- bab 45 : PERINGATAN TERAKHIR ❞

19 2 3
                                    

"Iqy....bangun nak, cepat siap kita nak pergi majlis kahwin anak pak long ni..." Kata ummi mengejut anak lelakinya itu.

"Ok ummi, ummi siaplah dulu." Balas Rizqi dalam keadaan separuh sedar itu.

"Ummi dah siap dah ni nak, cepatlah..." Kata ummi lagi.

"Ha ok ok." Balas Rizqi sebaik dia membuka pintu biliknya itu lalu terus menuju ke dapur.

"Ummi nak pergi mana?" Tanya Razif sebaik dia keluar dari biliknya juga.

"Ummi nak pergi majlis kahwin anak pak long kamulah. Razif nak ikut? Kalau nak ikut siap cepat." Kata ummi.

"Em, ok ummi." Balas Razif ringkas.

TOK! TOK! TOK! Kedengaran ketukan pintu yang kuat memecahkan sunyi rumah Pak Seman si bapa Sarah. Walaupun pintu sudah diketuk berkali- kali, Pak Seman masih enggan membuka pintu kerana dia tahu sudah pasti itu pembantu- pembantu ah long datang mahu mengutip hutang.

"Abang, bukalah pintu tu dari diaorang terus ketuk pintu rumah kita." Kata isteri Pak Seman.

"Awak duduk diam jelah, diaorang pergilah nanti." Balasnya.

"SEMAN!! BUKA PINTU NI! AKU TAHU KAU KAT DALAM!"

"Abang, buka jelah." Isterinya merayu.

Pak Seman tiada pilihan. Dia terpaksa membuka pintu itu dan menyelesaikan segera masalahnya.

"Ha, bila nak bayar? Kata dalam bulan ni? Ni dah nak masuk bulan baru." Kata lelaki yang bernama Zanif itu.

"Aku janji esok. Betul aku janji esok." Balas Pak Seman.

"Eh, orang tua! Ni last warning kiteorang bagi dekat kau eh, kalau esok kau tak bayar juga, anak kau kiteorang ambil." Kata Zanif lalu terus meninggalkan rumah Pak Seman dengan rakannya yang lain.

Pak Seman terus masuk ke dalam rumah lalu menguncinya. Telefon bimbitnya segera dicapai lalu menelefon Sarah. Namun panggilan itu tidak dijawab.

Rizqi lalu di hadapan rumah Pak Seman bersama ummi dan adiknya dengan kereta Honda Civic-nya. Kelihatan sebuah kereta yang kelihatan mewah baru keluar dari perkarangan rumah Pak Seman. Razif hanya berdiam diri. Dia cam itu adalah kereta yang sebelum ini yang dia pernah lihat. Tapi tiada guna baginya jika dia memberitahu perkara yang sama lagi kepada abangnya.

Rizqi dan adiknya duduk di meja makan sambil menunggu ummi menjejak kasih dengan saudara yang lain. Razif kebosanan lalu telefonnya dikeluarkan dan aplikasi Instagram dibuka.

Suggested for you.

smooth.like.butter
mat.mamat.__
simp4you._
anis.slayyy
farhana.na
ummiii.74

Razif melihat satu persatu akaun Instagram entah milik siapa saja mahu hilangkan kebosanan. Akaun anis.slayy ditekan.

"Oh, minah ni...aku fikir siapa." Kata Razif di dalam hatinya.

Akaun Anis tidak di private. Memang mudah Razif mengecam muka Anis. Butang follow ditekan. Lalu akaun seterusnya ditekan.

"Ni mesti member dia." Kata Razif di dalam hatinya lagi.

Butang follow ditekan juga. Lalu akaun yang terakhir agak mengejutkan Razif tidak sangka rupanya selama ini dalam diam ummi memiliki akaun Instagram sendiri. Dengan followers lebih kurang dalam 200 lebih. Razif tergelak sendiri lalu terus menunjukkan kepada umminya.

"Ummi." Panggil Razif.

"Iya." Balas ummi sambil menoleh kepada Razif.

"Ni akaun ummi eh?" Tanya Razif lalu menunjukkan akaun Instagram milik ummi kearahnya.

Rizqi turut menjenguk apa yang di skrin telefon Razif. Rizqi juga turut tergelak kecil manakala Razif pula sudah terkekeh disitu.

"Ummi....dalam diam main ig eh. HAHAHA...." Kata Rizqi.

"Aish, janganlah...malu ummi. Ingat Instagram untuk orang muda je ke?" Balas ummi.

"Ahh...tak kesah. Kita pollow ummi." Kata Razif yang masih terkekeh ketawa.

𝙨𝙩𝙧𝙖𝙣𝙜𝙚𝙧 𝙖𝙜𝙖𝙞𝙣Where stories live. Discover now