Farhana berbaring di katil sambil bermain dengan telefon bimbitnya. Sejak habis sekolah Farhana banyak menghabiskan masanya dirumah. Dia bercadang mahu mencari kerja, tetapi ditegah oleh bapanya. Kononya dia masih boleh menanggung Farhana dan memberikan apa saja kepadanya walaupun Farhana telah mencecah umur 18 tahun.
Sedang Farhana leka bermain telefon bimbitnya, tiba-tiba suara bapanya kedengaran memanggilnya dari bawah. Farhana segera ke bawah bertemu dengan bapanya. En. Hamri kelihatan sedang membaca berita-berita harian melalui media sosial yang bernama Facebook. Sebaik Farhana datang ke arah bapanya, En. Hamri terus mematikan telefon bimbitnya dan menyuruh Farhana duduk di sebelahnya.
"Ada apa abah panggil Hana?" Soal Farhana sambil memandang bapanya.
"Saja abah panggil nak bagitahu, abah nak ajak kamu bercuti dekat Singapore."Balas En.Hamri.
"Oh, takkan kita berdua je abah? Kalau Hana ajak Anis boleh?" Soal Farhana lagi.
"Ha boleh juga. Ikut kamulah." Balas bapanya ringkas.
"Yess. Bila abah plan nak pergi? Hana boleh inform dia orang awal-awal." Ujar Farhana.
"Minggu depan. About 5 days je kita kat sana." Balas En. Hamri.
"Oh ok. Hana tanya dulu la." Ujar Farhana lalu bergegas ke biliknya.
Telefon bimbitnya laju dicapai. Kontak bernama Anis ditekan. Dengan terujanya segera dia menaip pesan kepada anis.
ANISSSS AKU ADE BENDA NAK BAGITAHU KAU- Farhana
Ha, kenapa ni? Excited semacam- Aniskuuu
abah aku ajak aku pergi holiday dekat singapore, so tadi aku tanya bole tak ajak kau dengan Rizqi abah aku cakap boleh.- Farhana
Wahh... teringin juga aku nak pergi Singapore tu, hehe. - Aniskuuu
Ha, jomlah kita bercuti. Cewahhh- Farhana
Hm, nanti apa-apa aku inform kau. Aku ade kerja jap kena buat ni, nanti kita borak lagi.- Aniskuuu
Talian dimatikan. Nama Rizqi pula dicari. Dengan hati yang teruja dia terus membuat panggilan telefon. Talian dihidupkan lalu Farhana terus cepat menyapa Rizqi.
"Hai Rizqi, tengah buat apa tu?" Sapa Farhana.
"Tak ada apa, tengah baring je. Ada apa call ni?" Jawab Rizqi.
"Lah tak boleh ke?" Soal Farhana
"Tak adalah jarang awak nak call saya dulu. Biasanya text je." Balas Rizqi.
"Hehe, saja je call malas nak taip mesej kat awak. Saya nak ajak awak ni"
"Pergi mana?" Soal Rizqi.
"Abah ajak saya bercuti, so saya tanya abah boleh tak ajak awak." Balas Farhana.
"Oh, hm... boleh. Nanti saya bagitahu ummi." Ujar Rizqi memberi kata setuju.
"Oh ha, kirim salam ye dekat ummi. Maaf Hana tak dapat nak datang jumpa ummi. Lama tak jumpa ummi." Kata Farhana.
"Ha okay, saya ade kerja sikit nak kena buat ni nanti apa-apa call tau." Ujar Rizqi.
"Okay, byee." Balas Farhana.
*****************
Hari yang ditunggu tiba. Farhana dan bapanya sudah berada di KLIA seawal jam 7 pagi lagi memandangkan kapal terbang akan berlepas pada pukul 8:30 pagi. Sementara menunggu Anis, Farhana sempat pergi ke kedai berdekatan membeli sedikit jajan untuk dia makan sepanjang penerbangan nya nanti.
Tepat pada pukul 7:45 pagi Anis sampai di KLIA. Sepanjang percutian mereka, semua benda ditaja oleh bapa Farhana.
Setelah satu jam di dalam pesawat, akhirnya mereka tiba di Singapura dengan selamat. Setibanya di lapangan terbang Singapura sebuah kereta datang mengambil mereka lalu mereka dibawa ke sebuah tempat.
Setelah beberapa minit, mereka tiba di kawasan yang dibawa. Pemandu itu memberikan segugus kunci kepada En. Hamri dan menolong mereka mengeluarkan barang.
"Thank you for brought us here." Ujar En. Hamri kepada pemandu tersebut.
"No problem sir, my pleasure." Balas pemandu tersebut lalu beredar pergi dengan kereta yang dibawanya tadi.
Farhana melihat rumah besar yang berada di depan matanya. Rumah tersebut boleh dikatakan agak mewah. Namun, dia tertanya milik siapakah rumah ini?
YOU ARE READING
𝙨𝙩𝙧𝙖𝙣𝙜𝙚𝙧 𝙖𝙜𝙖𝙞𝙣
RomanceRizqi seorang lelaki berumur 23 tahun yang hidup berserdahana merupakan seorang guru praktikal di sekolah berasrama penuh dan sudah bertunang. Kehadirannya sebagai cikgu praktikal di Sekolah Neo Science menarik perhatian ramai pelajar perempuan di s...