"Abah, Hana nak keluar dengan cikgu." Beritahu Farhana kepada bapanya yang sedang menyiapkan kerjanya di dapur melalui tablet.
"Oh, cikgu dah sampai ke?" Soal En.Hamri.
"Dah." Balasnya ringkas lalu terus keluar dari rumah.
Sebaik masuk ke dalam perut kereta, Rizqi terus tempat yang biasa mereka tuju. Untuk memecahkan sunyi, Rizqi membuka bicara.
"Awak ok?" Soal Rizqi.
"Saya ok, abah tu ha yang tak ok." Balas Farhana.
"Kenapa dengan abah awak?" Soal Rizqi lagi.
"Nantilah saya cerita, benda ni lah yang saya nak cerita ni." Balas Farhana.
****************
"Ha, so kenapa dengan abah awak?" Soal Rizqi menyambung topik di dalam kereta tadi.
"Semalam, lepas ambil result abah bawa saya jumpa girlfriend dia a.k.a my future stepmother lah kononnya...." Jelas Farhana.
"HAH?!" Balas Rizqi dengan agak terkejut.
"Awak pun terkejut kan dengar? Saya bukan apa tau, saya bukan tak bagi abah tu kahwin, tapi saya ingat lagi janji yang abah pernah buat dengan arwah sebelum dia meninggal." Jelas Farhana lagi.
"Faham. Lepas dah jumpa apa jadi?" Soal Rizqi.
"Saya tak suka and saya 100% bantah abah kahwin dengan dia." Balas Farhana.
"Okay.....oh btw result semalam macam mana?" Rizqi membuka topik lain.
"Alhamdulillah 9A+." Balas Farhana ringkas.
"Wow....congrats! Ummi pun mesti bangga kalau dapat tahu result SPM awak ni. Btw, saya ada book tiket wayang. Jom." Ajak Rizqi.
"Seriuslah...tak cakap pun...." Balas Farhana.
"Jomlah, lagi 10 minit ni." Ujar Rizqi sebaik dia menilik jam tangannya lalu segera menarik lengan Farhana.
"Aih, sabarlah." Kata Farhana lalu memukul tangan Rizqi.
*******************
"Iqy...mari sini sekejap nak." Panggil ummi dari biliknya.
"Iya ummi ada apa?" Jawab Rizqi sejurus dia masuk ke dalam bilik ummi.
"Tadi pergi mana dengan Hana?" Tanya ummi.
"Tengok wayang je." Balas Rizqi.
"Oh, mari sini duduk sebelah ummi." Ujar ummi menyuruh Rizqi duduk di sebelahnya.
"Ada apa ummi panggil Iqy tiba-tiba ni?" Soal Rizqi.
"Ummi rasa dah sampai masa ummi bagi wasiat ni dekat kamu." Ujar ummi lalu menghulurkan sebuah kotak kepada Rizqi.
Kotaknya kelihatan sungguh antik dan berharga. Rizqi membuka kunci kotak tersebut lalu melihat isi di dalamnya. Terdapat sepucuk surat dan sebuah kad yang tertulis alamat sebuah syarikat.
"Bacalah." Arah ummi.
Assalamualaikum anak abah Rizqi. Kamu sihat? Macam manalah agaknya anak abah sekarang. Mesti segak orangnya. Macam mana dengan adik pula? Abah tahu dia memang dia bermasalah tapi abah harap Rizqi boleh bimbing dia. Kalau Rizqi baca wasiat ni semestinya Rizqi tahu kan yang abah dah tiada dan inilah masa yang sesuai. Abah amanahkan ummi supaya bagi wasiat ni dekat Rizqi bila dah genap umur Rizqi 21 tahun.
Anakku Muhammad Rizqi bin Rifqi, abah ada banyak harta yang abah tinggalkan. Selama ni kita tak hidup susah, cuma abah saja nak didik anak-anak abah supaya belajar rasa jadi susah. Semua harta tinggalan abah kamu kongsi dan bahagikan sama rata lah dengan adik kamu Razif. Pergilah dekat alamat syarikat yang abah dah bagi tu dan jumpa dengan kawan abah. Dia akan ceritakan semua kepada kamu. Abah rasa tak ada benda penting lagi. Tolong ya harta abah tu dibahagikan sama rata dengan adik. Jangan lupa ya pesan abah jaga ummi, jaga solat. Assalamualaikum.
Yang benar,
Abah.
YOU ARE READING
𝙨𝙩𝙧𝙖𝙣𝙜𝙚𝙧 𝙖𝙜𝙖𝙞𝙣
RomanceRizqi seorang lelaki berumur 23 tahun yang hidup berserdahana merupakan seorang guru praktikal di sekolah berasrama penuh dan sudah bertunang. Kehadirannya sebagai cikgu praktikal di Sekolah Neo Science menarik perhatian ramai pelajar perempuan di s...