- bab 21 : AKU SUKA DIA❞

30 3 26
                                    

"Terima kasih ye tolong mak cikgu tadi. Nasib korang ada." Kata Rizqi berterima kasih.

"Sama-sama cikgu bukan benda besar pun. Setakat tolong ummi. Eh, maksud saya makcik ni benda kecil je." Balas Anis.

"Eh kamu tunggu sekejap ya, nanti cikgu hantar kamu semua balik sekejap lagi." Kata Rizqi kepada Anis dan Farhana sambil melangkah keluar dari bilik ummi menuju ke dapur.

"Mak cik, kerja kat depan..."

"Panggil ummi je nak." Tiba-tiba ummi mencelah. Lembut suaranya berkata kepada Farhana.

"U..um..ummi? Kenapa tiba-tiba pula ni mak cik?" Tanya Farhana kebingungan.

"Kamu berdua boleh je panggil mak cik ummi mulai sekarang. Apa salahnya, makcik ni bukan ada anak perempuan. Jumpa kamu berdua ni pun tolong makcik harini buat makcik bahagia." Kata ummi kepada Farhana dan Anis.

"Oh...kami tak kisah pun nak panggil ummi, lagipun mak Farhana ni lama dah meninggal." Balas Anis terlepas kata.

"Meninggal? Sakit apa?" Tanya ummi kepada Farhana sedikit terkejut.

"Asma." Balas Farhana ringkas.

"Dah lama ke?" Tanya ummi lagi.

"Lama dah, dah tujuh tahun dia pergi." Balas Farhana.

Ummi duduk di katil dan menarik tangan Farhana menyuruh duduk di sebelahnya lalu ummi terus memeluk Farhana. Kasihan sejak kecil Farhana kurang dapat kasih sayang dari seorang ibu.

"Tak de apelah ummi. Benda dah lepas. Allah lagi sayangkan ibu saya nak buat macam mana kan." Kata Farhana dengan redha.

"Kalau kamu senang, bila-bila ada masa datang jelah sini sekali sekala. Ummi lagi suka kalau kamu ada." Balas ummi.

"Ummi, saya sambung kemas kat depan ya, yang tak sempat siap tu." Anis mencelah.

"Ha iyalah." Balas ummi.

***************

ASSALAMMUALAIKUM.

Suara seorang lelaki kedengaran memberi salam dihadapan rumah Rizqi. Farhana segera menyahut lelaki tersebut.

"Waalaikumussa....lam." Balas Farhana sedikit terkejut terlihat Irfan yang datang.

"Hana? Kau buat apa kat sini?" Tanya Irfan.

"Yow! Lambat kau datang orang dah siap rewang baru nak datang. Ha naiklah tolong aku kat dapur jap." Rizqi tiba-tiba menyampuk tidak sempat untuk Farhana balas.

"Sorry bro, aku lambat bukan apa, aku keluar tadi lupa rumah kau buat rewang harini." Balas Irfan sambil melangkah masuk ke rumah Rizqi.

***************

"Weyh, apa Hana dengan kawan dia buat dekat rumah kau?" Tanya Irfan ingin tahu.

"Tolonh rewanglah. Kakak kau tuh dah balik awal dulu dah dari makcik-makcik rewang. Bukan tolong sangat pun dia tu. Datang buat tunjuk muka je. Entah benda apa yang urgent sangat sampai tak boleh nak tinggalkan." Rizqi merungut.

"Lah pulak. Entahlah kadang pun aku pun tak faham apa yang busy sangat dia tu. Malas aku layan dia lantak dia lah hal dia." Balas Irfan.

"Eh aku nak tanya ni, Farhana tu ada boyfriend ke?" Tanya Rizqi secara tiba-tiba.

"Lah. Kau tiba tanya ni kenapa? Kau jangan macam-macam. Takde apahal?" Balas Irfan sedikit cemburu.

"Aku suka dia. Hahaha...kau jangan bagitahu dia pula." Kata Rizqi dengan selamba.

"Eh kau Iqy....jangan macam-macam. Kakak aku tunang kau kot. Kau tunang kakak aku kot apahal tiba kau nak suka Farhana pula." Balas Irfan tak puas hati.

"Kau gelabah kenapa? Aku cakap aku suka dia je tak cakap pun aku nak putus tunang dengan kakak kau. Lagipun kan kiteorang baru tunang bila-bila putus pun boleh jadi. Ha kenapa? Tak puas hati? Takut aku sakit kan hati kakak kau?" Jawab Rizqi.

"Tak de lah do aku bukan apa. Aku risau jek. Kau ingat aku tak nak ke kau jadi abang ipar aku." Kata Irfan.

"Lagipun apa salahnya kan kalau jodoh aku dengan Farhana. Cantik, baik, pandai tolong ummi." Kata Rizqi sambil tersengih sendiri.

"Eh,eh, berangan pula...eh dahlah aku nak balik ni mak aku ada bagi makanan mak aku masak lebih. Aku dah letak atas meja. Ok aku gerak dulu jumpa esok." Balas Irfan sambil beredar pergi keluar dari rumah.

𝙨𝙩𝙧𝙖𝙣𝙜𝙚𝙧 𝙖𝙜𝙖𝙞𝙣Where stories live. Discover now