Anis yang tadi sedang rancak berbual dengan rakan-rakannya yang lain tiba-tiba diam. Pelajar perempuan yang lain yang turut berbual bersama Anis juga terdiam. Masing-masing rasa ralat guru yang disangkakan masih single itu sudah berpunya.
"Kau jangan main-main Hana." Kata Anis masih tidak percaya.
"Betul, masa aku hantar buku tadi tiba je phone dia berbunyi ada orang call aku jeling la siapa pastu nama contact yang dia save tu future wife siap ada love-love lagi kau nak kata aku tipu." Balas Farhana.
"Lah....takde chance la geng nak ngorat cikgu math kita tu." Kata Anis kepada kawan-kawan perempuannya.
"Takpalah, walaupun cikgu tu dah berpunya... dia hadir sebagai cikgu yang handsome kat sekolah kita buat kali yang pertama ni pun dah cukup." Anis kecewa.
**************
Farhana menuju ke kantin bersama Anis. Dalam perjalanan ke kantin, dari jauh mereka ternampak susuk seorang wanita berdiri di susur gajah seperti menunggu seseorang.
"Siapa tu Hana? Pelawat ke?" Tanya Anis.
"Entah. Tapi tengok gaya macam bukan orang dari PPD or mana-mana VIP." Balas Farhana.
Farhana dan Anis berselisih lagi dengan Rizqi yang membawa nescafe panas yang diikat tepi. Tiba-tiba saja wanita yang berada di susur gajah itu datang kepada Rizqi lalu menyapanya.
"Sayang..." Sapa tunangnya itu.
Alangkah terkejutnya mereka berdua sampai terhenti langkah mereka. Muka Anis kelihatan terkejut manakala Farhana mengerutkan keningnya.
"Lah, awak. Kenapa awak datang sini?" Tanya Rizqi dalam keadaan gelabah.
"Kenapa? Tak boleh ke? Saya nak tengok sekolah mana yang awak mengajar?" Balas tunangnya.
"Kalau ye pun agak-agak la sekolah kot. Cikgu-cikgu students sume nampaklah nanti." Kata Rizqi perlahan kepada tunangnya.
Anis dan Farhana perlahan berjalan sambil memasang telinga. Mahu termuntah Farhana melihat tunang Rizqi yang secara tiba-tiba datang mahu ber sweet- sweet dengan Rizqi.
*************
Di aspuri Anis seakan- akan tidak percaya dengan apa yang didengarinya tadi sewaktu dalam perjalanan ke kantin. Sungguh dia terkejut Anis tiba-tiba tunang Rizqi berkata seperti itu dengannya.
"Hana...ya Allah tak percaya sia ape yang aku dengar tadi." Kata Anis.
"Aku rasa tu tunang dia la tu, dah bersayang bagai." Balas Farhana.
"Tak we kalau ye pun aduh...luar sekolah la dok nak bersweet-sweet. Faham tak dia geli plus jealous." Anis merungut.
"Padan kau lah...kesah apa aku." Balas Farhana ringkas.
"Eh, nanti kita ada mentor menti kan?" Tanya Anis lagi.
"Iya." Jawab Farhana.
*************
"Awak, apa ni tiba je datang sekolah saya. Malu tau saya dah la tadi ada student lalu." Kata Rizqi kepada tunangnya selepas menyedut minuman nya.
"Ye sorry..." Balas tunangnya serba salah.
"Habis ni awak datang Johor stay mana?" Rizqi bertanya.
"Saya ada sewa hotel kat sini lagipun saya datang sebab kerja juga." Terang tunangnya.
"Oh, kerja apa?" Rizqi bertanya lagi.
"Belum start kerja lagi la cuma dia nak interview." Balas tunangnya.
"Lah, jauh dari Kl ke Johor interview nya." Kata Rizqi.
"Biasalah. Nama pun kerja." Jawab tunangnya.
"Betul ni?" Rizqi tanya untuk kepastian.
Tunangnya hanya menganggukan kepalanya.
YOU ARE READING
𝙨𝙩𝙧𝙖𝙣𝙜𝙚𝙧 𝙖𝙜𝙖𝙞𝙣
RomanceRizqi seorang lelaki berumur 23 tahun yang hidup berserdahana merupakan seorang guru praktikal di sekolah berasrama penuh dan sudah bertunang. Kehadirannya sebagai cikgu praktikal di Sekolah Neo Science menarik perhatian ramai pelajar perempuan di s...