- bab 64 : UNTUK KAKAK ❞

12 1 4
                                    

"Sarah, tolong ayah nak. Ayah takut esok diaorang datang. Bagi ayah duit lagi." Pujuk Pak Seman.

"Ayah, tolonglah. Sarah dah tak ada duit. Duit semalam yang Sarah bagi pun itu dari Rizqi ayah. Tolonglah ayah Sarah dah tak larat lagi." Sarah merayu.

"Hutang semua ni masalah ayah tau. Kenapa mesti libatkan Sarah? Sarah penat ayah, penat." Tambah Sarah lagi.

Sarah terus melangkah menuju ke biliknya. Berkurung di dalam seharian. Mak Sopiah tidak mampu berbuat apa-apa. Kehidupan mereka yang serdahana itu tidak mampu untuk melangsaikan hutang Pak Seman.

"Abang, sudahlah tu bagi tekanan dekat Sarah. Dia tu baru bercerai dengan suami dia calon menantu pilihan awak. Awak desak dia lagi pasal duit stress lah dia." Ujar Mak Sopiah.

"ARGHH!!" Jerit Pak Seman lalu terus melangkah keluar dari rumah.

Sejurus dia keluar dari rumah, dia berselisih dengan Irfan. Irfan cuba menyapa bapanya untuk memberitahu sesuatu.

"Ayah."

"Aku tak nak dengar apa-apa." Kata Pak Seman nadanya kasar.

Irfan melangkah masuk ke rumah dengan kerutan di dahi. Belum sempat beritahu apa-apa sudah dimarahi dahulu.

"Kamu baru balik?" Tanya Mak Sopiah.

"Ye mak. Kakak mana?" Soal Irfan.

"Dia ada dalam bilik dia." Balas Mak Sopiah.

Irfan terus melangkah ke bilik kakaknya lalu pintu biliknya diketuk perlahan.

"Kak, boleh Irfan masuk?" Soal Irfan.

"Masuklah." Balas Sarah ringkas lalu Irfan duduk disebelah kakaknya.

"Ada apa?" Soal Sarah.

"Ini duit Irfan dapat kerja part time. Kakak ambillah bagi duit ni dekat ayah." Ujar Irfan lalu menghulurkan sejumlah duit kepada Sarah.

"Adik..."

"Kakak ambil je. Irfan penat dengar ayah asyik minta duit dekat kakak. Jadi Irfan mampu tolong sikit ni je. Bukan Irfan tak tahu dalam diam ayah main judi lagi. Cakap je dah insaf." Bebel Irfan.

Sarah sebak lalu satu pelukan erat diberikan. Irfan hanya senyum dan memeluk kakaknya kembali.

"Tapi kakak jangan bagitahu mak yang ayah main lagi. Takut mak kecewa." Kata Irfan sejurus pelukan dilepaskan.

"Thank you adik." Ujar Sarah. Matanya berkaca.

Irfan keluar dari bilik kakaknya. Sarah mengesat air matanya lalu duit itu terus disimpan di dalam dompetnya.

*************

Suasana tegang semasa makan malam. Mereka sekeluarga langsung tidak berbicara apa-apa. Tetapi Irfan cuba memecahkan sunyi.

"Ayah, Sabtu ni kena ambil result SPM dekat sekolah." Kata Irfan lalu menyuap nasi ke mulutnya.

"Em. Tengoklah macam mana." Balas bapanya dingin.

"Takpe, nanti Irfan pergi dengan kakak dengan mak." Sampuk Sarah.

Sebaik Sarah mahu beredar dari meja makan, tiba-tiba badannya jatuh ke lantai dan tidak menyedarkan diri. Pinggan yang dipegangnya turut jatuh.

"Kakak!" Teriak Irfan.

𝙨𝙩𝙧𝙖𝙣𝙜𝙚𝙧 𝙖𝙜𝙖𝙞𝙣Where stories live. Discover now