- bab 23 : ADIK TAK GUNA ❞

25 3 17
                                    

Setelah saudara- mara Rizqi pulang, Farhana dan Anis masuk ke dalam rumah bertanya kepada ummi jika dia memerlukan pertolongan.

"Ummi, ada apa-apa yang boleh kami tolong?" Tanya Anis.

"Ada banyak sebenarnya,tapi takpe ke ummi suruh kamu ni?" Jawab ummi.

"Eh takpe. Kesian ummi takkan semua ummi nak kena buat pula kalau kami balik nanti. Balas Anis.

"Ha kalau macam tu, Farhana kemas ruang tamu susun perabot dengan apa yang patut bawa ke dapur bawalah. Anis pula tolong cuci pinggan."

Mereka segera melakukan kerja masing-masing. Sarah sudah pulang bersama-sama sekali dengan saudara Rizqi.

Farhana kelihatan tercungap- cungap mengalihkan kerusi kayu itu ke tempatnya semula. Tiba-tiba Rizqi datang tolong mengalihkan kerusi itu sekali.

"Pegang kerusi tu." Kata Rizqi

Farhana memagang kerusi tersebut lalu mengangkatnya bersama Rizqi. Setelah beberapa jam, kerja mereka pun siap. Hari mula senja.

Anis dan Farhana kelihatan sedang tidur di atas kerusi kepenatan. Rizqi hanya membiarkan mereka tidur sebelum tunggu azan maghrib.

Tiba-tiba kedengaran pintu dihempas kuat. Rizqi segera datang ke bilik tersebut lalu menegur adiknya itu.

"Ha kau pahal ni balik-balik hempas pintu." Kata Rizqi.

"Diamlah kau!" Balas adiknya dengan kasar.

"Kau jangan senang- senang nak buat rumah ni macam hotel eh boleh keluar masuk suka hati. Kau kat sini patutnya jaga ummi. Rumah ada kenduri pun kau tak nak balik eh." Jawab Rizqi menegur adiknya.

"Adik, Iqy, sudahlah tu janganlah gaduh lagi. Biar Iqy dia rehat dulu." Kata ummi memujuk Rizqi.

"Adik?!" Kata Anis perlahan kepada Farhana sedikit terkejut.

Mereka tersadar dari tidur kerana terdengar  suara mereka bertengkar tadi. Farhana melihat ke arah jam menunjukkan pukul 7:15 malam.

Farhana berdiri dari kerusi yang didukinya lalu mencari ummi. Farhana mengetuk perlahan pintu bilik ummi.

"Ummi, Hana ni." Kata Farhana dari luar bilik.

"Kenapa Hana?" Tanya ummi sebaik dia membuka pintu biliknya.

"Hana nak tumpang tandas nak mandi boleh ummi?" Tanya Farhana.

"Lah, nak tumpang tandas je ke? Pergi jelah nak. Pelik kamu ni nak tumpang tandas je pun tanya ummi." Balas ummi sambil tertawa kecil.

"Terima kasih ummi." Balas Farhana.

***************

Setelah selesai mandi mereka solat berjemaah bersama-sama di rumah Rizqi. Setelah selesai solat maghrib dan Isyak bersama, Farhana dan Anis mohon diri mahu pulang.

"Ummi, kami nak balik dulu. Ada masa kita jumpa lagi ye." Kata Farhana.

"Lah takkan nak balik dah. Dah lewat ni. Nanti sampai KL pukul brp pula? Tidur sini jelah kamu berdua pun mesti penat kan." Kata ummi.

Tanpa banyak hal Farhana hanya ikuti saja kehendak ummi dan segera memberitahu Nek Som bahawa dia akan tidur di rumah Rizqi.

Ummi segera memberi sebuah bilik untuk Farhana dan Anis beristirehat. Adik Rizqi masih dalam bilik dan tidak keluar.

****************

Rumah mulai sunyi. Hanya kedengaran bunyi cengkerik di luar rumah. Anis dan Farhana sedang nyenyak tidur. Suasana pada malam itu sungguh sejuk. Anis tersadar dari tidurnya untuk ke tandas.

Tudung sarung yang dibawanya dipakai atas kepala sebagai langkah berjaga jika tiba-tiba Rizqi atau adiknya keluar dari bilik mereka. Farhana sedikit sadar Anis keluar dari bilik dan membiarkan pintu terbuka sedikit.

Tapat pada waktu adik Rizqi keluar dari biliknya. Dia cuba mengintai bilik Farhana dan Anis yang pintunya terbuka sedikit. Adik Rizqi memandang sekeliling takut jika ada orang perasan jika dia masuk ke dalam bilik tersebut.

Dia melihat Farhana dalam keadaan separuh sedar dari tidurnya. Segera dia masuk ke dalam bilik Farhana. Dengan perlahan dia perlahan merangkak ke atas Farhana.

Tiba-tiba Anis yang baru hendak masuk bilik tersebut terkejut lalu cuba menyelamatkan Farhana.

"Woi!" Jerit Anis.

Adik Rizqi terus cepat menolak Anis lalu menutup pintu dan menguncinya. Farhana tersadar daripada tidurnya. Betapa terkejutnya dia tiba-tiba bangun melihat seorang lelaki berada di hadapannya.

Anis cuba membuka pintu bilik. Lalu dia terus ke bilik Rizqi untuk mengejutkan Rizqi.

"Shh....jangan jerit shh..." Katanya sambil perlahan datang ke Farhana.

Farhana terus bangun dari katil dan membuka pintu tetapi tangannya ditarik oleh adik Rizqi.

"Cikgu! (4×)" Panggil Anis dengan cemas.

"Kenapa ni Anis malam-malam ni?" Balas Rizqi sebaik dia membuka pintu. Kelihatan muka Rizqi masih segar tidak tidur lagi.

"Hana, adik cikgu dalam bilik cuba..."

"Hah?!" Balas Rizqi segera dia pergi cuba membuka pintu bilik Farhana.

"RAZIF! BUKA PINTU NI!" Kata Rizqi sambil cuba membuka pintu itu.

Farhana cuba melepaskan dirinya tetapi ia ditahan kuat oleh Razif. Setelah beberapa percubaan cuba membuka pintu akhirnya pintu itu dapat dipecahkan.

Rizqi segera mendapatkan adiknya lalu ditumbuk sepuas hatinya sebagai pengajaran.

"SIAPA AJAR KAU BUAT MACAM NI HA?! KAU TAK MALU KE! KAU DAH PANDAI EH SEKARANG! KALAU ABAH ADA LAGI SEKARANG NI MEMANG ABAH TAK MENGAKU KAU ANAK!" Kata Rizqi naik angin sambil menumbuk adiknya.

"KAU KELUAR DARI RUMAH NI! KAU JANGAN BALIK! AKU TAKDE ADIK MACAM KAU NAK BUAT KERJA TAK SENONOH DENGAN ANAK ORANG! KAU JANGAN BALIK! PERGI JE TERUSKAN KERJA KAU ENTAH APA-APA TU! KELUAR SANA!!" Kata Rizqi menengking kepada adiknya.

Razif terus berlari keluar dari rumah tersebut tanpa berkata apa-apa.  Farhana di dalam bilik dalam keadaan trauma sambil ditenangkan oleh Anis. Ummi pula membisu terlihat apa yang telah jadi.

𝙨𝙩𝙧𝙖𝙣𝙜𝙚𝙧 𝙖𝙜𝙖𝙞𝙣Where stories live. Discover now