- bab 51 : RINDU IBU ❞

15 2 1
                                    

Farhana menatap frame gambar yang terdapat gambar keluarganya. Dia merenung tepat pada muka ibunya yang ada di dalam gambar itu. Tiba-tiba rasa rindunya datang.

"Kalaulah ibu ada lagi, mesti Hana tak sunyi kan? Abah pun mesti akan cari waktu nak spend time sama-sama."

"Tak adalah macam sekarang ni, abah memanjang busy, kerja sana sini. Kalau ada ibu best juga semua benda boleh buat sama-sama."

"Tipulah kalau Hana kata Hana tak jealous tengok yang lain mak ayah diaorang datang sekolah masa ambil report card."

"Tapi Hana tak nak mak tiri. Hana tak nak abah kahwin baru. Hana tahu abah ada janji dengan ibu yang dia tak nak kahwin lain. Hana tahu abah setia."

Air matanya mengalir jatuh dipipi. Namun air matanya terhenti apabila namanya dipanggil oleh Nek Som.

"Hana...." Panggil Nek Som.

"Iya Nek." Balas Farhana lalu segera menuju ke bawah.

"Nek Som balik dulu ya, teksi dah tunggu. Kamu jaga diri ya dekat sini." Pesan Nek Som.

"Iya Nek. Nek Som pun jaga diri juga dekat sana." Balas Farhana sambil iringi Nek Som hingga ke pagar rumahnya.

Farhana menyalam Nek Som lalu pelukan erat diberikan. Farhana melambai kearah teksi yang membawa Nek Som hingga hilang dari pandangan. Farhana masuk ke dalam rumah lalu pergi melelapkan matanya sebentar.

*****************

Nombor Farhana di dial. Rizqi menunggu sehingga Farhana menjawab panggilan telefonnya. Namun pamggilannya tidak dijawab. Rizqi cuba sekali lagi.

"Angkatlah. Awak buat apa lambat angkat." Bebel Rizqi.

Talian dihidupkan.

"Hello."

"Hello Farhana. Awak buat apa?" Tanya Rizqi. Ish, cliche betul.

"Tidur. Cikgu kenapa call?" Balas Farhana.

"Cikgu? Siapa cikgu awak?" Usik Rizqi.

"Eh, oh sorry salah pula. Kenapa awak call?" Tanya Farhana yang separuh sedar dari tidurnya.

"Saja rindu." Balas Rizqi selamba.

"Pft- Rindu apa mengarutlah awak ni. Dua hari lepas baru jumpa." Kata Farhana.

"Hehe... bila free?" Tanya Rizqi.

"Tak free. Lusa kena ikut Abah pergi outstation dekat Melaka." Balas Farhana.

"Ala...lama ke?" Tanya Rizqi.

"One week. Lama ke tu?" Balas Farhana.

"Oh, hm tak apalah. Ha ni nak tanya." Kata Rizqi.

"Apadia pula." Balas Farhana.

"Birthday awak bila?" Tanya Rizqi.

"Tiba-tiba je tanya pasal birthday dah kenapa? Lama dah lepas. 15 Januari." Balas Farhana.

"Eh, seriuslah?" Kata Rizqi dengan agak terkejut.

"Ye." Balas Farhana ringkas.

"Samalah kita." Kata Rizqi teruja.

"Alah...sibuk lah awak sama pula tarikh dengan saya." Balas Farhana mengusik Rizqi.

"Eh, saya yang lahir dulu. Awak tu yang lambat." Kata Rizqi.

"Eleh. Ey dah la saya nak pergi mandi lepas tu solat. Dah nak maghrib dah ni." Balas Farhana.

"Ok. Bye." Kata Rizqi.

Talian dimatikan. Setelah selesai solat, Farhana turun menuju ke dapur untuk menyiapkan makan malam yang mampu dia buat.

Setelah selesai memasak, Farhana menunggu kepulangan bapanya tetapi jam sudah menunjukkan pukul 9:30 malam tetapi bapanya masih tidak pulang. Farhana setia menunggu di meja makan sehingga tertidur. Tidak lama kemudian, bapanya pulang. Farhana segera pergi kepada bapanya.

"Lambat abah balik." Kata Farhana.

"Ada banyak kerja tadi." Balas bapanya.

"Hana ada masak sikit. Kalau abah nak makan ada atas meja." Kata Farhana.

"Hm, nanti abah makan. Abah nak naik atas rehat sekejap." Balas bapanya lalu naik ke atas tetapi telefonnya diletakkan di meja ruang tamu.

Sebaik bapanya sudah hampir tiba ke biliknya, tiba-tiba telefon bapanya yang diletakkan atas meja ruang tamu berbunyi. Panggil telefon daripada seorang perempuan bernama Sharifah. Farhana mahu mengangkat panggil tersebut namun terus terbatal niatnya bahkan Farhana terus timbul rasa curiga.

"Siapa Sharifah?"

𝙨𝙩𝙧𝙖𝙣𝙜𝙚𝙧 𝙖𝙜𝙖𝙞𝙣Where stories live. Discover now