- bab 36 : STRESS ❞

22 3 12
                                    

"ARGHHHHH!!!!! TAK GUNA! SEMUA TAK GUNA! BUANG MASA AKU JELAH SIAL SELAMA NI DENGAN KAU!" Kata Rizqi penat bertahan dengan Sarah selama ini. Barang di atas meja di biliknya disepahkan.

Semuanya hancur. Ikatan yang dibina putus begitu sahaja. Ummi pula pergi menjenguk keadaan anak sulungnya itu.

"Iqy, kamu ok tak nak?" Tanya ummi dari luar bilik Rizqi.

Rizqi tidak menjawab. Ummi terus beredar memberi ruang kepada Rizqi untuk bertenang.

****************

"HUARGH... penatnya duduk lama-lama dalam dewan cepatlah habis SPM ni." Kata Anis sambil menggeliat.

Farhana terlihat sedang termenung jauh sambil memerhatikan kipas yang berpusing di siling itu. Anis pula mengiring menghadap katil Farhana.

"Oi, kau ok tak ni?" Tanya Anis.

"Ha? Ok je. Saja termenung." Balas Farhana sejurus dia mengiring menghadap Anis.

"Yelah tu kau. Entah-entah fikir pasal cikgu Rizqi kan....kau jangan nak tipu akulah." Kata Anis.

"Sikitlah....tapi banyak lagi benda aku fikir sebenarnya." Balas Farhana.

"Eh sudahlah kau baik pergi tidur. Sabar je Hana SPM lagi seminggu je..." Kata Anis lalu menarik selimutnya.

"Ye aku tahu tapi kau rasa cikgu tu bila dia nak kahwin ah?" Farhana tertanya-tanya. Tiba-tiba sahaja soalan itu keluar daripada fikirannya.

"Tak tahulah. Dah tidur Hana ku sayang." Balas Anis.

"Ish, yela-yela." Jawab Farhana.

***************

*you blocked sayang <3. Tap to unblock.*

Sarahah.sa *account blocked*

Semua media sosial serta nombor Sarah di block oleh Rizqi. Dia sedang memberi ruang  untuk dirinya.

"Iqy, jom makan." Kata ummi dari luar biliknya.

"Takpelah ummi, ummi makanlah dulu nanti Iqy makan sama-sama dengan ummi." Balasnya.

*******************

"Hi Farhana." Sapa Farhan.

"Eh, ya ke apa cikgu?" Balas Farhana

"Kalau awak tak kisah, lepas SPM habis cikgu nak ajak keluar." Kata Farhan.

"Eh, cikgu nak ajak saya tiba-tiba kenpa?" Balas Farhana sedikit pelik.

"Yelah, awak kan menti saya. So apa salahnya kalau saya ajak awak keluarkan?" Kata Farhan.

"Awak duduk mana?" Tanya Farhan

"Selangor." Balas Farhana ringkas.

"Lah, dekat-dekat je. Takpelah boleh la nanti kita gerak ke KL." Kata Farhan

"Err...insya Allah cikgu." Balasnya sedikit janggal.

****************

"Rizqi, cuba cerita dekat ummi apa jadi ni. Makan pun sejak-sejak ni tak selera ummi tengok." Tanya ummi bimbang.

"Sarah curang ummi. Betul lah selama ni sangkaan Iqy dia curang selama ni." Balas Rizqi.

"Sabar ye nak. Ummi tahu Allah akan hadirkan perempuan lagi baik dari Sarah. Ini semua ujian nak." Kata ummi memberi semangat kepada anaknya.

"Membazir ummi semua duit yang kita bagi dia selama ni untuk tunang tu." Balas Rizqi hampa.

"Tak apa nak halalkan je. Banyak lagi rezeki dekat luar sana tunggu buat kita." Kata ummi.

"Ummi." Panggil Rizqi.

"Iya kenapa?" Balas ummi.

"Kalau Rizqi suka Farhana ummi kisah?" Tanya Rizqi.

"Hm, ummi tak tahulah. Kamu nak dia Farhana nak kamu tak?" Balas ummi.

Perbualan mereka terus terhenti. Rizqi terus terdiam tidak tahu mahu membalas apa. Rizqi hanya terus sambung makan. Betul juga apa kata ummi jika difikirkan. Rizqi suka pada Farhana tapi Farhana suka ke akan Rizqi?

𝙨𝙩𝙧𝙖𝙣𝙜𝙚𝙧 𝙖𝙜𝙖𝙞𝙣Where stories live. Discover now