- bab 10 : MENTOR MENTI ❞

32 3 3
                                    

Seperti biasa, setiap kali hujung minggu semua murid akan ke sekolah untuk sesi prep. Sama juga Farhana tidak terkecuali.

  Farhana sedang duduk dengan tenang dan aman di mejanya sambil menyiapkan kerja sekolah. Kerja Farhana terhenti sebentar apabila Anis membuka topik.

"Ha...Hana...kau kenapa ha semalam tiba-tiba je hidung kau berdarah. Baru kena pikat sikit dengan cikgu terus berdarah eh hidung kau." Usik Anis.

"Mana ada." Balas Farhana menahan malu.

"Kau sebenarnya ter-crush jugakan dengan cikgu Rizqi tu. Tipulah kau kalau kau cakap tak." Anis mengusiknya lagi.

"Manalah aku tau Anis...dah tiba-tiba hidung aku nak berdarah lepas dia cakap gitu. Kau nak expect apa? Aku pengsan sebab tiba-tiba dia sweet talk dengan aku?" Balas Farhana sambil menulis.

"Tapi kan, aku rasa cikgu Rizqi tu suka kau la Hana." Tiba-tiba perbualan mereka disampuk salah seorang rakan sekelas perempuan mereka.

"Ya Allah...pulak dah...cikgu tu dah tunang we. Kalau dia single pun aku tak nak." Balas Farhana menepuk dahi.

"Tak, maksud aku bukan suka yang tu. Maksud aku, kau ni macam student favorite dia la..." Kata rakan sekelas Farhana.

"Dah, suka hati korang la, entah apa yang korang attract sangat dengan cikgu tu." Balas Farhana mengeluh.

"Assalammualaikum semua."

Seorang guru perempuan masuk ke dalam kelas mereka lalu menampalkan sekeping kertas di papan kenyataan yang berada di belakang kelas lalu guru itu terus beredar.

Rakan-rakan yang lain mula memenuhi ruang belakang melihat apa yang baru ditampal oleh guru yang masuk sebentar tadi.

PROGRAM MENTOR MENTI

tajuk besar itu yang tertulis di kertas tersebut. Anis dan yang lain teruja melihat siapa mentor yang akan mereka dapat. Manakala Farhana masih terus menyiapkan kerja rumahnya.

"Hana, kau dapat cikgu Rizqi tu weyh." Kata Anis.

"Ha, siapa yang dapat saya as mentor tuh?" Tanya Rizqi yang secara tiba-tiba masuk ke dalam kelas.

"C...cik..gu..." Anis tergagap.

"Awak Farhana dapat saya?" Tanya Rizqi.

Farhana hanya menganggukan kepalanya.

"Susah betul ye awak nak bercakap dengan saya Farhana. Ok baik semua bole duduk tempat masing-masing. Saya nak bagi kertas exam ni." Arah Rizqi.

Kertas sudah diberikan. Pelajarnya mula menjawab. Rizqi memerhatikan Farhana selaju mana dia menjawab soalan tersebut.

**************

"Ok baik semua, waktu menjawab tamat. Ketua, tolong kutip kertas exam. Farhana, awak yakin dah jawab dengan betul?" Kata Rizqi.

"Ya Allah cikgu ni tak sudah-sudah ke asyik nak mention nama aku." Keluh Farhana dalam hati.

"Yakin cikgu." Balasnya ringkas sambil menundukkan kepalanya.

"Ok semua itu saja untuk hari ini. Jangan lupa esok dah mula mentor menti ya. Terima kasih." Ucap Rizqi.

************

"Aku dah cakap Hana, cikgu tu suka kau. Kau taknak percaya." Kata Anis.

"Entah aku pun tak faham dengan cikgu tu. Sikit-sikit nak mention nama aku. Kalau boleh tukar mentor dah lama aku tukar we." Balas Farhana mengeluh.

"Bersabarlah ya teman. At least kau dapat cikgu yang baik. Jawab Anis.

"CIKGU RIZQI SUKA HANA! CIKGU RIZQI SUKA HANA!" Lantang suara seorang dorm mate Farhana mengusiknya.

"Korang...cikgu tu dah tunang lah...aduh benci la macam ni." Balas Farhana kecewa.

Anis ketawa besar. Sempat juga Anis mahu ikuti sekali dorm mate nya menyakat Farhana. Farhana mencebik lalu terus keluar dari dorm untuk pergi mandi.

"CIKGU RIZQI SUKA HANA!" Anis mengusik lagi.

"DIAMLAH!" Balasnya.

𝙨𝙩𝙧𝙖𝙣𝙜𝙚𝙧 𝙖𝙜𝙖𝙞𝙣Where stories live. Discover now