- bab 68 : RAZIF TAHU ❞

15 1 2
                                    

"So ummi nak bagitahu kita sebenarnya dari keluarga yang senang?" Soal Rizqi.

Ummi hanya mengangguk kepalanya. Rizqi mengambil kad yang berada di dalam kotak tersebut lalu melihat apa yang tertulis di kad tersebut. Secara tiba-tiba Razif menyampuk.

"Aku dah lama tahu." Sampuk Razif sebaik dia masuk ke dalam bilik ummi.

"Maksud kau?" Soal Rizqi.

"Abah memang dari keluarga senang. And aku ingat lagi dulu dia pernah cakap, kalau kau dah baca wasiat yang dia bagi tu dia suruh aku dengan kau pergi dekat alamat yang dia bagi tu sama-sama." Jelas Razif lalu selamba menghembus asap rokok.

"Abah selama ni tipu kita je yang dia kerja sebagai kuli dekat sebuah syarikat. Tapi sebenarnya dia ada syarikat sendiri. Kalau tak mana dia dapat kereta mewah sekali sekala dia dapat bawa balik? Ada ke boss yang senang-senang nak bagi kuli dia bawa kereta mewah?" Tambah Razif.

"Betul ke ummi?" Soal Rizqi kepada ummi sambil memandang mukanya.

"Betul, adik kamu kan rapat dengan abah. Mestilah ada sikit rahsia abah bagitahu dia." Balas ummi.

"Oh, kalau macam tu esok aku nak kita pergi dekat alamat ni." Ujar Rizqi kepada adiknya.

"Ha ok." Balas Razif ringkas lalu beredar pergi.

************

Keesokkan harinya, Rizqi dan Razif menuju ke alamat syarikat yang dibacanya semalam.

"Aku rasa ni syarikatnya." Ujar Rizqi.

"Dah tu? Jom lah." Balas Razif.

Sebaik dia melangkah masuk ke dalam syarikat tersebut, Rizqi terus bertanya kepada pengerusi syarikat itu.

"Hai cik, tumpang tanya En. Zaidi boss dekat sini ke?" Soal Rizqi.

"Ya betul."

"Kami datang nak jumpa dia, dia ada tak?" Soal Riziq lagi.

"Maaf encik, sekarang dia tengah rehat dekat luar, tak confirm bila dia nak balik office semula." Jelas pengerusi tersebut.

"Oh, tak apalah macam tu terima ka..."

"Ada apa ni Balqis?" Soal En. Zaidi.

Tiba-tiba suara lelaki berumur 50-an menyampuk perbualan mereka.

"Oh ya tuan ni mereka berdua nak jumpa dengan tuan." Jelas Balqis lalu Rizqi dan Razif menoleh ke arah En. Zaidi.

"Rizqi? Razif?"

"Mari ikut saya masuk bilik saya. Kita bual dia atas." Ajak En. Zaidi.

***************

"Jadi, kamu berdua datang ni mesti nak tahu cerita kan?" Soal En. Zaidi.

Mereka berdua hanya membisu.

"Sebenarnya, dulu ayah kamu dan pakcik rakan kongsi. Dia banyak bercerita pasal kamu berdua dekat pakcik walaupun tak pernah jumpa, dia amanahkan pakcik supaya satu hari nanti dia suruh bagitahu segalanya dekat kamu berdua."

"Abah kamu baik orangnya, rendah diri, tak riak dengan apa yang dia ada. Dulu mak kamu berdua tu cleaner dekat sini. Hidup dia susah. Dulu dia kerja kadang-kadang suka minta cuti sebab mak dia sakit. Satu hari bila ayah kamu dapat tahu cerita sebenar dia kahwin dengan mak kamu berdua sebab dia nak tolong nenek kamu yang sakit yang tiap minggu kena bawa pergi hospital."

"Ayah kamu berdua sikit pun tak pernah merungut dengan kekurangan mak kamu berdua yang tidak berharta. Hidup dia bahagia sampai kamu berdua ada dia rahsiakan dia orang yang kaya sebab tak nak anak dia jadi riak macam anak arwah abang dia. Dekat sekolah suka pandang orang yang biasa sebelah mata."

"Jadi, sekarang ni arwah ayah kamu berdua suruh kamu berdua sambung belajar kalau boleh. Biar tambah ilmu dan cukup bersedia untuk pegang syarikat ayah kamu berdua."

"Jadi macam mana?" Soal En. Zaidi.

"Boleh. Kami setuju." Balas Rizqi tanpa persetujuan adiknya.

"We aku tak ca-"

𝙨𝙩𝙧𝙖𝙣𝙜𝙚𝙧 𝙖𝙜𝙖𝙞𝙣Where stories live. Discover now