"Baik semua, itu saja untuk hari ini. Kalau ada soalan boleh datang jumpa saya. Jangan lupa ya lepas prep cuti ni kita ada kelas tambahan." Kata Rizqi kepada murid kelas 5 UKM.
Dia beredar pergi dari kelas tersebut. Setiba di bilik guru, dia melihat skrin telefonnya tiada satu pun notifikasi yang masuk. Biasanya tunang Rizqi akan menghantar mesej kepadanya. Rizqi hanya bersangka baik mungkin memang betul dia tunangnya pergi membuat janji temu pekerjaan.
**************
"Hana, harini kau balik ke? Tak stay asrama?" Tanya Anis.
"Ye aku balik rumah, tapi tengoklah malam mungkin aku balik sini balik." Balas Farhana.
"Hm,ok. Jawab Anis kecewa.
Setelah waktu persekolahan tamat, Anis dan Farhana menuju ke haluan yang berbeza. Kereta bapa Farhana sudah siap tertunggu di hadapan pagar sekolah.
"Kita pergi makan dulu nak?" Tanya bapa Farhana.
"Okay." Balas Farhana ringkas.
Bapanya memandu kereta menuju ke restoran yang berdekatan. Belakang kereta Farhana diikuti oleh kereta Rizqi namun mereka telah terpisah apabila Rizqi berhenti di stesen pam minyak.
"Abah dengar baru-baru ni kamu dapat cikgu baru?" Tanya bapanya.
"Haah. Cikgu matematik." Balas Farhana
"Oh, muda ke cikgunya?" Bapanya bertanya lagi.
"Muda abah. 20 tahun. Semua murid perempuan suka dia. Tapi dia dah ada tunang dah." Balas Farhana.
"Semua murid perempuan tu termasuk hana ke? Hana pun suka cikgu tu juga?" Bapanya mengusik.
"Mana ada...abah ni...suka tau." Jawab hana sambil tertawa kecil.
Sambil menunggu makanan di restoran, Farhana memerhati sekelilingnya. Tiba-tiba dia ternampak tunang Rizqi bersama seorang lelaki. Farhana mengerutkan dahinya tanda pelik.
Pada waktu yang sama, Rizqi datang ke restoran yang sama tetapi langkahnya terhenti apabila dia melihat tunangnya bersama seorang lelaki lain. Dia memerhatikan perbuatan mereka berdua. Tetapi Rizqi masih ragu-ragu. Betulkah? Tunangnya ini janji temu untuk bekerja?Rizqi terus beredar dari restoran tersebut dan hanya bersangka baik dengan tunangnya.
**************
Rizqi membuat panggilan telefon kepada tunangnya tetapi tidak diangkat. Banyak kali Rizqi membuat panggilan tetapi masih tidak diangkat oleh tunangnya. Rizqi berputus asa lalu terus masuk ke dalam biliknya dan tidur.
"Orang tak call marah. Dah call tak angkat pula. Hm, tu la perempuan complicated." Keluh Rizqi.
Keesokkan harinya sebelum ke sekolah sempat dia memeriksa jika tunangnya ada menghantar mesej kepadanya. Ting! Satu notifikasi masuk di telefon Rizqi.
Sorry awak, tak angkat call semalam saya busy betul semalam. - sayang <3
Hm, tak apalah.
Merajuk ke? - sayang <3
Sikit lah...
Mengada la awak. - sayang <3
Hehe...ok la awak, saya nak pergi kerja dulu, take care ok?
Yelah you🌹- sayang <3
Luv you. Bye!
Love you too...- sayang <3
****************
"Baik semua, esok saya buat exam untuk math sahaja. Jadi malam ni awak semua boleh dah buat revision ya. Saya nak tahu juga apa saya ajar ni awak semua faham ke tidak." Jelas Rizqi kepada anak muridnya.
"Cikgu buat exam time waktu prep tu nanti ke?" Tanya salah seorang murid disitu.
"Ya betul. Alah, tak susahlah soalan semua saya letak yang saya dah ajar." Rizqi mengusik pelajarnya.
"Yelah tu cikgu entah-entah soalan susah. Cikgu jangan main-main." Balas murid yang sama.
"Mungkin. Susah sikit jelah." Jawab Rizqi tersenyum sinis.
"NUR FARHANA!"
Nama Farhana disebut kuat dan lantang oleh Rizqi. Satu kelas sedikit terkejut dengan suara Rizqi yang memanggil Farhana dengan kuat. Farhana memandang muka Rizqi penuh dengan kekeliruan seperti macam ada salah besar Farhana pernah buat sehingga membuatkan dia memanggil Farhana sebegitu.
"Saya nak awak skor dalam exam esok. Soalan special dalam kertas exam awak nanti." Kata Rizqi yang berdiri di hadapan kelas sambil memandang tepat kearah Farhana.
Jantung Farhana tiba-tiba berdegup kencang. Farhana tidak mampu membalas kepada Rizqi. Hanya senyuman kecil mampu Farhana berikan.
"Ha, kan manis tu awak senyum. Susah betul nak nampak awak senyum dekat saya." Rizqi mengusik Farhana.
Tiba-tiba Farhana menutup separuh mukanya dengan tangannya lalu mengesat hidungnya. Terlihat kesan darah melekat di telapak tangannya. Rizqi kelihatan panik.
YOU ARE READING
𝙨𝙩𝙧𝙖𝙣𝙜𝙚𝙧 𝙖𝙜𝙖𝙞𝙣
RomanceRizqi seorang lelaki berumur 23 tahun yang hidup berserdahana merupakan seorang guru praktikal di sekolah berasrama penuh dan sudah bertunang. Kehadirannya sebagai cikgu praktikal di Sekolah Neo Science menarik perhatian ramai pelajar perempuan di s...