- bab 48 : FIRST DATE ❞

17 2 7
                                    

Rizqi sudah terpacak di hadapan rumah Farhana untuk mengambilnya. Kelibat Farhana masih tidak muncul. Jam ditilik  dan menunjukkan pukul 4 petang. Beberapa minit kemudian Farhana pun keluar.

"Cikgu, dah lama tunggu ke?" Tanya Farhana.

"Tak adalah lama mana pun." Balasnya.

"Maaf lambat tadi ada hal sikit. Abah pun baru balik dari Johor." Kata Farhana.

"Oh, abah ade kat rumah lah ni?" Tanya Rizqi sebaik dia mula memandu kereta.

"Haah. Cikgu tiba-tiba ajak saya keluar ni ada apa-apa ke?" Tanya Farhana.

"Tak ada apa saja cikgu nak ajak kamu keluar. Yelah, sejak habis SPM tak ada chance cikgu nak keluar dengan awak. Hehe...." Balas Rizqi.

"Eh?" Kata Farhana kebingungan.

"Yelah, saya nak keluar berdua dengan awak, Anis pula ada." Balas Rizqi.

"Ohh....faham. faham." Kata Farhana seakan dia dapat apa yang Rizqi mahu sampaikan.

****************

"Sayang, I nak minta tolong sikit boleh?" Tanya Sarah kepada suaminya Fikry.

"Kenapa? You nak pakai duit lagi untuk perubatan ayah you ke?" Balas Fikry.

"Haah, untuk bulan ni... I need 10k. Boleh?" Tanya Sarah.

"Oh, ok. Nanti I transfer dekat akaun bank you." Balas Fikry.

"Thanks Sayang. I appreciate it. Thanks sebab sudi nak bagi I duit sikit untuk perubatan ayah I." Kata Sarah sambil memeluk suaminya.

"It's ok. Bapa mertua I sendiri kan, takkanlah I nak biarkan. Ofcourse I jaga dia macam ayah I sendiri." Balas Fikry lalu membalas pelukan Sarah.

Rizqi dan Farhana saling membisu. Tiada topik untuk dibualkan. Farhana hanya bermain dengan telefon bimbitnya manakala Rizqi pula tengah gigih mencari topik untuk dibualkan dengan Farhana. Namun, idea untuk mencari topik untuk dibualkan dengan Farhana menjadi lamunan buat Rizqi.

Kepala Rizqi ditongkat menggunakan tangannya. Matanya pula tepat memandang ke arah muka Farhana yang sedang leka bermain dengan telefonnya. Tiba-tiba lamunannya tamat apabila Farhana pandang dan perasan yang Rizqi sedang memandangnya.

"Cikgu. Cikgu kenapa pandang saya macam tu?" Tanya Farhana sebaik telefonnya diletakkan di atas meja.

"Saja pandang awak. Cantik." Balas Rizqi.

"Mengarutlah cikgu ni. Lama apanya." Kata Farhana menolak pujian itu.

"Cepatlah makan. Nanti boleh jalan-jalan." Kata Rizqi.

Setelah selesai makan, mereka menuju ke taman yang berdekatan dengan tempat mereka makan. Setelah tiba di sana, mereka berdua berjalan sambil mengambil udara segar disitu.

Sambil berjalan, Farhana masih tetap dengan telefonnya. Rizqi hanya cuba menjeling untuk melihat apa yang disibukkan di telefonnya itu. Rizqi masih tidak tahu apa topik yang boleh dibualkan. Mereka masih tetap berjalan.

"Hm, sibuk betul dia dengan handphone dia tu. Dah ada boyfriend ke dia ni?" Kata Rizqi di dalam hatinya.

"Sayang." Panggil Rizqi.

Farhana tidak menjawab. Rizqi cuba memamnggil Farhana buat kali yang kedua.

"Sayang." Panggil Rizqi lagi.

Farhana masih tidak memberi respon kepada Rizqi. Rizqi cuba memanggil Farhana lagi buat kali yang ketiga. Jika Farhana masih tidak menjawab Rizqi berputus asa.

"Sayang?" Lembut suara Rizqi memanggil Farhana di telinganya.

"Ye....kenapa cikgu?" Balas Farhana sambil memandang ke arah Rizqi. Langkahnya terhenti.

"Eh? Cikgu panggil saya sayang ke tadi?!" Kata Farhana.

"Yelah, awaklah. Ada orang lain lagi ke dekat sini?" Balas Rizqi sambil melihat sekelilingnya.

Muka Farhana mula merah. Kepalanya ditundukkan kerana malu.

"Kenapa tunduk? Sayang ok tak ni?" Tanya Rizqi sambil badannya dibongkokkan sedikit hingga paras tinggi Farhana

BUK!! Kedengaran seperti orang jatuh di tanah.

𝙨𝙩𝙧𝙖𝙣𝙜𝙚𝙧 𝙖𝙜𝙖𝙞𝙣Where stories live. Discover now