"Jumpa esok ye. Cikgu ambil pukul 12 tengahari. Terima kasih sebab tolong cikgu harini." Kata Rizqi kepada Farhana dan Anis.
"Iya sama-sama cikgu. Setakat tolong je pun tak susah mana." Balas Anis.
"Kalau ayah ada esok ajak lah sekali datang ye Farhana." Kata Rizqi.
Farhana menganggukan kepalanya.
"Dah masuk rumah cepat dah lewat dah ni." Kata Rizqi.
Mereka berdua keluar dari kereta Honda civic tersebut lalu melambai kepada Rizqi sambil perlahan keretanya memandu keluar dari kawasan perumahan tersebut.
Keesokkan harinya, mereka bersiap sarapan di rumah dahulu sebagai alas perut. Selepas itu mereka terus bersiap sedia untuk pergi ke rumah Rizqi.
"Nah, kau pakai baju ni." Kata Farhana sambil menghulurkan sepasang baju kurung berwarna merah jambu kepada Anis.
"Oh terima kasih Farhana ku sayang. Baru nak minta kau tadi. Kau pakai baju apa pula?" Tanya Anis.
"Baju hijau ni yang biasa aku pakai kat sekolah." Balas Farhana.
"Kau bawa baju lebih tak datang rumah cikgu nanti?" Tanya Anis lagi.
"Bawalah juga t-shirt. Yelah mana tahu lepas kenduri nanti nak tolong ummi." Balas Farhana sambil memasukkan bajunya ke dalam begnya.
"Oh, ok." Balas Anis ringkas.
TOK! TOK! TOK!
Pintu bilik Farhana diketuk oleh Nek Som.
"Hana, cikgu kamu dah sampai tu." Kata Nek Som dari luar biliknya.
"Ok Nek. Cakap dengan cikgu sekejap tau." Balas Farhana.
Setelah siap, Farhana dan Anis menuju ke rumah Rizqi. Cantik berseri mereka berdua. Setelah sampai, ummi menyambut kedatangan mereka.
"Sampai pun kamu berdua." Kata ummi.
Anis dan Farhana menyalam tangan ummi lalu dijemput masuk oleh ummi. Mereka terus menuju ke dapur untuk mengambil makanan dan menghidangkannya di ruang tamu. Sebaik di dapur Irfan sudah kelihatan sedang duduk di meja makan sambil bermain dengan telefon bimbitnya.
Farhana tidak menegur Irfan dia terus mengambil makanan itu lalu terus membawanya ke ruang tamu diikuti Anis.
"Hana?" Sapa Irfan sebaik dia nampak Farhana datang ke dapur kembali.
Farhana hanya senyum. Irfan turut membantu mengangkat makanan namun ditegah Rizqi.
"Eh....kau sini tolong aku masak kat belakang ada lagi sikit ni. Kakak kau ni ha bila nak datang." Kata Rizqi.
"Entahlah. Semalam bukan dia balik rumah pun lepas dia balik rewang rumah kau ni." Balas Irfan.
"Dia pergi mana? Sampai tak balik." Rizqi curiga.
"Aku pun tak tahu. Tapi kejap lagi dia sampai la tu." Balas Irfan.
****************
Majlis berjalan dengan lancar. Anis dan Farhana turut sama membaca Yasin bersama yang lain. Tapi, kelibat Sarah masih tidak kelihatan.
Setelah selesai majlis, sempat pula sebelum balik tetamu yang hadir bertanya kepada ummi siapa perempuan yang cantik tinggi dan berkaca mata itu. Sudah tentu Farhana menjadi buah mulut orang kampung disitu.
Saudara mara yang jauh pula sudah mula kelihatan. Tapi Sarah masih tidak muncul. Beberapa minit kemudian, kelibat Sarah baru kelihatan setelah semua tetamu pulang. Hanya tinggal saudara mara Rizqi sahaja.
"Ha awak baru nak sampai? Kenduri dah habis baru nak datang? Awak tak balik rumah pergi mana?" Tanya Rizqi dari pintu rumahnya.
"Oh, saya takde pergi mana-mana. Kerja jauh sikit so saya tidur hotel." Balas Sarah.
"Nevermind. Meet my ummi and relative borak dulu dengan dorang. Saya nak ke dapur kejap nanti saya datang." Kata Rizqi.
Sarah hanya mengikuti saja kehendak Rizqi. Dalam perjalanan ke dapur Rizqi berselisih dengan Farhana dan Anis berjalan mahu keluar dari rumah.
"Kak, mana bakal isteri yang jadi pilihan Rizqi tu?" Tanya salah seorang saudaranya.
Tepat pada waktu itu Farhana lalu di ruang tamu. Tiba-tiba saudaranya yang bertanya tadi terus menunjuk ke arah Farhana.
"Tu ke kak, yang pakai spec tu?"
Farhana menoleh sekali lalu terus cepat melangkah keluar.
"Eh, bukan...itu student Rizqi. Ni tunang dia." Balas ummi sambil menunjuk ke arah Sarah yang memandang Farhana dengan muka tidak puas hati.
"Lah, ni ke?"
Sarah terus memandang ke arah mak cik Rizqi lalu senyum dengan senyuman terpaksa.
YOU ARE READING
𝙨𝙩𝙧𝙖𝙣𝙜𝙚𝙧 𝙖𝙜𝙖𝙞𝙣
RomanceRizqi seorang lelaki berumur 23 tahun yang hidup berserdahana merupakan seorang guru praktikal di sekolah berasrama penuh dan sudah bertunang. Kehadirannya sebagai cikgu praktikal di Sekolah Neo Science menarik perhatian ramai pelajar perempuan di s...