- bab 41 : WEDDING PLAN ❞

22 3 1
                                    

"Ayah, Sarah nak keluar dulu dengan Fikry." Kata Sarah memberitahu kepada bapanya.

"Pergilah nak, duit jangan lupa minta nanti." Balas bapanya.

"Ayah! Orang tahulah. Dah lah Sarah yang kena minta." Sarah merungut lalu terus keluar dari rumahnya.

Fikry sudah berada di hadapan rumah Sarah. Mereka terus menuju ke butik pengantin yang berdekatan untuk persiapan perkahwinan mereka dalam masa yang terdekat ini. Bagaimana dengan Rizqi? Rizqi masih lagi didalam proses move on setelah hampir 3 minggu Sarah meninggalkannya.

"Ha, you pilih la baju yang macam mana you nak. Glam ke, simple ke it's up to you." Kata Fikry sambil menunjukkan baju-baju yang ada disitu.

"How about your baju pula?" Tanya Sarah.

"Oh, baju I senang je nak cari. You tu ha perempuan ada macam-macam taste. Pilih la cepat." Balas Fikry lalu duk di kerusi yang ada disitu.

Setelah hampir satu jam setengah di butik pengantin itu, mereka menuju pula ke butik-butik lain. Dalam masa satu hari, semua barang serta baju yang perlu ditempah siap pada hari itu juga.

"Wedding planner tu datang bila nanti, untuk siapkan majlis kita?" Tanya Fikry yang sedang memandu kereta ingin menghantar Sarah pulang ke rumah.

"Dalam next week macam tu. Nanti I drive sendiri je jumpa planner tu you relax je okay? Siapkan semua kerja dekat office tu." Balas Sarah.

"Okay, since kita dah nak kahwin ni, I bagi you cuti ok sayang? But pasal gaji jangan risau. Gaji you jalan. I kan boss you.... I ni takdelah kejam sangat sampai tak bagi you gaji." Kata Fikry.

"Serius?" Soal Sarah teruja.

"Iya, jangan risau ok?" Balas Fikry ringkas.

************************

Rizqi menatap sijil tamat pengajiannya yang tergantung di biliknya. Dia terkenang saat pertama kali pertemuannya dengan Sarah di universiti.

*flashback*

Ianya pagi yang indah bagi Rizqi. Walaupun ia merupakan hari yang indah, Rizqi dalam kedaan tergesa kerana terlambat untuk menuju ke kelas pertamanya.

BUK! Buku Rizqi dan seorang perempuan dilanggarnya jatuh ke lantai. Masing-masing sibuk mengutip buku mereka yang jatuh tanpa melihat antara satu sama lain. Setelah selesai mengutip buku, tiba-tiba Rizqi bertentangan mata dengan seorang perempuan yang dilanggarnya tadi iaitu Sarah.

"Maaf, terlanggar awak tadi saya nak cepat ni, dah lambat nak ke kelas." Kata Sarah dengan agak janggal lalu terus beredar meninggalkan Rizqi.

"ALAMAK! Aduh, sempat pula aku pandang minah tu. Aku dah lambat ni." Kata Rizqi sebaik dia menilik jam tangan miliknya itu lalu terus berlari menuju ke kelas.

****************

Setelah tiga tahun tamat pengajian kini Rizqi pulang ke rumah pada awal bulan Januari. Setiba di kampung, semua kelihatan gembira dengan kepulangan Rizqi terutama ummi. Sebaik dia duduk disebelah ummi, terus dia mengeluarkan sebentuk dari poket baju kemejanya.

"Untuk apa cincin ni?" Tanya Ummi.

"Iqy ada terkenan dekat seorang perempuan ni ummi. Iqy kenal dia masa dekat U." Balas Rizqi.

"Oh, dia dah tahu kamu suka dia?" Tanya ummi lagi.

"Dah ummi, Iqy dah bagitahu dia balik rumah Iqy nak merisik dia. Boleh ummi?" Kata Rizqi.

" Baguslah tu, bawa dia jumpa ummi dulu. Nanti kita merisik dia. Dia orang mana?" Tanya ummi.

"Orang Kl, tapi Iqy tak tahu dia duduk mana." Balas Rizqi.

****************

"Lah, baguslah dapat orang sekampung ye." Kata Pak Seman.

"Itulah, tak sangka pula Rizqi kenal Sarah ni masa dekat U." Tambah ibu Sarah.

"Itulah, kita pun tak sangka ye." Balas ummi.

"Sarah ni dulu masa kecil-kecil jarang keluar rumah. Sebab itu kamu tak sangka dia ni kakak Irfan." Kata Pak Seman.

"Lah, yeke? Patutlah..." Balas Rizqi sambil menjeling Sarah sekali pandang.

Cincin disarungkan dijari manis oleh ummi. Sarah tersipu malu. Tiba-tiba lamunan Rizqi terhenti apabila ummi memanggil namanya.

"Iqy, sini sekejap nak." Panggil ummi dari ruang tamu.

𝙨𝙩𝙧𝙖𝙣𝙜𝙚𝙧 𝙖𝙜𝙖𝙞𝙣Where stories live. Discover now