Alarm daripada telefon Farhana berbunyi tepat pada pukul 7:30 pagi. Farhana mematikan alarm tersebut lalu terus bangun menyiapkan dirinya. Harini ini merupakan hari pertama dia bekerja di McDonald. Setelah menyiapkan diri, Farhana terus mengambil kunci kereta lalu beredar keluar dari rumahnya tanpa bersarapan dahulu.
"Farhana, tak nak breakfast dulu?" Soal En. Hamri sejurus melihat anak perempuannya itu sudah siap untuk pergi kerja.
"Tak apalah abah, Hana dah janji dengan Rizqi nak breakfast sama- sama dekat kedai." Balas Farhana
"Oh. Hana, abah nak tanya kereta siapa tu kamu bawa balik?" Soal En. Hamri lagi.
"Rizqi bagi pinjam sambil tunggu surat dari Cambridge. Oklah abah Hana gerak dulu takut lambat." Balas Farhana lalu terus menuju ke kereta dan menghidupkan enjin keretanya.
Setibanya dia McDonald, setengah jam sebelum masuknya waktu kerja Farhana, Rizqi sudah menunggu Farhana di luar McDonald sambil memegang dua bungkus makanan.
"Awak dah lama sampai ke?" Soal Farhana.
"Baru je. Ni saya ade beli mihun masa on the way ke sini. Jom kita makan sama-sama." Kata Rizqi lalu duduk di sebuah meja yang terletak di luar McDoanald diikuti Farhana.
"Kenapa awak tiba- tiba ajak saya breakfast sama-sama dengan awak?" Soal Farhana sambil membuka bungkusan makanan yang baru dibeli oleh Rizqi.
"Saje, alang-alang nak jumpa orang. Terus ke sana je nanti sebab satu jalan." Balas Rizqi lalu menyuap mihun tersebut ke dalam mulutnya.
"Awak nak jumpa siapa?" Soal Farhana lagi.
"Girlfriend baru saya." Usik Rizqi.
"Ohh.." Balas Farhana ringkas.
"Patutlah pakai kemas semacam."
Rizqi memakai kemeja kelabu berlengan panjang yang dilipat lengannya hingga ke paras siku dan dipadankan denhan seluar slack berwarna hitam serta berkasut kulit. Rambutnya disikat rapi. Perfume yang dipakai oleh Rizqi juga kuat baunya hingga menusuk ke hidung Farhana.
"Awak percaya ke?" Kata Rizqi sambil memberikan senyuman nipis kepada Farhana.
"Kenapa tak nak percaya pula? Balas Farhana kebingungan.
"Hahahaha..... comellah awak ni. Saya mana ada girlfriend. Bidadari yang depan saya ni lah girlfriend saya." Kata Rizqi lalu tertawa kecil.
Farhana terdiam. Air botol yang dibawanya diminum untuk menolak makanan yang berada di tekaknya yang membuatkanya hampir tercekik. Rizqi memerhati telatah Farhana yang mencuit hatinya.
"Errr... hm yelah. Sudahlah awak, saya dah kena masuk kerja." Kata Farhana lalu bangun dari kerusi yang didudukinya.
"Okay. Selamat bekerja. Dah habis kerja bagitahu tau. Kita dinner sama-sama dekat sini." Balas Rizqi sambil mengiringi Farhana ke pintu masuk McDonald.
"Hm, okay." Balas Farhana ringkas lalu terus masuk ke dalam McDonald.
****************
Tepat pada pukul 11 malam, Rizqi sudah terpacak di hadapan pintu McDonald menunggu Farhana habis waktu bekerjanya. Farhana sedar akan kehadiran Rizqi lalu dia segera menyelesaikan kerjanya.
Jam 11 malam di McDonald itu suasanya agak sunyi kerana staf-staf lain mula pulang ke rumah masing- masing. McDonald itu masih lagi diterangi dengan lampu-lampu yang berada di pakir kereta.
Rizqi dan Farhana duduk makan di dalam kereta Rizqi yang dipinjamkan kepada Farhana sambil lampu di dalam kereta di buka supaya tidak risau takut-takut ada staf yang salah sangka.
"Awak bagi saya pinjam kereta Honda Civic awak ni, awak pakai kereta apa?" Farhana mula bicara.
"Saya beli kereta baru...."
"Sebab semata-mata untuk tolong saya ke?" Sampuk Farhana.
"Eh... tak... saya memang nak beli kereta baru... kereta baru saya tu nanti saya bagi Razif sebab dia nak sambung belajar juga nanti, kereta ni saya still pakai macam biasa." Jelas Rizqi.
"Ohh... buat susah awak je. Tapi tak sangka juga kan?"
"Apa dia tu?" Soal Rizqi bingung.
"Daripada saya kenal awak as cikgu praktikal kat sekolah saya, awak jadi pula mentor saya untuk SPM. Now saya tak expect yang kita boleh jadi rapat macam ni." Jelas Farhana lalu dia tersenyum nipis.
"Hahaha... tak expect bukan?" Diam tak diam dah nak setahun kita berkawan. Mana tahu in the future kita dari kawan jadi kahwin kan?" Balas Rizqi mengusik Farhana lalu menyedut minuman yang dibelinya.
"Erm Rizqi, saya ada benda nak bagitahu ni."
'DUPDAP DUPDAP' detak jantung Rizqi
YOU ARE READING
𝙨𝙩𝙧𝙖𝙣𝙜𝙚𝙧 𝙖𝙜𝙖𝙞𝙣
RomanceRizqi seorang lelaki berumur 23 tahun yang hidup berserdahana merupakan seorang guru praktikal di sekolah berasrama penuh dan sudah bertunang. Kehadirannya sebagai cikgu praktikal di Sekolah Neo Science menarik perhatian ramai pelajar perempuan di s...