- bab 34 : CELARU ❞

21 3 19
                                    

Rizqi duduk termenung bersendirian di ruang tamu. Sakit kepalanya memikirkan hal yang dikatakan oleh Razif yang entah betul entah tidak itu. Rizqi memandang skrin telefonnya. Mahu saja dia mendail nombor Sarah mahu kepastian.

"Iqy, dah malam ni. Kenapa tak tidur lagi?" Tanya ummi yang baru keluar dari biliknya mahu ke tandas.

"Tak ada apalah ummi. Iqy cuma fikir betul ke benda yang adik cakap tu. Serabutlah ummi." Balas Rizqi sambil menggaru kepalanya.

Ummi duduk di sebelah Rizqi sambil menghela nafas ringan. Reaksi ummi seperti ada sesuatu yang mahu diberitahunya.

"Sebenarnya...."

"Kenapa ummi?" Tanya Rizqi ingin tahu.

"Dulu, masa kamu masih sekolah dan tak kenal Sarah tu ummi ada terdengar jugalah orang kampung kata Pak Seman tu berjudi. Tapi tu ummi tak pastilah betul ke tidak mulut orang kampung kan. Mestilah ada tokok tambah." Kata ummi.

"Tapi macam mana Sarah tu boleh lepas pula belajar dekat Australia?" Rizqi kebingungan.

"Ummi tak tahu lah macam mana tapi lebih baik Iqy pergi jumpa Sarah, bincang dengan dia elok-elok. Dia nak ke tak teruskan hubungan dengan Rizqi." Pesan ummi.

"Tapi ummi...."

"Pergi jelah dulu bincang elok-elok tanya dia untuk kepastian. Tak baik kalau kita main tuduh macam ni. Kalau betul dia tak boleh teruskan dan tak boleh tunggu, putus jelah Iqy. Kamu bukan ada kerja tetap lagi nak kumpul duit." Tambah ummi.

"Tapi kalau orang kampung sebut-sebut macam mana?" Tanya Rizqi.

"Kalau betul dia serius dan Iqy pun setuju, guna jelah nak duit arwah abah." Kata ummi.

"Eh takpelah ummi...simpan jelah untuk ummi. Tengoklah macam mana nanti Iqy fikirkan." Balas Rizqi.

"Fikir elok-elok. Kamu yang nak hidup lama dengan dia nanti." Kata ummi lalu berjalan menuju ke dapur.

*******************

"Sarah, tolong ayah nak. Ayah nak duit bayar hutang dengan ah long. Tolong nak." Rayu Pak Seman.

"Ayah! Bulan lepaskan Sarah dah bagi takkan Sarah nak minta Fikry lagi!" Balas Sarah mundar mandir di dapur.

"Kamu tolonglah nak. Ayah dah cakap dengan diorang dalam bulan ni ayah akan bayar. Tolonglah nak. Kalau tak kamu juga jadi korban nanti." Kata Pak Seman memujuk anaknya.

"Ayah ni masalah ayah tau. Kenapa Sarah kena terlibat sekali? Itulah ayah dulu suka sangat berjudi bangga menang sekali kalah terus berhutang sana ni!" Balas Sarah dingin.

"Kamu cubalah minta Rizqi pula." Kata Pak Seman.

"Ayah tolonglah! Cuba ayah usaha juga sendiri cari duit. Kenapa semua nak kena harapkan Sarah. Sarah penat tahu tak!" Balas Sarah.

"Ha! Apa kata kamu putus je dengan Rizqi lepas tu kamu kahwin terus je dengan Fikry. " Kata Pak Seman.

"Ayah! Jangan fikir benda bodoh untuk kebaikan ayah je boleh tak? Rizqi tu dah bertunang tau dengan Sarah baru tak sampai setahun. Jujur Sarah cakap Sarah memang suka Fikry habis Rizqi? Sudahlah ayah. Jangan sampai Sarah lari dari rumah ni sebab ayah." Balas Sarah mengugut bapanya.

****************

Sarah, esok jumpa saya dekat tempat biasa.- Rizqi

Awak tak nak ambil saya ke?- sayang <3

Tak. Sekarang ni saya ada dekat Selangor."- Rizqi

"Buat apa?"- sayang <3

"Ada kerja sikit. Jangan lupa esok pukul 12 tengahari."- Rizqi

Bye.- Rizqi

𝙨𝙩𝙧𝙖𝙣𝙜𝙚𝙧 𝙖𝙜𝙖𝙞𝙣Where stories live. Discover now