Pagi yang indah menghiasi hari Rizqi. Bunyi burung berkicauan memecahkan pagi yang sunyi itu. Rizqi dari bilik guru berjalan hendak menuju ke kelas yang perlu dimasukinya. Tiba-tiba secara tidak sengaja seorang murid lelaki terlanggar Rizqi.
"Aduh, maaf cikgu maaf." Kata murid itu.
"Iya takpa-takpa." Balas Rizqi.
Rizqi dan murid lelaki itu saling berpandangan. Alangkah tidak sangkanya Rizqi murid yang terlanggar dia tadi adalah kawannya sendiri. Rizqi dan murid itu tadi saling tersenyum lebar lalu memeluk satu sama lain.
"Ya Allah...Irfan, kau rupanya." Kata Rizqi dengan nada teruja.
"Ye....aku la ni...lamanya tak jumpa kau." Balas Irfan.
Pelukan dilepaskan. Rizqi sungguh tidak sangka kawan yang dia kawan sejak kecil lagi berjumpa disini. Yalah, Irfan dan Rizqi berkawan dari kecil dan membesar bersama di sebuah kampung yang sama mana mereka tidak teruja kalau terjumpa bergini selepas lama tidak berjumpa.
"Ha, kau tiba-tiba je dah jadi cikgu kat sekolah aku. Ape ce?" Tanya Irfan.
"Hehe, jadi cikgu praktikal je...eh, kat mana kelas 5 USM? Aku kena relief kelas tu sekarang ni." Kata Rizqi dalam gesaan.
"Oh, tu kelas aku, jomla ikut aku." Balas Irfan ringkas.
************
KRINGGGG!!!!!! loceng sekolah berbunyi. Semua murid mula menuju haluan mereka ke kantin. Dalam perjalanan Irfan ke kantin sempat pula dia terpesona melihat Farhana yang baru lalu dihadapannya itu. Tiba-tiba satu suara memanggil Irfan dari belakang.
"Ha awak yang tercegat depan saya ni dah kenapa?" Kata Rizqi mengusik Irfan.
"Eh?" Balas Irfan sambil menoleh ke belakang.
"Dah, jom pergi kantin saya nak belanja awak." Kata Rizqi kepada Irfan berlakon seperti seorang guru di hadapan murid lain yang lalu disitu.
***********
"Hana, nanti teman aku jumpa cikgu Rizqi boleh. Aku nak tanyalah pasal soalan math ni." Kata Anis mengajak Farhana.
"Kau memang nak tanya ke memang saje nak pergi tengok cikgu tu je?" Balas Farhana.
"Tak ni serius betul aku nak pi jumpa cikgu nak tanya pasal soalan math ni je." Anis memujuk Farhana.
"Hm, yela." Balasnya ringkas.
*************
Selepas sekolah, mereka berdua berjalan menuju ke bilik guru untuk berjumpa Rizqi. Tapi malangnya mereka melihat Rizqi seperti dalam keadaan tergesa mahu meninggalkan bilik guru.
"Cikgu, cikgu nak pergi mana ni?" Tanya Anis sebaik Rizqi keluar dari bilik guru.
"Maaf ye Anis. Awak nak tanya pasal soalan math ya, saya kena gerak balik KL ni ada emergency. Minggu depan jela awak tanya saya." Terang Rizqi.
"Oh, baik cikgu." Balas Anis ringkas.
*************
Di aspuri. Banyak benda yang bermain di kepala Anis mengapa Rizqi bergegas mahu pulang ke KL.
"Sudahlah tu Anis, takya sibuk la kenapa cikgu balik awal." Kata Farhana.
"Ish, yela. Tapi kau ada nombor cikgu?" Tanya Anis.
"Lah, kau nak buat apa pula....takda. Tapi kat pejabat ada rasanya. Pandai-pandaila kau cari nanti." Balas Farhana sambil menuju ke pintu dorm untuk keluar.
"Teman aku Jumaat esok masa kelas tambahan pergi pejabat." Kata Anis mengajak.
"Ish, yela-yela. Aku nak pergi mandi. Bye." Balas Farhana terus meninggalkan dorm tersebut.
"Ha...kau nak buat apa ha Anis dengan nombor cikgu math kita tu." Tanya salah seorang dorm mate Anis.
"Ish, takde apalah, nak tanya pasal soalan math je." Balas Anis.
YOU ARE READING
𝙨𝙩𝙧𝙖𝙣𝙜𝙚𝙧 𝙖𝙜𝙖𝙞𝙣
RomanceRizqi seorang lelaki berumur 23 tahun yang hidup berserdahana merupakan seorang guru praktikal di sekolah berasrama penuh dan sudah bertunang. Kehadirannya sebagai cikgu praktikal di Sekolah Neo Science menarik perhatian ramai pelajar perempuan di s...