- bab 71 : PREGNANT? ❞

22 1 3
                                    

"Tahniah puan, puan dah mengandung 3 minggu." Ujar doktor itu sejurus dia duduk di kerusinya.

Sarah terkesima. Irfan disebelah menunjukkan riak wajah muka gembira begitu juga dengan ibunya. Doktor itu hanya memberikan senyuman.

"Seriuslah doktor kakak saya mengandung 3 minggu?" Soal Irfan masih tidak percaya.

"Ya betul, tahniah ye." Balas doktor itu.

"Kami dah boleh balik ke?" Soal Irfan lagi.

Doktor itu menganggukkan kepalanya lalu bangun dan membutakan pintu untuk mereka.

"Terima kasih ya doktor." Ujar Sarah sambil memberikan senyuman kepada doktor tersebut.

"Wahhhh....tak lama lagi dapat anak sedarlah ni...." Ujar Irfan.

"Semestinya, mak pun bakal dapat cucu." Balas Mak Sopiah.

Sarah hanya tersenyum lalu mereka terus masuk ke perut kereta.

***************

"Mama, Fikry nak pergi cari Sarah dekat kampung dia. Fikry yakin dia ada dekat sana." Ujar Fikry kepada ibunya yang sedang duduk di meja dapur.

"Kamu yakin ke nak jumpa dia ni? Yakin dia nak jumpa dengan kamu?" Soal ibunya.

"Insyaallah kalau Fikry minta maaf dan dia terbuka hati nak maafkan Fikry, Fikry nak rujuk balik dengan dia. Fikry bukan apa mama, cuma rasa serba salah dengan dia. Mungkin ada sebab dia buat macam tu." Jelas Fikry.

"Ikut kamulah. Mama doakan yang baik-baik je." Ujar ibunya.

"Oklah mama, Fikry gerak dulu." Ujar Fikry lalu keluar dari rumahnya.

*************

"Kakak, mari sini makan mak dah masak ni." Panggil Irfan dari dapur.

"Ha ye...kejap lagi kakak turun." Balas Sarah dari biliknya.

"Mak, ayah tak balik lagi ke dah nak maghrib ni?" Tanya Irfan.

"Sekejap lagi dia baliklah tu...." Balas Mak Sopiah.

"Tapi, kenapa sejak kakak bercerai dengan abang Fikry dia macam berubah eh mak?" Tanya Irfan lagi.

"Entahlah Irfan, mak pun tak tahu. Mak sayang ayah kamu tu tapi dia macam tak ada usaha nak berubah." Balas Mak Sopiah dengan nadanya yang agak kecewa.

"Eh, pergi panggil kakak kamu tu." Arah Mak Sopiah.

"KAKAK! Cepatlah sini turun makan!" Jerit Irfan memanggil kakaknya dari meja makan.

"YEEE...kakak datanglah ni..." Balas Sarah sambil bergegas ke dapur.

"Assalammualaikum."

Kedengaran seorang lelaki memberi salam. Langkah Sarah terus terhenti.

"Mak, ade orang bagi salam. Sarah pergi tengok sekejap." Ujar Sarah lalu terus menuju ke pintu rumahnya.

Pintu dibuka, Sarah terus kaku memandang wajah bekas suaminya. Tidak disangka setelah hampir sebulan setengah baru sekarang baru mahu dicarinya.

"Hai Sarah." Sapa Fikry.

"Awak nak apa dekat sini?" Soal Sarah riak mukanya tidak berpuas hati.

"I datang sini nak cari you lah and also..."

"Wait what? After one month and half baru you nak cari I? You dah halau I tau kenapa you still nak cari I?" Ujar Sarah nadanya tidak puas hati.

"Sarah, siapa dekat luar tu? Maghrib-maghrib ni datang." Ujar Mak Sopiah sambil berjalan menuju ke arah Sarah.

"Baliklah. Benci I tengok muka you dekat sini. Dah pergi balik." Kata Sarah sebelum dia menutup pintu ibunya sempat menyapa Fikry.

"Fikry? Baru sampai ke?" Soal Mak Sopiah kepada Fikry.

"Haah mak. Baru je." Balas Fikry ringkas.

"Masuklah. Maghrib ni tak elok duduk luar. Lagipun mak baru je nak makan malam." Ujar Mak Sopiah mempelawa Fikry.

Sarah terus beredar dan menuju ke dapur. Sakit hati jika melihat muka bekas suaminya itu. Boleh pula ibunya mempelawa Fikry untuk makan sekali.

"Ha jemputlah makan. Ayah tak balik lagi." Ujar mak Sopiah sambil mencedok nasi untuk Fikry.

Sarah terus makan tanpa memandang langsung muka Fikry. Setelah selesai makan, dia terus masuk ke dalam biliknya. Irfan hanya memandang ke arah kakaknya dan Fikry sambil makan dengan suasana yang agak tegang itu.

𝙨𝙩𝙧𝙖𝙣𝙜𝙚𝙧 𝙖𝙜𝙖𝙞𝙣Where stories live. Discover now