pandai semua pun. Mestilah perempuan juga yang kena pandai kat dapur ni." Balas ummi.
***************
Kesokkan harinya. Hari yang bahagia buat Farhana. Anis akhirnya datang ke Selangor tinggal bersama Farhana untuk beberapa hari. Puan Zaidah selaku mak cik Farhana sudah tunggu dihadapan rumahnya untuk pergi mengambil Anis di stesen bas.
Setelah beberapa jam perjalanan menuju ke stesen bas akhirnya mereka tiba juga. Kelibat Anis sudah kelihatan dari jauh. Puan Zaidah segera memberhentikan keretanya di hadapan Anis.
Cepat Farhana membuka pintu kereta lalu memeluk Anis dengan erat. Puan Zaidah hanya tersenyum sambil membuka bonet kereta.
"Ya Allah Anis....sampai juga kau ye." Kata Farhana.
"Iya, sampai juga aku nak datang rumah kau." Balasnya sebaik telah memasukkan barangnya ke dalam bonet kereta.
"Takpe nanti aku bawa kau jalan-jalan kat sini. Kau mesti penat. Kita rehat dulu kat rumah aku. Banyak makanan sedap- sedap Nek Som masakan untuk kau." Kata Farhana teruja.
*************
Setibanya di rumah Farhana, Anis terpesona melihat rumah Farhana yang agak besar itu. Farhana segera mengajak Anis masuk lalu terus menuju ke dapur.
"Nek Som...ni lah kawan Farhana. Anis nama dia." Kata Farhana memperkenalkan kawannya kepada Nek Som.
"Oh..ini...manis budaknya." Balas Nek Som memuji Anis.
"Assalammualaikum nek." Kata Anis lalu menyalam Nek Som.
"Jom kita naik bilik aku." Farhana mengajak Anis.
**************
"Fuh...penatnya aku." Kata Anis lalu baring di atas katil Farhana yang empuk itu.
"Tak apa, kau rehat la dulu. Esok kita pergi jalan." Balas Farhana sambil menyusun barang Anis.
Ting! Satu notifikasi masuk di telefon Farhana. Anis mencapai telefon Farhana yang tidak jauh darinya.
@rizqi.riz: assalamualaikum Farhana.
"Hana, cikgu DM kau kat IG." Kata Anis sambil menunjukkan skrin telefon kearah Farhana.
"Ha?" Farhana bingung.
YOU ARE READING
𝙨𝙩𝙧𝙖𝙣𝙜𝙚𝙧 𝙖𝙜𝙖𝙞𝙣
RomanceRizqi seorang lelaki berumur 23 tahun yang hidup berserdahana merupakan seorang guru praktikal di sekolah berasrama penuh dan sudah bertunang. Kehadirannya sebagai cikgu praktikal di Sekolah Neo Science menarik perhatian ramai pelajar perempuan di s...