- bab 54 : LAH, JIRAN? ❞

15 2 3
                                    

Farhana tersedar dari tidurnya disebabkan alarm yang berbunyi. Jam menunjukkan pukul 10 pagi. Farhana bingkas bangun dari katil dan menuju ke dapur. En.Hamri kelihatan sudah pergi ke kerja dahulu dan meninggalkan Farhana bersendirian di rumah. Dia kembali ke biliknya dan memeriksa telefonnya jika bapanya ada memesan kepadanya.

Abah🥰: Abah ada order food panda. Tunggu dekat bawah nanti dia sampai pukul 10:30 pagi ni.

Farhana menghela nafas ringan. Setelah melihat notifikasi itu, dia terus menuju ke bilik mandi dan menyiapkan dirinya. Selepas itu, dia terus mengatur langkahnya untuk turun ke bawah.

Sebaik Farhana melangkah kakinya masuk ke dalam lif, tepat pada waktu itu juga seorang lelaki masuk ke dalam lif itu juga.

Setelah pintu lif dibuka, Farhana dan lelaki yang satu lif dengannya tadi tidak sengaja berpandangan antara satu sama lain. Sejurus mereka keluar dari lif tersebut, lelaki itu menegurnya seperti orang yang sudah dikenali.

"Eh? Farhana..." Sapa Farhan.

"Eh, cikgu Aan..." Balas Farhana.

"Awak duduk sini ke? Tak pernah nampak pun." Kata Farhan kepada Farhana yang masing-masing masih berdiri di depan lif.

"Tak...saya tak duduk sini, cuma saya ikut ayah saya je. Dia ade kerja sikit dekat sini. Cikgu duduk sini ke?" Tanya Farhana.

"Haah, saya duduk sini. Sorang je. Yelah parents dah tak ada jadi saya duduk sendiri lah." Balas Farhan.

"Awak nak ke mana ni?" Tanya Farhan.

"Saya nak ambil makanan. Saya gerak dulu ye cikgu. Takut abang food panda tu tunggu pula." Balas Farhana ingin meminta diri.

Ting! Tiba-tiba pintu lif itu terbuka. Farhana sempat menoleh kearah lif yang terbuka itu. Kelihatan Rizqi yang hanya berpakaian t-shirt putih berserta kain pelekat. Sebaik Rizqi ternampak Farhana terus dia menyapa Farhana.

"Farhana...dah kat bawah rupanya awak. Patut sunyi je tadi rumah awak.

"Eh, oklah cikgu saya gerak dulu." Kata Farhana lalu terus beredar meninggalkan Farhan dan tidak memperdulikan Rizqi.

Rizqi mengikuti Farhana daripada belakang. Farhan pula terus mengurus halnya. Setelah mengambil makanan Farhana terus mahu naik ke atas sejurus itu bertembung dengan Rizqi.

"Eh Hana. Sabarlah. Awak nak pergi mana?" Tanya Rizqi sebaik dia mencapai bahu Farhana.

"Saya nak naik ataslah makan." Balas Farhana sambil menoleh ke arah Rizqi.

"Oh, tak apalah. Saya baru nak ajak breakfast sekali." Kata Rizqi.

"Awak belum makan ke?" Tanya Farhana.

"Belum. Saya turun sebab nak cari awak je. Makanan saya ada dekat atas. Jomlah kita makan dekat balkoni atas tu." Pelawa Rizqi.

"Ok, kalau ye pun mandilah dulu. Ni dengan kain pelekat nya lagi." Balas Farhana sambil berjalan menuju ke lif bersama Rizqi.

****************

"Haih, tak sangka jumpa kau dekat sini Farhana. Ada chance ni. " Kata Farhan.

𝙨𝙩𝙧𝙖𝙣𝙜𝙚𝙧 𝙖𝙜𝙖𝙞𝙣Where stories live. Discover now