- bab 69 : PERTEMUAN KE-2❞

12 1 0
                                    

"Hana,pergi bersiap sana, ikut abah keluar." Kata En. Hamri.

"Nak pergi mana abah?" Soal Farhana.

"Ikut jelah abah." Balasnya ringkas lalu menuju ke biliknya.

"Tapi abah, Hana nak keluar dengan Rizqi." Kata Farhana sambil mengikuti bapanya dark belakang.

"Cancel je lah, kanu berdua bukan nak pergi mana pun..." Balas En. Hamri.

"Kalau abah nak pergi jumpa perempuan tu Hana tak nak. Abah pergilah Hana tetap tak nak jumpa dia buat kali kedua ke, kali ke berapa juta kali pun Hana tak nak." Kata Farhana dari pintu bilik bapanya.

"Hana please, this time je abah nak you all kenal each other betul-betul. Kali ni he abah minta." Rayu En. Hamri kepada Farhana.

"Ok fine! Kalau itu yang abah nak. Hana pergi but only for this time. Lepas ni Hana dah tak nak masuk campur hal abah dengan dia and abah juga jangan nak masuk campur hal Hana. If abah nak kahwin dengan dia sekali pun sampai bila-bila Hana tak setuju." Balas Farhana terpaksa memprotes bapanya lalu dia menuju ke biliknya sambil menghentak kakinya.

Tut... Tut... Tut...tut..

Talian dihidupkan.

"Hello Rizqi, maaf tau petang ni kita tak boleh keluar sama-sama, mu dad dia ajak keluar you know pergi jumpa dia punya cinta hati sehidup sejati tu." Kata Farhana.

"Oh, takpela next time jelah kita pergi, lagipun petang ni saya pun ada kerja sikit." Balas Rizqi.

"Kerja apa?" Tanya Farhana.

"Nanti kita jumpa saya cerita lagipun saya dah lambat ni. Bye." Kata Rizqi sejurus talian dimatikan.

"ok, b-bye..."

***************

"Hi, we meet again, hi Farhana." Sapa Sharifah.

Farhana hanya senyum, dia menyalam tangan Sharifah dengan rela hati walaupun dia tidak menyukai Sharifah. Anaknya Aliesha hanya duduk di sebelah memerhati tingkah laku Farhana. Farhana sedar akan Aliesha yang sedang memandangnya lalu Farhana memberikan satu pandangan yang membuatkan Aliesha sedikit cuak.

"Oh, Hana sekolah dekat mana ya? Aunty teringin nak tahu." Soal Sharifah kepada Farhana.

"Hana sekolah dekat asrama penuh. Sekolah Menengah Neo Sceince." Balas Farhana.

"Ambil course apa?" Soalnya lagi.

"Sains tulen." Balas Farhana ringkas.

"Ada niat nak sambung mana-mana u ke nanti?" Soal Sharifah.

"Aduh, semak betullah, sibuk je nak tahu." Gumam Farhana di dalam hati.

"Ada, mestilah ada niat nak sambung tu tapi tak tahu lagilah nak sambung dekat mana." Balas Farhana lalu dia mengetap giginya.

"Abah, Hana nak ke toilet sekejap." Beritahu Farhana kepada bapanya.

Sejurus dia mahu melangkah tiba-tiba Farhana terlanggar susuk tubuh seorang lelaki yang dikenalinya. Farhana hampir terjatuh akibat pelanggaran yang agak kuat itu, tetapi lelaki itu sempat memegang kedua lengannya lalu mereka berpandangan mata.

"Razif?" Kata Farhana dengan agak terkejut.

"Hai Farhana." Sapa Razif sambil memberikan senyuman lalu melepaskan Farhana dan beredar pergi.

𝙨𝙩𝙧𝙖𝙣𝙜𝙚𝙧 𝙖𝙜𝙖𝙞𝙣Where stories live. Discover now