"Rumah siapa ni abah?" Soal Farhana kepada En. Hamri sambil mereka melangkah masuk ke dalam rumah tersebut.
"Homestay. Abah sewa." Balas bapanya ringkas.
"Aik? Selalunya abah sewa hotel je. Tak pernah-pernah abah sewa homestay. Besar pula tu." Ujar Farhana.
"Ini rumah kawan abah, memandangkan dia ada banyak rumah and dia tahu abah nak datang dia kasi kita tumpang sini." Balas bapanya.
"Ha, ambillah bilik sorang satu. Ikut kamu semualah nak tidur mana pun." Ujar bapa Farhana lali dia terus melangkah masuk ke sebuah bilik tanpa melihat bilik yang lain.
"Hana, kita satu biliklah. Lagipun rumah ni besar nampak creepy. Manalah tahu ada he..he..."
"ANISS!!SHHH.... Kau janganlah fikir bukan-bukan." Ujar Farhana kepada Anis sambil jari diletakkan di bibirnya.
"Dah jom kita duduk bilik tu." Ujar Farhana sambil dia menarik tangan Anis dan beg bagasinya.
***************
"Pak cik, kenapa tiba- tiba pak cik nak bercuti ke Singapore ni?" Soal Anis kepada En. Hamri
"Saja, nak spend time dengan Hana. Lagipun dah lama pak cik tak bercuti dengan Hana since mak dia meninggal. Yelah, busy kerja sana sini." Balas En. Hamri
"Uish, lama tu since maknya meninggal." Kata Anis
"Tapi takdelah tak bercuti langsung, ada je bercuti, cuma tak lama la, tu pun bercuti dekat-dekat je" Sampuk Farhana.
"Oh, by the way, malam ni ada orang nak datang, kawan pejabat abah. About makanan ke apa don't worry abah dah settle kan. Esok kita pergi jalan-jalan." Jelas En. Hamri kepada Farhana dan Anis.
Mereka berdua hanya menganggukkan kepala. Anis dan Farhana terus menuju ke bilik mereka. Farhana melabuhkan punggungnya di atas katil yang empuk itu. Dia menghela nafas ringan. Dia rasa tidak sedap hati.
"Kau dah kenapa nampak gelisah je ni?" Tanya Anis.
"Entahlah, aku rasa tak sedap hati. Aku tak rasa yang nak datang malam ni nanti kawan sepejabat abah aku. Aku dapat rasakan yang akan datang tu Sharifah." Balas Farhana.
"Kau posotif jela, mana tahu yang datang tu nanti memang betul kawan pejabat abah kau. Aku tahu kau tak suka bakal mak tiri kau tu tapi kau sangka baik jelah dekat abah kau." Pesan Anis
Telefon bimbit Farhana berbunyi. Panggilan telefon tersebut daripada Rizqy. Farhana terus mengangkat panggilan tersebut.
"Hello?"
"Ha, hello sayang...macam mana? Dah sampai Singapore?"
"Dah. Ada apa call nih?"
"Saja nak tanya dah sampai ke belum..."
"haih, text boleh kan?"
"Okay sorry. Awak kenapa macam takde mood ni?"
"Saya penatlah, malam nak kena jumpa kawan abah lagi."
"Kenapa? ada orang nak merisik awak ke? patutlah pergi Singapore tak ajak saya"
"Rizqi, stop mengarut please. Okay i'm sorry okay? saya tak ada mood sekarang ni. Saya penat. Nanti saya call awak balik."
"Janji?"
"Insha Allah, we talk later okay? Bye."
Talian terus dimatikan oleh Farhana. Dia menghela nafas berat lalu bangkit daripada katil menuju ke bilik mandi.
***********
Ding Dong, loceng rumah tersebut berbunyi. Anis dan Farhana menuju ke pintu tersebut untuk menyambut tetamu yang datang. Kata hati Farhana tidak salah. Sebaik sahaja dia membuka pintu, dia melihat Sharifah hadir bersama anaknya Aliesha.
"Oh, we meet again Farhana."
"Hmm... I never saw you. Anak Hamri juga ke?" Soal Pn. Sharifah kepada Anis.
"Oh tak, saya kawan Farhana je." Balas Anis lalu memberi senyuman.
Farhana terpaksa bermanis muka dengan Sharifah, lalu dia mejemput Sharifah masuk. Sebaik mereka berempat duduk di meja makan, En. Hamri pun duduk untuk menyertai makan malam bersama.
"Finally, you datang juga Singapore. I ingat you tak akan jejak kat Singapore ni" Kata Pn.
Sharifah."Setakat Singapore apalah sangat, negara jiran, bukan jauh mana pun. Naik kereta pun boleh." Balas En. Hamri lalu memberi senyuman kepada Pn. Sharifah
"Hahaha... oh by the way Hana, did you already get a work? Yelah, since dah dapat result ni?" Soal Pn.Sharifah kepada Farhana.
"No aunty, Hana nak sambung belajar dulu. Kenapa? Aliesha dah ade kerja ke?"
"Aliesha kerja dengan aunty dah sekarang. Baru berapa minggu. Aunty ingat kalau Hana tak sambung belajar, boleh la kerja dengan abah ke aunty ke."
"Oh, takpelah aunty, Hana nak belajar dulu. We see how in the future will be." Balas Farhana lalu meneguk seteguk air.
"Abah, I think i want to get some fresh air outside. Abah borak lah nanti Hana datang balik. Jom Anis." Kata Farahana lalu beredar dari meja makan tersebut bersama Anis.
YOU ARE READING
𝙨𝙩𝙧𝙖𝙣𝙜𝙚𝙧 𝙖𝙜𝙖𝙞𝙣
RomanceRizqi seorang lelaki berumur 23 tahun yang hidup berserdahana merupakan seorang guru praktikal di sekolah berasrama penuh dan sudah bertunang. Kehadirannya sebagai cikgu praktikal di Sekolah Neo Science menarik perhatian ramai pelajar perempuan di s...