Farhana sedang duduk berehat di ruang tamu sambil menonton televisyen. Nek Som pula sedang berehat di dalam biliknya. Farhana mencapai telefon bimbitnya yang berada di sebelahnya. Sebaik dia menghidupkan telefonnya, notifikasi daripada Anis terpapar.
Hui, guess what?- Aniskuuu
Notifikasi itu terus ditekan dan Farhana segera membalas mesej tersebut. Farhana tersenyum sinis seakan tahu perkara apa yang mahu diberitahu oleh Anis.
Wait.- Farhana
Kau nak datang sini lagi kan?- FarhanaHahahaha....betul lah tu.- Aniskuu
Mungkin dalam malam ni aku sampai- AniskuuAlamak, how i suppose to take you nanti?- Farhana
Nah, it's okay. Aku naik grab je nanti.- Aniskuuu
Jangan tertidur pula kau. Aku sampai malam ni.- AniskuuuOh, semestinya tidak. Aku tunggu kau malam ni.- Farhana
Perbualan mereka terhenti disitu. Telefon Farhana dimatikan lalu dia terus melompat gembira menuju ke bilik Nek Som untuk memberitahu bahawa Anis akan tiba pada malam ini. Memandangkan hari sudah senja, Farhana terus menyiapkan dirnya untuk bersembahyang maghrib.
Setelah selesai bersembahyang, Farhana melihat jam dinding di dalam biliknya. Jam menunjukkan pukul 8:05 minit malam. Anis masih belum tiba. Selesai solat isyak, Farhana masih menunggu kedatangan Anis.
******************
"Hana....Farhana...."
Suara yang biasa didengari Farhana itu membuatkan dia tersedar daripada tidurnya. Farhana perlahan membuka matanya. Pandangannya kabur lalu dia menggosokkan matanya.
"Oi, aku ni." Kata Anis.
"Eh? Kau dah sampai?" Soal Farhana.
"Baru je, Nek Som yang bukakan pintu untuk aku tadi. Kau lah tido pula." Kata Anis lalu pukulan ringan diberikan pada badan Farhana.
"Pukul berapa sekarang?" Soal Farhana.
"10:30." Balas Anis ringkas.
Farhana lalu tidur semula di atas sofa tanpa memghiraukan Anis. Anis terus mengangkat barangnya bawa masuk ke dalam bilik Farhana dan membiarkannya tidur disitu.
*****************
Farhana dan Anis dalam perjalanan mereka menuju ke rtmah Rizqi dengan menaiki grab memandangkan Anis sudah berada disini. Setibanya di sana, mereka terus mendapatkan ummi.
"Assalammualaikum ummi..." Sapa Anis.
"Lah, waalaikumussalam....kamu datang juga sini lepas SPM." Balas ummi lalu menjemput mereka masuk.
Tiba-tiba Anis terlihat Razif sedang berbaring di atas kerusi kayu itu sedang tidur. Mereka terus mengikuti ummi menuju ke dapur.
"Ummi baru nak masak ke?" Tanya Farhana."Baru lepas masak nak." Balas ummi.
"Ummi, yang duduk dekat ruang tamu tadi adik cikgu ke?" Tanya Anis pula.
"Iya adik Rizqi." Balas ummi.
"Muka iras, ingat cikgu tadi." Kata Anis.
"Cikgu mana ummi?" Tanya Farhana.
"Dia pergi kedai sekejap. Balik lah tu sekejap lagi nanti." Balas ummi sejurus dia duduk di kerusi di meja makan.
*****************
"Ummi, kami nak duduk dekat luar sekejap tau." Kata Anis.
"Pergilah. Ummi tahu kamu berdua suka pondok tu." Balas ummi.
Farhana dan Anis terus menuju ke pondok tersebut. Duduk dan menikmati angin sepoi bahasa disitu. Tidak lama kemudian, Rizqi pulang.
"Cikgu!" Sapa Anis.
"Eh, awak datang?" Balas Rizqi.
"Hehehe....cikgu dari mana?" Tanya Anis.
"Kedai. Beli barang sikit." Balas Rizqi lalu terus masuk ke dalam rumah. Tepat pada waktu itu juga Razif keluar dari rumah.
Sebatang rokok dikeluarkan dari kotak yang dikeluarkan Razif dari poket seluarnya. Dia kelihatan mahu duduk di pondok yang diduduki Farhana dan Anis lalu dia terus duduk di motorsikalnya supaya tidak menggamggu mereka berdua.
"Actually, handsome juga kan adik cikgu tu." Kata Anisn perlahan.
"Eh kau. Semua lelaki kau jumpa kau cakap hamdsome." Balas Farhana.
"Kau tunggu sini sekejap." Kata Anis lalu beredar meninggalkan Farhana di pondok itu menuju ke arah Razif.
****************
"Ada apa?" Tanya Razif. Belum sempat Anis bertanya kepadanya.
"Aku Anis. Kau?" Tanya Anis. Soalan diajawab dengan soalan.
"Aku Razif." Balas Razif sebaik dia menghembuskan asap rokok tersebut.
"Aku bukan apa, since umur kita...."
"Adik...."
YOU ARE READING
𝙨𝙩𝙧𝙖𝙣𝙜𝙚𝙧 𝙖𝙜𝙖𝙞𝙣
RomanceRizqi seorang lelaki berumur 23 tahun yang hidup berserdahana merupakan seorang guru praktikal di sekolah berasrama penuh dan sudah bertunang. Kehadirannya sebagai cikgu praktikal di Sekolah Neo Science menarik perhatian ramai pelajar perempuan di s...