- bab 55 : HANGAT BERCINTA ❞

25 2 3
                                    

"Awak." Panggil Farhana.

"Ye. Ada apa?" Balas Rizqi.

"Kenapa saya rasa sejak-sejak ni abah selalu busy. Start balik lewat, semualah." Jelas Farhana.

"Abah awak orang bekerjaya kot, mana tak busy." Balas Rizqi.

Tapi, dia punya busy tu, entahlah saya tak tahu nak describe macam mana. Perangai dia macam berubah sikit pun ada." Bebel Farhana.

"Cuba awak tanya abah ok ke kerja, mungkin dia ada tekanan sekarang ni, who knows?" Balas Rizqi.

****************

"So how about our project? Nak teruskan sama dengan I?" Tanya Sharifah perempuan yang tidak dikenali Farhana.

"Ofcouse. The project kita nak buat dekat Singapore as soon as possible kan. So I don't have any problem nak bergabung dengan you buat projek tu." Balas En.Hamri.

"Nanti pindah lah Singapore. Or bila-bila you free datanglah Singapore kita kenal dengan family I. Ajak anak you sekali." Kata Sharifah.

"Itulah, I ada plan juga. Maybe dalam tahun depan. Sebab projek tu kita buat dalam hujung tahun ni kan. Lagipun I pun tak ready nak bagitahu anak perempuan I Farhana tu." Jelas En. Hamri.

"Oh, it's okay. Anak I dah tahu dah pasal kita. Kalau you belum bagitahu anak you I faham. Tak mudah dia nak terima mak baru kan." Kata Sharifah.

"Doakan yang baik-baik je. Semoga dia terima hubungan kita ni." Balas En.Hamri untuk menyedapkan hati.

"BTW anak you 17 kan?" Tanya Sharifah.

"Haah, she's 17. Sama dengan anak you kan. Okalah tu ada juga kawan nanti anak I tu." Balas En.Hamri.

"Ha, baguslah tu. Anak I pun tak sabar nak jadi adik beradik tiri dengan anak you." Kata Sharifah.

*************

Keesokkan harinya, seperti biasa. En.Hamri sudah pergi kerja dahulu meninggalkan Farhana. Tiba-tiba satu ketukan pintu kedengaran di telinga Farhana. Dia segera mencapai tudungnya takut-takut yang datang adalah Rizqi. Pintu dibuka. Kelibat Farhan kelihatan sedang berdiri di hadapan rumahnya sambil memegang sebungkus plastik yang berisi sekotak piza.

"Hi Farhana. Mesti belum breakfast kan? Jom makan dengan cikgu dekat balkoni sana." Pelawa Farhan.

"Eh tak apalah cikgu, buat susah je. Mana cikgu tahu saya duduk sini?" Tanya Farhana.

"Saya ternampak awak duduk sini. Rumah saya depan ni je selang berapa rumah ni je." Balas Farhan.

"Jomlah. Tak baik tolak orang dah ajak nak makan sama-sama ni." Tambah Farhan.

"Erm....ok." Balas Farhana sedikit janggal.

*****************

"Assalamualaikum...Farhana....saya datang ni." Panggil Rizqi sambil mengetuk pintu rumah apartmen Farhana.

"Aik? Senyap je dia turun lagi ke? Tak apalah tunggu jelah sampai dia naik nanti." Kata Rizqi sendirian sambil menunggu Farhana di hadapan rumahnya.

***************

"Hesy, mana dia ni? Dah satu jam aku tunggu dekat sini tak naik lagi pun." Bebel Rizqi.

"Ke dia ada dekat balkoni tak tunggu aku." Keluh Rizqi lalu terus mengatur langkahnya menuju ke balkoni.

Setibanya di balkoni yang didukinya semalam bersama Farhana dia terlihat Farhana bersama Farhan. Rizqi tidak mahu mengganggu. Dia terus pulang ke apartmen nya dengan perasaan hampa.

𝙨𝙩𝙧𝙖𝙣𝙜𝙚𝙧 𝙖𝙜𝙖𝙞𝙣Where stories live. Discover now