"Aku sebenarnya ada benda nak bagitahu kau." Kata Irfan. Reaksi mukanya mula serius.
****************
"Ha?" Farhana kebingungan.
"Aku suka kau." Kata Irfan.
Farhana sentap. Mereka saling berpandangan. Irfan menggenggam kedua tangannya tetapi masih tetap menatap muka Farhana.
"A..a..aku..."
Tin! Tin!
Belum sempat dia menghabiskan ayatnya hon kereta sudah kedengaran. Bapa Farhana telah tunggu di hadapan pagar sekolah. Farhana buntu. Dia terus berlari anak menuju ke kereta.
"Kau terima tak Farhana!" Jerit Irfan di tengah dataran sekolah yang sunyi. Suaranya sedikit bergema.
"Ok." Balas Farhana ringkas.
"Ok?" Irfan bingung.
**************
Farhana baring di katil biliknya sambil memerhatikan kipas siling yang berpusing itu. Entah mengapa dia teringatkan hal yang terjadi di sekolah tadi.
"Aku suka kau."
Ayat tersebut bermain di kepala Farhana. Tidak pernah pernah mana-mana lelaki confess sebegitu sebelum ini kepadanya. Entah kenapa Farhana merasakan Irfan seorang yang gentleman confess seperti itu di hadapannya.
"Ok."
Itu jawapan Farhana sebelum dia pulang. Dia sendiri pening sama ada dia terima Irfan ataupun tidak. Tapi Irfan sangat nampak berbeza daripada lelaki yang lain nak dibandingkan dengan Rizqi yang tidak sudah-sudah mengusiknya.
"Farhana. Sini turun bawah makan."
Suara bapanya kedengaran dari tingkat bawah. Tanpa berlengah dia terus turun dan makan tengah hari bersama bapanya.
"Iya abah. Hana datang ni." Balasnya sambil menuruni tangga.
***************
"Ish, mana Sarah ni. Angkatlah call! Orang tak call marah pula!" Rizqi mula naik angin setelah panggil telefonnya tidak dijawab oleh tunangnya.
Rizqi duduk di sofa cuba menahan marah. Dia sibuk memikirkan apa yang sibuk sangat tunangnya hingga tidak mahu menjawab panggilan telefonnya.
Rizqi cuba membuat panggilan terakhir. Tetapi masih tidak dijawab oleh tunangnya. Rizqi fed up. Dia terus menuju ke balik lalu menghempas pintu biliknya.
"Ok, takpe tak angkat. Kau memang saja kan." Kata Rizqi naik angin.
*************
"Ok."
Jawapan Farhana tadi bermain difikiran Irfan. Dia sendiri keliru sama ada Farhana terima atau tidak. Ataupun dia hanya menganggap suka yang dimaksudkan Irfan itu hanyalah suka terhadap sifatnya.
"SEMUA PELAJAR PUTERA DIMINTA BERKUMPUL DIBAWAH SEKARANG!!"
Suara warden aspura kedengaran seperti marah. Lamunan Irfan terhenti apabila jeritan warden didengari satu aspura.
"DALAM KIRAAN TIGA SEMUA TAK TURUN LAGI SAYA DENDA!"
"1...2...3..."
"Alah...dah counting pula....sabarlah cikgu ni pun." Irfan mengeluh lalu terus berlari keluar dari dorm menuju ke bawah.
*************
"Em Cikgu Rizqi. Assalamualaikum." Sapa GPK HEM.
"Wa..waalaikumsalam. ye cikgu?" Balas Rizqi.
"Maaf mengganggu, saya cuba nak tanya. Kalau cikgu free malam ni join lah program kami malam ni di surau sekolah. Ada ceramah sedikit bersama semua murid. Kalau cikgu tak keberatan datang la ye." Jelas GPK HEM.
"Insya Allah cikgu...." Balasnya.
"Ape salahnya kan join sebelum budak-budak ni balik bercuti beberapa hari lagi." Kata GPK HEM.
"Iya, insya Allah cikgu." Balasnya dalam terpaksa kerana sudah lapar mahu menyuap makanan ini ke dalam mulutnya.
GPK HEM hanya memberi senyuman lalu terus beredar. Rizqi menghela nafas berat lalu terus menyuap nasi ke dalam mulutnya.
**************
Sebagai seorang individu yang baik, Rizqi datang ke sekolah pada malam itu. Dia berdiri di luar surau sambil menunggu semua pelajar masuk ke dalam surau.
Tajam mata Rizqi melilau lalu dia ternampak Farhana dalam perjalanan menuju ke surau dengan memakai telekung putih serta sejadah dipegang di tangan kanannya. Cair hatinya melihat Farhana serba cantik memakai telekung putih itu.
Rizqi menampar dirinya sendiri.
"Ya Allah Rizqi....jaga mata....ingat awak tu dah ada tunang." Dia berkata sendiri.
Sebaik saja Rizqi masuk ke surau dia duduk di sebelah Irfan yang berada di saf terakhir. Sebelum program bermula sempat dia bertanya kepada kawannya itu.
"Irfan, kau ada dapat khabar berita kakak kau tak?" Tanya Rizqi perlahan.
"Oh, dia dah balik KL dah mak aku kata. Kenapa? Dia tak bagitahu kau ke?" Balasnya dengan perlahan.
"Tak. Aku call text semua dia tak reply. Busy sangat ke dia tu. Takkan la sampai text aku tak boleh reply. Takkan dari siang ke malam memanjang busy." Rizqi merungut.
Irfan mengetap gigi seakan akan dia tahu apa yang terjadi.
"Cikgu Rizqi, boleh tolong jadi imam?"
"S...sa...saya?"
Tergagap Rizqi mahu menjawab tawaran ustaz. Tanpa banyak cakap Rizqi rela menjadi imam pada malam itu.
YOU ARE READING
𝙨𝙩𝙧𝙖𝙣𝙜𝙚𝙧 𝙖𝙜𝙖𝙞𝙣
RomanceRizqi seorang lelaki berumur 23 tahun yang hidup berserdahana merupakan seorang guru praktikal di sekolah berasrama penuh dan sudah bertunang. Kehadirannya sebagai cikgu praktikal di Sekolah Neo Science menarik perhatian ramai pelajar perempuan di s...