- bab 3 : FARHANA SAKIT ❞

59 3 6
                                    

Keesokkan harinya, Farhana berjalan menuju ke sekolah bersama Anis. Harini adalah hari ketiga subjek matematik ada di dalam jadual waktu mereka dan ini bermakna Rizqi akan masuk ke dalam kelas Farhana lagi.

"Hana, kau ok tak ni?" Tanya Anis kelihatan risau melihat kawannya yang agak tidak bermaya itu.

"Aku ok je. Selsema siket je." Balas Farhana ringkas.

Anis memegang tangan Farhana dalam perjalanan mereka menuju ke kelas. Farhana hanya tersenyum sinis sambil memandang ke arah Anis.

Setibanya di kelas, Farhana terus meletakkan kepalanya di atas meja. Entah apa yang memenatkan si Farhana ini bermain di dalam kepala Anis.

"Anis, math bila?" Tanya Farhana ringkas.

"Ha, kenapa tiba-tiba kau tanya waktu math bila ha...kau mesti tak sabar kan nak tunggu cikgu tuh. Lepas rehat. Kenapa?" Balas Anis.

"Ok." Kata Farhana ringkas.

***********

KRINGGGG!!!!! Loceng berbunyi menandakan waktu rehat. Anis mengajak Farhana ke kantin. Dalam perjalanan mereka ke sana, mereka berdua berselisih dengan Rizqi. Anis terus memberi salam kepada Rizqi dengan nada teruja.

"Assalammualaikum cikgu Rizqi." Kata Anis kepada Rizqi.

"Waalaikumussalam, eh kejap. Awak berdua kelas 5 UKM kan? Lepas rehat waktu saya kan?" Tanya Rizqi.

"Haah cikgu." Balas Anis ringkas.

"Oh, nanti masa kelas saya, tolong buat modul dulu saya masuk lambat siket sebab ada bahan nak print untuk awak semua kat bilik guru." Kata Rizqi memberi arahan kepada Anis.

"Oh, baik cikgu." Balas Anis ringkas.

Mereka beredar pergi menuju ke haluan masing-masing. Bahagianya hati Anis dia dapat bercakap dengan Rizqi dan Farhana hanya menggelengkan kepalanya.

Setelah tamat waktu rehat, Anis menuju ke kelas dengan segera dan meninggalkan Farhana di belakang. Mereka terus membuat kerja apa yang disuruh Rizqi tadi.

Beberapa minit kemudian, Rizqi masuk ke dalam kelas 5 UKM. Rizqi hanya membiarkan pelajarnya terus menyiapkan modul tersebut.

"Baik, ketua kelas, tolong berikan bahan ni sorang satu. Ikut nama yang saya dah letak tu." Kata Rizqi memberi arahan kepada ketua kelas.

"Yang lain ada masalah nak jawab soalan? Atau soalan yang tak faham?"

"Takde cikgu." Balas murid-muridnya.

Farhana hanya meletakkan kepalanya di atas meja sepanjang waktu kelas Rizqi tanpa buat modul tersebut. Entah apa yang membuatkan Farhana kelihatan seperti cacing kepanasan. Dia hanya asyik mengusap perutnya.

"Hana, kau ok tak ni?" Tanya Anis.

"Entahlah we, aku rasa nasi lemak kat kantin tadi tak elok lah." Balas Farhana sambil memandang ke arah Anis.

"Kau sakit perut ke?" Tanya Anis lagi.

"Dah, sambung jela kerja kau. Takde ape pun." Balas Farhana lalu meletakkan kepalanya di atas meja.

Tiba-tiba suara yang garau memanggil nama Farhana.

Nur Farhana. Sila datang jumpa saya selepas sekolah." Beritahu Rizqi kepada Farhana dengan suaranya yang garau itu.

Farhana diam. Dia meletakkan kepalanya di atas meja dan menutupinya menggunakan tangannya. Dia tidak dengar apa yang dikatakan oleh Rizqi. Rizqi menuju ke meja Farhana.

"Farhana, Farhana. Awak okay tak ni?" Lembut suara Rizqi memanggil Farhana.

Farhana perlahan mengangkat kepalanya daripada meja dan secara tidak sengaja berpandangan mata dengan Rizqi. Jantung mereka saling berdegup lagi lagi jantung Rizqi yang berdegup kencang melihat Farhana. Tiba-tiba sahaja sakit perut Farhana hilang buat seketika.

Beberapa saat kemudian, Farhana berlari keluar melalui pintu belakang kelas menuju ke sinki yang tidak jauh dari kelasnya lalu memuntahkan segala makanan yang dimakannya waktu rehat tadi.

Rizqi tercegat di hadapan meja Farhana. Dia agak terkejut Farhana keluar secara tiba-tiba sebentar tadi lalu pergi kepada Farhana yang masih berada di sinki tersebut diikuti Anis.

"Farhana, awak ok tak ni?" Tanya Rizqi.

"Cikgu, dia dah muntah-muntah ok apanya cikgu ni pun. Agak-agakla..." Kata Anis kepada Rizqi.

"Kantin tadi makan apa?" Tanya Rizqi.

"Nasi lemak." Balas Anis ringkas

Anis menyandarkan Farhana di sebelah sinki tersebut. Rizqi segara memanggil guru bertugas untuk menguruskan Farhana.

"Cikgu, tak sempat dah nak panggil cikgu bertugas...baik cikgu je yang terus bawa dia pergi klinik." Kata Anis kepada Rizqi yang masih bingung hendak buat apa.

"Ha? Sa..s..saya?" Balas Rizqi.

𝙨𝙩𝙧𝙖𝙣𝙜𝙚𝙧 𝙖𝙜𝙖𝙞𝙣Where stories live. Discover now