BUKK!! Kedengaran bunyi seperti orang jatuh ke tanah. Suara tangisan kedengaran. Rupanya seorang budak lelaki sedang berlari lalu terlanggar Rizqi. Rizqi segera melihat keadaan budak yang baru melanggarnya tadi. Tiba-tiba suara yang biasa didengari Rizqi bertanya kepada budak lelaki tersebut.
"Adik, ok tak?" Tanya Irfan kepada anak buahnya.
Rizqi menoleh kearah Irfan. Budak yang terlanggar Rizqi itu terus pergi kearah Irfan.
"Eh, kau buat apa dekat sini?" Tanya Rizqi sebaik dia perasan bahawa Irfan berada dihadapannya.
"Saja melayan budak ni." Balas Irfan lalu matanya memandang kearah Farhana yang berdiri di sebelah Rizqi. Mata mereka saling bertentangan.
"Kalau tak ada apa aku gerak dulu." Kata Irfan lalu terus memimpin tangan anak buahnya dan terus beredar dari situ sebaik dia melihat Farhana bersama Rizqi.
Farhana mengetap bibir. Berasa serba salah dengan Irfan. Rizqi dan Farhana pun terus berjalan.
"Farhana, awak ok?" Tanya Rizqi sambil melihat muka Farhana.
"Ok je. Erm...cikgu boleh tak kita..."
"Farhana, tak payahlah panggil saya cikgu lagi. Saya bukan cikgu awak lagi pun." Kata Rizqi mencelah.
"Habis, takkan saya nak panggil guna nama cikgu pula...macam tak kena je." Balas Farhana lalu duduk di bangku diikuti Rizqi.
"Formal sangatlah panggil cikgu. Lagipun kita ni tak adalah jauh beza sangat umurnya." Kata Rizqi.
"Habis cikgu nak saya panggil cikgu apa? Rizqi? Riz? Awak? Kau?" Tanya Farhana.
"Ehe, oklah normal lah panggil awak saya tu. Oklah tu daripada awak terus panggil saya cikgu." Balas Rizqi.
"Awak saya? Awkward betul. Tapi tak apalah. Kita try." Kata Farhana.
"Awak."
"Awak."
"Ye sayang." Jawab Rizqi selamba sambil tersenyum.
"Aww....cikgu janganlah panggil saya sayang. Geli." Kata Farhana sambil menunjukkan riak muka geli.
"Eleh, geli konon. Werk, tak nak....saya panggil juga sayang. Dah jomlah balik. Nanti abah awak marah pula balik lambat." Kata Rizqi.
"Ye cikgu. Eh, maksud saya awak." Balas Farhana dengan agak janggal.
****************
"Abah, Hana dah balik." Kata Farhana.
"Abah dekat dapur nak." Balas En.Hamri
"Kamu pergi mana dengan cikgu?" Tanya En.Hamri.
"Tak kemana Abah. Jalan KL je." Balas Farhana.
"Abah kenapa tersenyum sorang-sorang sambil main phone?" Tanya Farhana yang melihat bapanya tiba-tiba tersenyum.
"Tak ada apalah. Dah pergi naik atas mandi. Kita dah nak makan malam ni." Arah En.Hamri.
"Tak pernah-pernah dia senyum macam tu. Peliklah Abah ni." Kata Farhana di dalam hatinya sambil menaiki tangga menuju ke biliknya.
*****************
"You, I plan nak pergi honeymoon. You nak pergi mana?" Pelawa Fikry.
"Aik? Tak rasa macam awal sangat ke you ni?" Balas Sarah.
"Alah, nanti kalau dah ada anak, tak ada nak I bawa pergi honeymoon semua ni." Kata Fikry.
"Oh, kalau macam tu.....nantilah I fikirkan." Balas Sarah.
YOU ARE READING
𝙨𝙩𝙧𝙖𝙣𝙜𝙚𝙧 𝙖𝙜𝙖𝙞𝙣
RomanceRizqi seorang lelaki berumur 23 tahun yang hidup berserdahana merupakan seorang guru praktikal di sekolah berasrama penuh dan sudah bertunang. Kehadirannya sebagai cikgu praktikal di Sekolah Neo Science menarik perhatian ramai pelajar perempuan di s...