- bab 6 : UMMI SAKIT ❞

37 3 6
                                    

Setelah beberapa jam memandu dari Johor ke Kuala Lumpur akhirnya Rizqi tiba di rumah umminya. Ikut kan hati Rizqi dia mahu saja pergi ke hospital untuk menjenguk ummi. Tapi dia tiba di Kuala Lumpur pun sudah hampir malam.

  Rizqi melangkah masuk ke dalam rumahnya lalu menuju ke biliknya untuk berehat sebentar.  Suasana rumah Rizqi sungguh sunyi. Setelah beberapa minit akhirnya Rizqi terlelap.

  Azan berkumandang. Rizqi tersedar dari tidurnya yang hanya lebih kurang dalam 10 minit. Dia segera pergi mandi dan menyiapkan dirinya untuk ke masjid yang tidak jauh dari rumahnya.

  Setelah selesai bersembahyang maghrib dan Isyak di masjid, Rizqi melangkah keluar dari masjid dan pulang. Tiba-tiba seorang pakcik merangkap kawan arwah abahnya menegur Rizqi.

"Rizqi." Sapa pakcik itu.

"Ya saya." Balas Rizqi menoleh ke arah pakcik itu.

"Lama ya tak nampak kamu. Dah kerja ya sekarang?" Tanya pakcik itu lagi.

"Ya betul pak cik, tapi jadi cikgu praktikal je." Balas Rizqi.

"Baguslah tu. Kamu dah pergi jenguk ummi kamu dekat hospital?" Tanya pak cik.

"Belum, esok lah kot saya pergi." Balas Rizqi.

"Oh, ha ni pak cik nak tanya. Kamu kan dah lama bertunang dengan anak pak cik, kalau boleh cepat-cepatkan la ye tarikh nak kahwin tu." Kata pak cik.

"Oh, saya bukan apa pak cik saya ni pun baru nak cari-cari kerja. Lagipun saya kan baru je habis universiti." Balas Rizqi dengan agak janggal.

"Ikut kamulah tapi tak elok lambat-lambatkan. Kalau boleh buat secepat yang mungkin." Kata pak cik itu lagi.

"Insya Allah pak cik." Balas Rizqi ringkas.

***********

Keesokkan harinya Rizqi memandu keretanya menuju ke hospital. Dia segera berjumpa umminya di wad lalu memeluk umminya dengan erat.

"Ummi, ummi ok?" Tanya Rizqi bimbang.

"Ummi ok nak, susah kamu je dari Johor balik sini nak." Balas umminya.

"Takde apalah ummi benda kecil je. Adik mana?" Tanyanya lagi.

"Adik kamu dah berapa hari tak balik Iqy, ummi pun dah tak tahulah mana dia pergi mana." Balas umminya nada kecewa.

"Ya Allah budak ni...duduk rumah bukan nak jaga ummi." Kata Rizqi.

"Alah, takpalah...tu nasib masa ummi sesak nafas cik Semah datang." Balas umminya.

"Ha itulah ummi suka sangat biarkan adik tu buat apa sampai ummi pun dia biar." Kata Rizqi dengan nada agak tinggi.

"Iqy....tak apa...mungkin hari ni ummi boleh keluar kita pergi makan ya?" Pujuk umminya.

***********

Ummi Rizqi dapat dikeluarkan daripada hospital pada hari ini. Seperti umminya katakan tadi di hospital, mereka berdua pergi makan di sebuah restoran.

"Ummi, malam tadi Pak Cik Seman tanya Iqy kat masjid bila nak cepatkan tarikh kahwin. Tapi Iqy baru nak buat simpanan. Macam mana?" Tanya Iqy kepada umminya.

"Takpalah, ambil jelah duit simpanan arwah abah buat hantaran kamu." Balas ummi.

"Ish, tak nak la Iqy duit arwah abah untuk ummi jela. Tak apa lah pandai-pandai la Iqy cari duit nanti." Kata Rizqi.

"Iya, ikut kamulah. Kamu bukannya takda simpanan kan." Balas ummi.

"Ada tu memang ada ummi, tapi entahlah." Kata Iqy kebuntuan.

*************

Bunyi motosikal kedengaran dari luar. Rizqi membuka pintu lalu menyilangkan tangannya dan bersendar di pintu rumah.

"Ha, kau pergi mana? Baru sekarang nak balik?" Tanya Rizqi dengan agak marah.

"Sibuk lah kau!" Balas adiknya dengan kasar.

"Eh,kau patutnya ada kat kampung jaga ummi tau, yang kau hilang entah pergi mana ni sampai ummi sakit masuk hospital pun kau tak tahu kan." Rizqi memarahinya kembali.

"Alah, aku bukan pergi mana pun." Balas adiknya sambil melangkah masuk ke rumah.

Sebaik saja adiknya melangkah masuk satu tamparan melekat di muka adik Rizqi. Ummi dari dapur segera datang ke depan untuk melihat apa yang terjadi.

"Iqy...adik....sudah,jangan gaduh." Kata ummi nya sambil berjalan menuju ke depan.

"Kau memang tak guna. Senang hidup. Kerja pun tak, duit tahu minta ummi je kerja kau." Kata Rizqi kepada adiknya dengan kasar.

Adik Rizqi memegang pipi yang ditampar oleh abangnya itu. Ummi segera melihat keadaan anak bongsunya itu lalu adik Rizqi terus beredar dan masuk ke dalam biliknya.

"Iqy...kalau iya pun jangan la sampai lempang adik kamu tu, kesian dia." Kata ummi.

"Ummi, cukup-cukup lah tu manja kan adik. Tu sampai naik lemak jantan tu. Baru 18 tau ummi dah buat perangai." Balas Rizqi dengan nada agak tinggi.

Rizqi beredar pergi lalu masuk ke dalam biliknya. Ummi hanya mampu bersabar. Betul juga cara Rizqi itu adalah untuk mendidik adiknya tapi ummi tidak sanggup anak bongsunya itu tadi ditampar sebegitu.

𝙨𝙩𝙧𝙖𝙣𝙜𝙚𝙧 𝙖𝙜𝙖𝙞𝙣Where stories live. Discover now