- bab 37 : TAMAT SEKOLAH ❞

24 4 27
                                    

Beberapa minggu telah berlalu, akhirnya harini merupakan hari terakhir SPM. Semua menghela nafas lega dan berdebar menunggu keputusan dalam beberapa bulan akan datang. Farhana berjalan menuju ke kelas bersama Anis. Tiba-tiba dia membuka topik.

"Anis, aku risau la dengan Cikgu Aan tu. Adalah haritu, aku tengah study sementara tunggu next paper. Tiba-tiba dia datang dekat aku tanya nak ajak keluar lepas Spm." Kata Farhana kepada Anis.

"Aik? Pelik benau. Aku rasa cikgu tu syok dekat kau." Balas Anis selamba.

"Kau tak habis-habis cakap semua cikgu suka aku. Mula-mula cikgu Rizqi tu sekarang kau nak cakap cikgu Aan pula. Benda sia kau semua orang kau nak ship kan dengan aku." Kata Farhana lalu menyinggul Anis.

"Manalah tahu. Beza berapa tahun je. Ofcourse ade chance dia nak ngorat kau." Balas Anis.

"Ha Farhana macam mana paper tadi." Kata Farhan yang berselisihan dengan mereka.

Langkah mereka terus terhenti. Baru saja menyebut namanya tiba sahaja muncul entah dari mana. Supaya tidak kelihatan biadab Farhana pun menjawab pertanyaan Farhan.

"Paper tadi? Oh paper tadi biasa je tak adalah susah sangat." Balas Farhana sambil menggaru belakang tengkuknya.

"Serius senang? Ni dah nak akhir tahun dah nak balik cuti awak ada plan apa-apa?" Tanya Farhan.

"Err...tak ada rasanya." Balas Farhana sedikit janggal.

Tiba-tiba sahaja Farhan menghulurkan coklat kepada Farhana.

"Ambil, saya bagi awak. Kongsilah dengan kawan awak tu. Saya pun ada satu je ni." Kata Farhan masih menghulurkan coklat itu kepada Farhana.

"Err...ehe, terima kasih cikgu." Balas Farhana lalu menerima coklat itu dengan teragak- agak.

"Oklah saya gerak dulu." Kata Farhan lalu beredar pergi.

*****************

"Aku dah cakap cikgu tu suka kau." Kata Anis sejurus dia meletakkan bukunya diatas meja.

"Entahlah. Tapi dia macam tiba lah." Balas Farhana.

"Alah kau ni, husnuzon jela, mungkin memang niat baik dia nak bagi kau coklat tu sebab kau menti dia." Kata Anis.

"Tu aku tak kesahlah. Tapi ni ha yang pasal cuti tadi dia cakap. Apahal sia." Balas Farhana.

"Eh sekejap. Ni bukan coklat Cadbury yang kau selalu dapat? Yang kononnya ada secret admire bagi. Entah-entah cikgu Aan ni yang bagi." Anis mula berkonspirasi.

"Eh kau. Takkan lah....aku start dapat coklat-coklat tu sebelum dia start masuk sini kot." Balas Farhana.

"Entah-entah dia stalk kau selama ni sebelum masuk sekolah ni lagi. Ada murid tolong bagikan ke. And entah-entah cikgu tu followers ig kau juga ke...ha....boleh jadi juga." Kata Anis.

"Merepek lah kau. Sudahlah. Biarlah apa nak jadi." Balas Farhana mengeluh.

******************

Setelah banyak masa dihabiskan disekolah dan tamat menjawab peperiksaan SPM, akhirnya tibalah hari terakhir Farhana sebagai pelajar Sekolah Menengah Neo Science.

Seperti biasa setiap kali akhir tahun semestinya ada jamuan akhir tahun. Farhana dan rakan sekelasnya menikmati masa mereka bersama sebelum melangkah keluar dari sekolah. Walaupun ianya hari terakhir dan semuanya bergembira tetapi jauh disudut hati Farhana dia sedikit sunyi.

"Uit, Hana, mai la makan ni..." Ajak Anis yang tidak henti makan dari tadi.

"Kau makan jelah." Balas Farhana.

"Kau nampak muram je asal?" Tanya Anis.

"Aku bukan apalah, tapi kita semua dah complete tau, cuma ada satu benda yang aku rasa macam tak complete." Balas Farhana.

"Ohh...ha aku tau apa. Cikgu Rizqi tak ada kan masa last day kita dekat sini kan? Sebab tu kau rasa sunyi tak complete." Kata Anis.

"Maybe. Tapi tak apalah. Sekarang ni aku masih tunggu abah aku tak sampai lagi ni kata nak hantar makanan." Balas Farhana lalu berjalan mengambil makanan diikuti Anis.

"SUPRISE SHAWTY!"

Suara yang biasa didengari memecahkan riuh kelas itu. Semua murid memandang ke arah pintu kelas. Alangkah terkejutnya yang hadir itu adalah cikgu kegemaran mereka semua.

"CIKGU!!!" Kata murid kelas 5UKM dengan riang.

"Hehe...cikgu datang bawa makanan...makanlah." Kata Rizqi sebaik dia meletakkan makanan itu di atas meja. Tepat waktu itu juga En. Hamri melangkah masuk ke dalam kelas.

"Abah?!" Kata Farhana sedikit terkejut.

"Kenapa Farhana?  Abah datang dengan Rizqi kamu ni lah." Balas En. Hamri.

Farhana terdiam. Rizqi hanya senyum kepadanya lalu mengambil segelas air.

"Farhana." Panggil Farhan.

Sebaik dia memanggil Farhana rizqi terlanggar tubuh Farhan yang lebih kurang badanya sahaja sebaik dia memusing ke belakang. Habis air gas yang dipegang Rizqi itu tumpah di baju Farhan.

𝙨𝙩𝙧𝙖𝙣𝙜𝙚𝙧 𝙖𝙜𝙖𝙞𝙣Where stories live. Discover now