- bab 20 : PENYELAMAT UMMI ❞

29 4 19
                                    

Ianya hari yang sibuk. Farhana dan Anis sibuk menolong ummi di dapur. Rizqi pula berada di belakang rumah sedang menyiang ikan dan ayam.

"Ummi, ikan ni dah siap siang, nak letak mana." Jerit Rizqi daripada luar rumah.

"Bawa masuk Iqy, simpan dalam peti ais. Senang, esok tinggal masak je." Balas ummi yang sedang mencuci sayur-sayuran di sinki.

"Ha awak Sarah. Duduk termenung apa lagi? Tolonglah ummi tu. Join budak-budak ni potong sayur. Kata nak jadi isteri saya...." Kata Rizqi sambil memasukkan ikan ke dalam peti ais.

"Saya tahu lah, awak ni pun." Sarah mencebik.

"Ha Sarah, tolong kupas bawang ni dengan potong sekali. Mak cik nak kemas sikit dekat depan." Kata ummi sebaik dia menghulurkan bekas yang berisi bawang itu kepada Sarah.

"Umm...mak cik, sayur ni dah siap potong. Nak saya tolong basuhkan sekali ke?" Farhana membuka mulut sebelum ummi melangkah ke ruang tamu.

"Haah. Bolehlah kamu tolong basuhkan sekali. Lepas tu letak je dekat atas meja." Balas ummi.

"Ada apa-apa lagi ke nak kena buat lepas cuci sayur?" Tanya Farhana sambil mencuci sayur.

"Hm...cukuplah tu nak. Kamu pun dah banyak tolong dari pagi. Lama pula tu duduk dekat bawah. Rehatlah dulu." Balas ummi lalu beredar dari dapur.

Setelah selesai mencuci sayur, Farhana meletakkan sayur itu di atas meja seperti disuruh ummi.

Sarah kelihatan masih mengupas bawang. Sepuluh biji pun tidak sampai. Niat Farhana mahu menolong, tapi tiba-tiba Anis menarik tangan Farhana menuju ke pintu belakang rumah Rizqi.

"Cikgu...banyak lagi ke nak kena siang ayam tu?" Tanya Anis mesra.

"Tak adalah. Lagi sikit je ni." Balas Rizqi.

"Anis, aku nak tolong tunang cikgu, yang kau tiba-tiba bawa aku sini kenapa." Kata Farhana perlahan kepada Anis.

"Kau ni biar jela dia kupas bawang tu. Dari tadi bukan dia buat kerja sangat pun kita yang banyak tolong makcik-makcik tu dekat bawah potong sayur." Balas Anis dengan perlahan juga. Dari pagi tadi Sarah memang berada di dapur tapi langsung tidak berbuat apa-apa.

"Tumpang lalu...cikgu nak lalu ni." Kata Rizqi secara mengejut sambil membawa ayam.

******************

"Mak cik, Sarah balik dulu lah ye. Ada hal sikit ni." Kata Sarah kepada ummi yang sedang mengemas di ruang tamu.

"Lah, dah nak balik dah ke? Tak apalah macam tu. Hati-hati ya." Balas ummi.

Sarah terus melangkah keluar tanpa menyalam ummi dan memberitahu Rizqi. Farhana dan Anis pula sedang duduk di sebuah pondok di halaman rumah Rizqi.

Sarah terus memandu keretanya keluar dari perkarangan rumah Rizqi. Alasan dia saja mahu balik awal. Wal hal mahu lari tidak mahu buat kerja dapur. Cukup sekadar hanya dia menunjuk muka kepada ummi.

GEDEBUK! Kedengaran seperti seseorang jatuh ke lantai. Farhana dan Anis segera masuk ke dalam rumah melihat apa yang berlaku.

"MAKCIK!" Teriak Farhana dan Anis.

Ummi kelihatan sudah terduduk di lantai. Lelah semputnya tiba-tiba hadir. Orang yang merewang pula telah pulang. Rizqi pula tiada di rumah. Hanya tinggal Farhana dan Anis sahaja tinggal bersama ummi.

"Makcik, makcik ok ke?" Tanya Anis.

"Anis jangan buat soalan bodoh boleh tak sah-sah nampak makcik semput kan." Balas Farhana cemas.

Ummi menunjukkan isyarat ' inhaler ada berada di dalam bilik.' Anis segera menuju ke bilik yang di tunjuk ummi. Melilau matanya mencari inhaler tersebut.

Farhana pula menyandarkan ummi kepadanya. Anis segera kembali kepada mereka dengan inhaler di tangan. Ummi segera menyedut gas pada inhaler tersebut. Ummi menghela nafas berat tanda lega. Tepat itu Rizqi pulang.

"Assalammualaikum"

Sejurus dia melangkah masuk terkejut Rizqi melihat ummi terduduk di lantai. Cepat dia pergi kepada ummi untuk melihat keadaannya.

"Ummi okay? Apa jadi?" Tanya Rizqi bimbang.

"Ummi, eh maksud saya makcik semput tadi." Balas Anis. Tak pernah langsung dia nak serius dalam apa-apa situasi si Anis ni.

Rizqi memapah ummi ke biliknya. Anis dan Farhana menghela nafas lega. Kalau tiada mereka entah apa yang akan jadi kepada ummi.

𝙨𝙩𝙧𝙖𝙣𝙜𝙚𝙧 𝙖𝙜𝙖𝙞𝙣Where stories live. Discover now