- bab 62 : UGUTAN ❞

13 1 0
                                    

TOK! TOK! TOK!

Pintu rumah Pak Seman diketuk kuat oleh Zanif menyuruh Pak Seman keluar dan membuka pintu.

"Seman! Buka pintu ni!" Jerit Zanif kuat.

Sarah yang sedang berkurung di dalam bilik menutupi telinganya ketakutan takut dia akan diangkut oleh pengikut-pengikut ah long tersebut. Disebabkan ketakutan air matanya pun mengalir.Pak Seman pula mendiamkan dirinya juga bersama isterinya.

"Woi orang tua! Aku cakap buka pintu ni!" Teriak Zanif lagi.

"Takpe, dia tak nak buka. Kau tunggu nasib kau dalam minggu ni." Gumam Zanif.

"Kau ingat eh orang tua! Hutang kau banyak lagi tau! Kau tunggu nasib keluarga kau dalam minggu ni! Tunggu masa je Sarah tu aku bawa balik jumpa boss." Kata Zanif geram lalu terus beredar pergi bersama yang lain.

Bunyi kereta sudah tidak kedengaran lagi di halaman rumah mereka. Pak Seman menghela nafas berat serabut memikirkan cara untuk melangsaikan hutang.

Sarah yang berada di dalam bilik masih menangis ketakutan. Makin bertambah stress. Setelah satu masalah menimpa datang lagi masalah menimpa.

"Abang, macam mana ni, diorang dah ugut dah." Kata isteri Pak Seman cemas.

"Kesian anak kita tu dia yang jadi mangsa abang. Abang nak ke dia kena bawa dengan pengikut ah long tu?" Tambah isterinya lagi.

"Awak boleh sabar tak Sopiah. Saya pun tengah serabut ni fikir cara nak bayar." Balas Pak Seman yang sedang mundar- mandir di ruang tamu.

"Ini semua salah abang. Kalau dulu abang tak berjudi semua ni tak jadi. Itulah ikut sangat dulu kawan-kawan abang." Bebel Mak Sopiah.

"Awak boleh diam tak! Makin serabutlah saya macam ni!" Tengking Pak Seman.

Tiba-tiba Sarah berjalan menuju ke tandas tanpa menghiraukan ibu bapanya. Pak Seman hanya menjeling ke arah anaknya itu manakala isterinya berasa kasihan dengan anaknya.

***********

"Ha Razif, kau nak pergi mana?" Soal Rizqi ingin tahu. Melihat adiknya memakai pakaian yang serba kemas.

"Jumpa Anis. Tak payah risaulah. Ada kawan dia juga dekat situ." Balas Razif.

"Siapa? Farhana ke? Nak ikut!" Ujar Rizqi riang.

"Kau pahal tiba nak ikut. Yelah-yelah, cepatlah siap. Aku tahu naik kereta kau." Balas Razif sambil memandang abangnya dengan jelingan yang tajam.

"Ummi! Iqy keluar dengan adik tau. Ummi jaga diri dekat rumah." Laung Rizqi.

"Ye pergilah." Jerit ummi dari dapur.

**********

"Sarah, mari makan nak. Mak dah masak tu. Kamu sejak balik sini jarang makan." Pujuk Mak Sopiah.

Sarah mendiamkan diri. Dia tidak endah kan apa yang dikatakan oleh ibunya. Dia masih sedih tidak dapat menerima kenyataan bahawa dia sudah bercerai dengan lelaki yang dia cintai.

"Kalau kamu nak makan nanti ada kat dapur ya mak dah asingkan. Tak elok tak makan, masuk angin nanti perut tu." Ujar Mak Sopiah lalu beredar pergi.

𝙨𝙩𝙧𝙖𝙣𝙜𝙚𝙧 𝙖𝙜𝙖𝙞𝙣Where stories live. Discover now