- bab 2: CIKGU BARU ❞

69 3 11
                                    

Tut...tut...tut....tut.... telefon Rizqi sedang memanggil nombor umminya. Dia sungguh teruja hendak memberitahu umminya bahawa permohonannya untuk menjadi sebuah guru diterima walaupun hanya seorang guru praktikal. Talian dihidupkan.

"Assalammualaikum ummi..." Sapa Rizqi kepada umminya dengan lembut.

"Waalaikumussalam iqy, iqy sihat? macam mana kat Johor sana?" Tanya umminya.

"Iqy sihat je ummi, ummi dengan yang lain macam mana? Sihat? Iqy ada berita nak bagitahu ummi ni." Kata Rizqi kepada umminya.

"Alhamdulillah, ummi dengan yang lain sihat, apa beritanya tu yang Iqy nak bagitahu?" Tanya umminya.

"Iqy dah diterima jadi guru praktikal dekat sekolah sains ummi. Dekat area Johor juga..." Katanya dengan nada yang agak teruja.

"Alhamdulillah Iqy...ummi bersyukur kamu dapat jadi guru praktikal tu nak. Habis baju semua dah beli?" tanya umminya.

"Dah ummi. Lama dah Iqy beli. Lagipun masa belajar kat uni pun Iqy banyak pakai baju kemeja so tak susahla and semua ni berkat ummi juga." Balas Iqy ringkas.

"Iyalah Iqy, ikut kamulah walaupun kamu belajar tinggi tapi kalau nak jadi cikgu pun takpalah itu pilihan kamu kan? janji kerja tu kerja yang elok, baik- baik je. Tunang kamu dah tahu kamu dah jadi cikgu praktikal ni?" Kata umminya.

"Belum ummi. Nanti jela Iqy bagitahu. ok lah ummi, Iqy nak siap-siap dulu ni nak keluar kejap" Balas Iqy.

"Iyalah Iqy, hati- kat jalan raya. Assalammualaikum" Kata umminya sebelum meletakkan talian.

Talian dimatikan. Iqy tersenyum gembira lalu bergegas bersiap untuk keluar.

************

Keesokkan paginya, Iqy segera bangun pagi dan bersembahyang subuh. Selepas itu, dia segera bersiap untuk ke sekolah. Enjin kereta Honda Civicnya dihidupkan dan memecahkan sunyi di kawasan perumahan itu. Rizqi segera memandu keretanya menuju ke sekolah.

Seperti biasa, suasa di kelas Farhana agak bising terutamanya yang lelaki. Entah apa yang membuatkan mereka sungguh tidak nampak penat walaupun tinggal di asrama. Lainlah kalau Farhana anak orang yang berada dan juga bapanya seorang ahli PIBG sekolah yang banyak memberi sumbangan kepada sekolah sains ini. Ikut kehendaknya jika dia mahu tinggal di asrama mahupun pulang ke rumah. Semua guru- guru serta kakitangan di sekolah itu kenal Farhana da juga bapanya. Petik sahaja nama farhana semua kenal. Hanya Farhana saja yang mendapat kelulusan seperti itu oleh pengetua.

"Weyh, korang rasa cikgu kita tu handsome ke tidak kalau dia lelaki? single ke tak ek dia?" Kata Anis kepada rakan-rakannya yang sedang berkumpul di sebuah meja.

"Not sure lagi kan cikgu math kita tu laki ke perempuan...tapi, kalau lelaki aku harap dia muda. Penat la asyik belajar dengan cikgu tua...ngantuk." Balas salah seorang daripada mereka.

Farhana sedang menuju pulang ke kelasnya dengan membawa modul matematik di tangannya. Dia terlihat seorang guru lelaki sedang tercari- cari di mana kelas yanng patut dia masuki. Sebaik saja Farhana berjalan melepasinya, guru lelaki itupun memanggil Farhana.

"Um...awak , awak, yang pakai spec." Panggil Rizqi.

"Ye? Cikgu panggil saya ke?" Balas Farhana sambil memandang ke arah Rizqi.

"Haah, ye awakla mana ada orang lain dah dekat koridor ni. Saya nak tanya awak, kat mana kelas 5 UKM ye?" Tanya Rizqi kepada Farhana.

"Oh, tu kelas saya cikgu. Cikgu boleh la ikut saya." Balas Farhana ringkas.

Rizqi hanya mengikuti belakang Farhana. Sepanjang perjalanan mereka berdua ke kelas, Rizqi dipandang oleh semua murid yang berada di dalam kelas yang dilalui. Sungguh berdebar hati Rizqi untuk memulakan pekerjaan nya sebagai seorang guru praktikal.

"Assalammualaikum semua." Kuat suara Rizqi memberi salam sebaik saja memasuki kelas tersebut.

"Waalaikumussalam wbt cikgu." Balas murid-muridnya.

"Ok semua boleh duduk." Kata Rizqi sambil tersenyum.

Semua pelajar perempuan tersipu malu melihat Rizqi. Ya lah mana semua perempuan tak tertarik pada Rizqi ni.

Rambutnya dibelah tengah ala oppa- oppa korea, berkacamata, baju kemeja berwarna kelabu dimasukkan dalam seluar dengan rapi dan juga lengan baju dilipat hingga ke siku.

"Baik, saya perkenalkan diri saya dahulu. Nama saya, Muhammad Rizqi bin Rifqi. Awak semua boleh panggil saya Cikgu Riz." Kata Rizqi kepada anak muridnya.

"Ohh...Cikgu nak tanya." Kata Anis kepada Rizqi sambil mengangkat tangannya.

"Iya, silakan." Balas Rizqi ringkas.

"Umur cikgu berapa?" Tanya Anis ringkas.

"Oh, ya umur saya 20 tahun dan saya dari Kl." Balas Rizqi kepada Anis.

"Cikgu, cikgu single ke?" Tanya Anis lagi.

"Lah, dalam banyak-banyak soalan itu awak tanya? Haha, awak rasa?" Balas Rizqi.

"Cikgu mesti single ni..." Kata Anis.

"Ikut awak semua lah...jadi, saya nak awak semua pulak perkenalkan diri awak pada saya." Kata Rizqi.



𝙨𝙩𝙧𝙖𝙣𝙜𝙚𝙧 𝙖𝙜𝙖𝙞𝙣Where stories live. Discover now