"Eh, astaghfirullah. Ya...sorry....tak pasal-pasal kena baju sudah." Kata Rizqi sebaik dia mengambil tisu lalu menghulurkan kepada Farhan.
"Takpe-takpe. Salah saya juga tiba-tiba berdiri belakang awak." Balas Farhan.
Sempat Rizqi menjeling ke arah tag nama Farhan. Farhan pula melangkah menuju kearah Farhana.
"Nah, ambil coklat ni. Balik nanti jangan lupa kirim salam dengan family semua." Kata Farhan.
Tiba-tiba bapa Farhana berdehem sedikit. Terdengar percakapan Farhan bersama anaknya itu. Farhana mengetap bibir. Farhan mula memandang Farhana lalu memandang ke arah En.Hamri dan memandang ke arah Farhana semula.
"Cikgu, kalau ye pun jangan tiba sangat. Tapi yang tengah berdiri kat sana tu abah saya." Kata Farhana dengan rasa sedikit serba salah.
"Lah, ayah awak ke? Ha takape-takpe. Ambil je coklat ni." Balas Farhan lalu terus keluar dari kelas tersebut.
"Pft- malu lah tu." Kata Anis kepada Farhana.
Farhana hanya tahan gelak lalu menyinggul Anis. Ada saja dia ni mahu jadikan orang sebagai bahan lawak.
"Korang semua balik pukul berapa ni?" Tanya Rizqi.
"2:30." Balas murid-muridnya.
"Oh, lagi satu jam setengah je." Kata Rizqi yang sedap menyuap mee ke dalam mulutnya.
"Tak sabar nak balik ke?" Tambah Rizqi.
"Ofcouse." Balas Anis.
"Awak memang ye Anis. Tak sabar betul." Kata Rizqi.
*******************
Semua pelajar kelihatan sudah mula beransur pulang bermula daripada tingkatan satu sejak pagi tadi. Farhana pula berjalan menuju ke asrama untuk mengangkut barangnya diikuti bapanya daripada belakang.
"Abah tunggu sini sekejap. Hana pergi ambil barang dulu." Kata Farhana.
"Okay, ambillah dulu. Cepat." Balas bapanya.
"Tiba-tiba bapanya mendapat satu panggilan telefon penting. Dia segera mengangkat panggilan tersebut.
"Mana Farhana?" Tanya Rizqi kepada En.Hamri
En.Hamri hanya menunjukkan isyarat dia ada di asrama sedang mengambil barang. Rizqi hanya mengangguk tanda faham. Tiba-tiba Farhana datang dengan barang penuh ditangannya. Rizqi sempat pergi menolong Farhana mengangkat barangnya.
"Hana, Abah tak boleh nak hantar kamu balik Selangor lah. Tiba-tiba abah dapat call urgent ada meeting." Jelas En.Hamri.
"Habistu?" Tanya Farhana.
"Rizqi boleh tolong hantar Farhana balik rumah? Uncle ada meeting pula tiba-tiba ni." Kata En.Hamri.
"Boleh je. Hana nak balik Selangor kan?" Balas Rizqi.
"Ha dia balik Selangor. Hana balik dengan cikgu lah tau abah pergi dulu." Kata bapanya lalu terus masuk ke dalam kereta dan beredar pergi.
"Jom. Cikgu hantar balik." Kata Rizqi kepada Farhana lalu terus meletakkan barang Farhana di bonet keretanya.
Setelah siap, Farhana terus memeluk Anis dengan erat. Enjin kereta Rizqi sudah dihidupkan.
"Bye Aniskuu...entah bila dapat jumpa kau." Kata Farhana.
"Eee..lebih lah kau macam masa ambil result tak boleh jumpa lagi. Nanti aku datanglah Selangor lagi." Balas Anis.
"Serius?" Tanya Farhana.
"Insya Allah. Kau naik dengan cikgu eh. Untunglah. Nanti dating lah dalam kereta." Kata Anis mengusik Farhana.
"Otak kau. Sudahlah. Bye." Balas Farhana.
"Bye...." Jawab Anis sambil melambai tangannya.
********************
"Jumpa ummi nak?" Tanya Rizqi. Tak sabar betul mamat ni.
"Aduh, saya bukan taknak cikgu...balik dululah...esok ke..." Balas Farhana.
"Em okay. Nanti cikgu cakap dengan ummi." Kata Rizqi.
"Eh, tapi takkan terus nak cakap. Buatlah suprise..." Balasnya
"Hm, betul juga. Ok." Kata Rizqi
Setelah beberapa jam memandu, akhirnya Farhana tiba dirumahnya dengan selamat. Nek Som sudah terpacak di hadapan rumah untuk menyambut kepulangan Farhana.
Barangnya diangkut ke dalam rumah dibantu oleh Nek Som dan Rizqi. Setelah selesai Farhana berterima kasih dan Rizqi pulang menuju ke KL.
"Esok ya. Jangan lupa." Kata Rizqi.
"Iya saya ingat cikgu. Bye." Balasnya.
YOU ARE READING
𝙨𝙩𝙧𝙖𝙣𝙜𝙚𝙧 𝙖𝙜𝙖𝙞𝙣
RomanceRizqi seorang lelaki berumur 23 tahun yang hidup berserdahana merupakan seorang guru praktikal di sekolah berasrama penuh dan sudah bertunang. Kehadirannya sebagai cikgu praktikal di Sekolah Neo Science menarik perhatian ramai pelajar perempuan di s...