- bab 25 : PENGUMUMAN ❞

24 2 15
                                    

Setelah banyak kejadian terlah berlaku sepanjang cuti waktu pun berlalu dengan pantas. Beberapa bulan sudah berlalu sekejap saja trial SPM bermula.

Semakin dekat dengan SPM, perkhidmatan Rizqi sebagai guru praktikal juga hampir tamat. Hanya berbaki sebulan dia mengajar sebagai seorang guru dia menggunakan masa yang ada dengan sebaiknya meluangkan masa bersama anak muridnya.

Rasa sekejap saja Rizqi rasa perkhidmatannya disini sebagai seorang guru praktikal. Rizqi termenung jauh sambil menjaga dewan peperiksaan mengenangkan nasib apa yang akan terjadi jika dia tamat menjadi sebagai seorang guru praktikal.

****************

Setelah beberapa minggu berlalu trial SPM pun tamat. Semua berdebar menunggu keputusan masing-masing pada keesokkan harinya.

"Ya Allah Hana....aku rasa macam sekejap betul dah nak SPM. Dah trial, beberapa minggu nanti dah nak SPM pula." Kata Anis.

"Itulah. Aku pun rasa sekejap." Balas Farhana.

"Assalammualaikum semua. Keluarkan modul, yang saya bagi kita semak sama-sama." Kata Rizqi sebaik dia masuk ke dalam kelas secara tiba-tiba.

Setelah selesai berbincang tentang jawapan soalan Rizqi membuat sedikit selingan sebelum dia keluar dari kelas 5 UKM.

"Baik semua, saya ada benda nak bagitahu. Saya, akan tamat mengajar di sini sebelum kamu SPM jadi, saya just nak ucapkan goodluck, buat yang terbaik. Saya yakin math dengan addmath awak semua boleh buat dengan formula saya ajar insya Allah." Kata Rizqi.

"Ala...cikgu tak boleh stay lama sikit ke cikgu sampai habis SPM...." Kata Anis.

"Tak syok la gini cikgu. Takkan tak boleh stay."

"Siapa nak ajar kiteorang math nanti."

"Cikgu tak boleh terus ke jadi cikgu dekat sini."

Satu kelas mula kecoh dan tidak puas hati bahawa Rizqi akan tamat mengajar dalam beberapa hari lagi. Semua mula mengeluh dan merungut.

"Takpelah, saya dah ada time trial SPM pun dah cukup kan? At least saya boleh tengok result trial kamu. If elok, saya yakin awak semua boleh jawab masa SPM nanti. Kiranya saya berjaya lah didik awak semua if semua result gempak kan? Tenang hati saya nak tinggalkan awak semua." Kata Rizqi kepada muridnya.

Semua hanya diam membisu.

***************

Rizqi menghela nafas berat. Dia pasti akan merindui mengajar anak murid-muridnya selama empat bulan bersama. Selepas ini dia akan memulakan kerjayanya yang baru.

"Oi Hana, kau tak nak cakap apa-apa dengan cikgu sebelum dia pindah?" Tanya Anis.

"Nak cakap apa? Biar jelah." Balas Farhana.

"Pergilah cakap something like terima kasih or goodluck dekat dia mula start kerjaya baru. Ape-ape jela." Cadang Anis.

"Biar jelah bukan apa pun." Balas Farhana.

"Cakaplah apa-apa dengan cikgu tu, nanti lama tak jumpa rindu, kau ni dia kan mentor kau." Kata Anis.

"Hm tengoklah." Balas Farhana lalu menyelimuti dirinya lalu tidur.

Keesokkan harinya, hari mereka berjalan seperti biasa. Begitu juga dengan Rizqi. Sejak-sejak ini Farhana kurang bercakap dengan Rizqi apatah lagi memandangnya walaupun di program mentor menti.

"Farhana." Panggil Rizqi.

"Iya?" Balasnya.

"Ummi kirim salam. Ehehehe..." Kata Rizqi.

"Waalaikumussalam." Balasnya ringkas.

"Farhana, awak marah saya ke? Sebab pasal adik saya?" Tanya Rizqi.

"Tak." Balasnya.

"Habistu? Kenapa tak nak cakap dengan saya? Pandang saya pun tak nak. Dalam kelas pun dah tak aktif bagi jawapan. What's wrong?" Tanya Rizqi.

Tiba-tiba air matanya mengalir tapi Farhana segera mengesatnya.

"Lah, kenapa ni...janganlah menangis.... awak masih teringat ya hal yang lepas tu. Saya minta maaf ok? Saya kan ada. Saya tahu awak masih trauma. Take time ok jangan sampai dia jejaskan SPM ok?" Kata Rizqi dengan lembut sambil cuba melihat muka Farhana tetapi ditutupi olehnya sambil menunggu kedatangan Irfan.

Farhana mengangguk tanda faham.




𝙨𝙩𝙧𝙖𝙣𝙜𝙚𝙧 𝙖𝙜𝙖𝙞𝙣Where stories live. Discover now