Ianya pagi yang cerah buat Farhana. Aplikasi Instagram dibuka Farhana dan di scroll hampir satu jam. Entah rasa sunyi pula sejak-sejak dia tamat bersekolah. Terkenang suasana riuh di kelas serta asrama terutama perangai gila Anis. Hanya dia penghibur hati Farhana. Sejak bertukar mentor hubungan Irfan dan Farhana sedikit renggang.
Farhana menilik jam dinding di rumahnya. Jam menunjukkan pukul 11 pagi tetapi dia masih di katil baring dan bermain dengan telefonnya. Sebaik dia mahu mematikan telefonnya tiba-tiba sebuah mesej masuk.
Hana, kau free harini?- Irfan.
Pelik. Sungguh pelik. Tidak pernah-pernah Irfan menghubungi Farhana. Tapi disebabkan kesian, Farhana balas mesejnya.
Free. Kenapa?- Farhana
Kita jumpa dekat luar boleh?- Irfan
Ok, bila?- Farhana
Dekat damansara pukul 3- Irfan
Okay.- Farhana
Perbualan terus terhenti disitu. Pelik tidak pernah-pernah Irfan mengajaknya keluar. Tanpa membuang masa, Farhana terus mencapai tualanya lalu terus mandi dan menyiapkan dirinya.
Jam menunjukkan pukul 2 petang. Farhana sudah siap berpakaian hoodie hitam, berseluar jean palazo serta bertudung bawal hitam. Sling bag dipakai serta kasut converse berwarna putih sebagai pilihannya.
Farhana tiada pilihan. Hanya grab menjadi pilihan untuk pergi ke mana-mana. Memandangkan dia tidak mempunyai lesen kereta untuk memandu kereta yang ada dirumahnya. Duit bulanan diberikan oleh En.Hamri dijadikan duit untuk tambangannya.
Farhana tiba di lokasi yang dihantar oleh Irfan dengan selamat. Susah baginya mahu mencari Irfan disebuah mall yang besar itu. Akhirnya Farhana menemui Irfan di Starbucks.
"Kau kenapa tiba-tiba ajak aku keluar?" Soal Farhana.
"Saja lah ajak kau lepak. Sebelum ni mana aku tahu kau duduk Selangor." Balas Irfan.
"Oh, kau datang naik apa?" Soal Farhana.
"Lrt." Balasnya ringkas.
"Oh, habis takkan kita semata-mata nak lepak Starbucks ni je?" Ujar Farhana.
"Nah, aku belikan kau air ni. Aku belanja. Kau nak pergi mana?" Tanya Irfan.
"Aku tak kesah." Balas Farhana.
"Ha jomlah kita pergi KLCC." Ajak Irfan.
"Ok jom." Balas Farhana lalu keluar dari Starbucks bersama Irfan menuju ke KLCC menaiki LRT.
****************
Farhana dan Irfan berjalan di sekitar KLCC. Setelah penat, mereka duduk di I-Setan sambil melihat air pancut disitu. Jam menunjukkan tepat pukul 5 petang.
"Hana. Aku nak tanya kau ni." Kata Irfan. Nadanya kedengaran agak serius.
"Apadia?" Soal Farhana.
"Kau suka Rizqi ke?"Tanya Irfan.
"Ha? Asal kau tiba-tiba tanya. Dia tunang kakak kau kot memang taklah. Tak minat aku dengan dia. Asal?" Balas Farhana lalu menyedut air yang dibelinya tadi.
"Aku suka kau." Kata Irfan terus kepada Farhana.
"Irfan, aku bukan tak suka kau, tapi aku tak pernah anggap kau lebih dari kawan aku. Bukan nak sakitkan hati kau selama ni aku layan kau baik-baik." Jelas Farhana kepada Irfan.
"Oh." Balas Irfan. Hanya itu respon yang mampu diberinya.
"Maaf ye kalau sejak kita rapat masa mentor menti ada buat kau terasa special. Tapi aku tak minat nak ada boyfriend sekarang ni." Ujar Farhana.
"Kau reject aku sebab kau dah suka dekat Rizqi ke? Aku tengok layan dia...." Balas Irfan kecewa.
"Irfan, aku tak ada perasaan pun dekat dia. Tunang kakak kau sendiri kot. Kalau dia tak ada tunang pun aku tak nak." Jelas Farhana.
"Hm, yelah tu. Dah jomlah balik. Nanti ayah kau marah pula balik lambat." Ajak Irfan.
Itu kali pertama dan terakhir Farhana dan Irfan keluar bersama. Sejak itu, mereka tidak pernah lagi bertegur sapa antara satu sama lain. Irfan mula menjauhkan dirinya daripada Farhana. Tapi, salah siapa?
YOU ARE READING
𝙨𝙩𝙧𝙖𝙣𝙜𝙚𝙧 𝙖𝙜𝙖𝙞𝙣
RomanceRizqi seorang lelaki berumur 23 tahun yang hidup berserdahana merupakan seorang guru praktikal di sekolah berasrama penuh dan sudah bertunang. Kehadirannya sebagai cikgu praktikal di Sekolah Neo Science menarik perhatian ramai pelajar perempuan di s...