- bab 80: SAYA NAK BERSAMA AWAK FARHANA ❞

9 0 0
                                    

Kereta Honda Civic putih kelihatan di hadapan rumah Rizqi. Farhana keluar daripada perut kereta dan kehadirannya disambut ummi.

"Sampai pun Farhana. Ingat tak jadi datang." Kata ummi lalu Farhana menyalam tangannya.

"Mana boleh tak jadi ummi, kan dah janji." Balas Farhana.

"Yelah, janji dengan siapa ? Rizqi ke?" Soal ummi mengusik

"Takdelah ummi ni pun, Irfan kan kawan sekolah Farhana." Balas Farhana.

Majlis doa selamat berjalan dengan lancar hendaknya. Setelah majlis selesai, dia menunggu ummi dan Rizqi di luar sambil termenung melihat orang-orang beransur pulang.

"Farhana"

Farhana menoleh. Irfan memanggilnya.

"Terima kasih datang. Buat susah kau je." Kata Irfan

"Takde apa sangatlah. Setakat tolong- tolong gitu je. By the way macam mana permohonan kau?" Soal Farhana.

"Masih tak tahu lagi dapat ke tak. Tapi, boleh ke weekend ni aku ajak kau keluar?"

"Boleh je. Kat mana?"

"Dia bukan nak ajak keluar actually tapi more to aku nak jumpa abah kau." Kata Irfan serius

"Dah kenapa pula kau nak jumpa abah aku?" Soal Farhana kebingungan.

"Kan aku pernah confess dekat kau masa sekolah dulu, tapi kau macam tak layan. So aku just assume kau tak nak ade apa-apa komitmen about relationship. Yela, lagipun kau top student aku faham kau tak nak stress dengan ada relationship yang tak berapa serius ni. Tapi sekarang kita dah habis sekolah and ......."

"Irfan...aku.... aku bukan tak suka kau tapi untuk masa sekarang pun aku tak sure yang aku boleh bagi komitmen untuk ada relationship atau tak." Jelas Farhana.

"Aku faham. Tapi tak salah kita cuba kan? Kita belajar sama-sama, achieve cita-cita kita, kita trust each other walaupun kita berjauhan. Aku betul-betul suka kau Farhana since sekolah lagi"

"Or kau sebenarnya suka Rizqi? Sebab tu kau mengelak dari aku?"

Mereka berdua terdiam. Farhana tidak tahu mahu beri jawapan apa lagi. Dia sendiri buntu tidak tahu sama ada dia benar-benar suka Rizqi ataupun tidak. Hatinya berbolak balik.

"Sayang, jom balik" Kata Rizqi sejurus dia melangkah keluar dari rumah.

Mendengarkan perkataan sayang membuatkan hati Irfan hancur. Sangkaannya benar. Farhana betul-betul sudah ada hubungan bersama Rizqi.

"Takpelah Farhana nanti kita borak lagi." Kata Irfan sambil memberikan senyuman nipis lalu beredar.

"Awak nak terus balik ke atau awak stay sini?" Soal Rizqi.

"Saya terus balik lah, lagipun esok kerja." Balas Farhana ringkas.

"Tapi sebelum awak balik, saya ada benda nak cakap dengan awak.

"Hm?"

"Hal serius." Kata Rizqi

"Oh, pasal yang dalam kereta tu ke? Yelah lagipun saya dah janji dengan awak kita cakap lepas kenduri kat rumah Irfan." Balas Farhana

"Tapi ummi ada sekali."

Farhana hanya mengangguk tanda faham

****************

Ummi mengusap paha Rizqi sebagai tanda memberi sokongan kepada Rizqi. Farhana pula hanya tunduk menanti apa yang bakal dikatakan Rizqi.

"Erm Farhana. Saya betul-betul suka awak. Saya nak bersama awak. Jadi harini ummi ada sama dengan kita dia jadi saksi yang saya betul- betul sukakan awak" Kata Rizqi

"Tapi, saya budak lagi Rizqi. Saya baru 18 awak dah 23. Saya baru nak meningkat dewasa, baru nak hidup sendiri. Saya takut saya tak bole nak bagi komitmen."

"Saya faham. Tapi boleh awak bagi saya peluang?"

Farhana diam. Tidak tahu mahu memberikan jawapan apa. Dia mengangguk perlahan sebagai tanda setuju.

"Saya pun tak nak panjang-panjangkan benda ni lagi. Saya betul-betul nak bersama dengan awak Farhana."

𝙨𝙩𝙧𝙖𝙣𝙜𝙚𝙧 𝙖𝙜𝙖𝙞𝙣Where stories live. Discover now