Kepala Farhana masih terngiang-ngiang soalan yang ditanya kan oleh Irfan beberapa hari yang lepas. Seumur hidupnya langsung tidak pernah dia menjalinkan hubungan sebagai pasangan dengan mana-mana lelaki di sekolahnya ataupun diluar.
Farhana sungguh berbeza dengan remaja-remaja yang lain yang asyik memikirkan soal cinta. Walaupun ramai sahaja lelaki di sekolahnya mahu menjadi teman lelakinya. Bahu Farhana tiba-tiba dipegang Anis.
"Ha, kau termenung apa?" Tanya Anis sambil menarik bahu Farhana.
"Ha? Aish takde apelah..." Balasnya.
"Janganlah macam ni....cuba cerita." Pujuk Anis lalu terus menarik tangan Farhana dan bawanya duduk di katil Anis.
"Tak, aku bukan apa...tapi Irfan tu budak kelas sebelah, haritu tiba-tiba tanya aku aku ni ada boyfriend ke tak." Kata Farhana dengan perlahan cuba mengelak daripada dormatenya yang lain daripada terdengar perbualan mereka.
"Ha? Hang mana pernah bercouple bercinta semua ni. Mana datang boyfriend pula." Jawab Anis kebingungan.
"Ya, sebab itulah dia tanya Anisku....tak masalahnya sekarang ni muka aku ada nampak ada boyfriend ke sia..." Farhana mengeluh.
"Kau kan cantik pastu pandai siapa je yang tak fikir kau ni ada boyfriend." Balas Anis ringkas.
"Tapi aku rasa dia tanya mesti ada sebab." Sambungnya.
"Sudahlah, malas aku fikir." Farhana mengeluh lalu berjalan mengambil tualanya.
*************
Seperti biasa. Sewaktu prep petang semestinya Farhana akan menyiapkan kerja sekolahnya yang berlambak mengalahkan kerja office. Maklumlah duduk sekolah berasrama penuh mana tak nya kerja sekolah tak banyak.
Anis pula sibuk berbual dan berkeliaran dari kelas sebelah ke sebelah. Bukannya mahu dia siapkan kerja sekolahnya. Dalam dorm nanti barulah sibuk dia suruh Farhana mengajarnya.
Dalam perjalanan Anis mahu pulang ke kelasnya dia terlihat Irfan menjengah-jengah di dalam kelasnya itu. Anis menarik sedikit baju Irfan.
"Ha, terjengah-jengah cari siapa?" Tanya Anis.
"Eh, Anis...Hana ada?" Balasnya perlahan sebaik dia menoleh kearah Anis.
"Ada. Kejap aku panggil dia." Jawab Anis lalu terus masuk ke dalam kelas memanggil Farhana.
"Hana, ada orang nak jumpa kau kat luar." Katanya sambil menuju kearah Farhana.
Farhana terus bangun dari tempat duduknya lalu keluar dari kelas dan sudah terlihat Irfan menunggunya.
"Ha, kenapa?" Farhana bertanya.
"Sorryla kalau aku kacau kau. Aku just nak tanya kau pasal soalan math ni je kejap lagi aku nak kena jumpa cikgu Rizqi." Jelas Irfan.
Anis yang dari dalam kelas hanya memerhatikan mereka berdua. Dia pula yang tersengeh melihat Farhana dengan Irfan. Bukan senang nak tengok Si Farhana ni bercakap dengan lelaki.
*************
"Ha, siap dah kerja saya bagi?" Tanya Rizqi.
"Dah cikgu." Balas Irfan.
"Siapa ajar? Farhana?" Tanya Rizqi lagi sambil menyemak kertas Irfan.
"Haah." Jawab Irfan.
"Bagus. Awak bole balik kelas. Jangan lupa bagitahu Farhana saya kirim salam." Usik Rizqi.
"Lah, tiba betul dia ni." Kata Irfan di dalam hatinya.
"Ha baiklah cikgu, saya bagitahu nanti." Balas Irfan.
****************
Setelah beberapa minggu program mentor menti dijalankan, Farhana dan Irfan kelihatan mesra dan rapat. Farhana mula selesa dan mempercayai Irfan. Entah mengapa hati Farhana berasa lain setelah mula rapat dengan Irfan.
"Hana, ni pula macam mana?" Irfan bertanya kepada Farhana yang fokus menulis.
"Ini kan aku dah ajar. Cuba baca betul-betul soalan tu." Balas Farhana.
Irfan membaca semula soalan itu semula seperti yang di suruh Farhana. Mata Anis pula tidak henti memandang Irfan dan Farhana.
Irfan membaca semula soalan itu semula seperti yang di suruh Farhana. Mata Anis pula tidak henti memandang Irfan dan Farhana.
"Oh, ya baru aku ingat apa formulanya. Hehe...." Kata Irfan.
"Amboi...bukan main eh kau nak mengada dengan Farhana. Aku tampa kang." Anis menyampuk.
"Lah, ape pulak mengadanya....aku tanya je kan." Balas Irfan.
"Kau pun Hana eh eh....bukan main lemah lembut ajar si dia ni. Aku siap kau marah-marah lagi." Anis merungut kepada Farhana.
"Dah kau aku ajar banyak kali pun pun tak faham-faham. Mana tak frust aku." Balas Farhana sambil menghela nafas ringan.
"Eh dia ni tanya kau banyak kali hampir hari-hari tak marah pula." Anis memprotes.
"Tu namanya aku special. Hehehe... jealous ke?" Irfan menyampuk.
Farhana hanya tertawa kecil. Benda kecil begini pun mahu dijadikan isu. Mereka bertiga saling berpandangan antara satu sama lain lalu ketawa.
Waktu persekolahan tamat dan Farhana berjalan menuju ke pagar sekolah. Tiba saja harini anginnya mahu pulang ke rumah. Tiba-tiba suara Irfan kedengaran jelas memanggil nama Farhana.
"Farhana." Panggil Irfan.
Farhana berhenti melangkah lalu menoleh kebelakang. Irfan berlari anak mengejar Farhana.
"Ha kenapa?" Tanya Farhana.
"Aku ada benda nak bagitahu kau." Balas Irfan. Reaksi mukanya mula serius.
YOU ARE READING
𝙨𝙩𝙧𝙖𝙣𝙜𝙚𝙧 𝙖𝙜𝙖𝙞𝙣
RomanceRizqi seorang lelaki berumur 23 tahun yang hidup berserdahana merupakan seorang guru praktikal di sekolah berasrama penuh dan sudah bertunang. Kehadirannya sebagai cikgu praktikal di Sekolah Neo Science menarik perhatian ramai pelajar perempuan di s...